抖阴社区

                                    

Bunyi kedengaran menandakan ada orang masuk. Jihoon memandang pelanggan yang masuk tadi dan sekali lagi mata dia terbeliak

Muka Jihoon merah sekali. Aku memandang dia dengan pelik. Belum sempat aku nak tanya kenapa muka dia merah, dia sudah blah dari bangku lalu keluar dari kedai ni dengan tergesa-gesa

Pelik juga Jihoon ni kan? Pendiam dan pemalu tetapi kalau dia marah.. Aku rasa aku menghadapi ajalku

Banana milk yang aku masih pegang aku pandang. Jihoon dah tak ada jadi bermaksud aku boleh ambil

OHHHHHHH YEAHHHHH !!!

Aku keluar dari 7E dengan gembira. Yalah.. Siapa tak gembira kalau sesuatu yang kita bagi tapi orang itu tinggalkan atau tak nak?

Aku berjalan menuju ke rumah semula sebelum masuk waktu maghrib 🌚

•••

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi 🎵

Huhuhuhu sempat pula aku nyanyi padahal sekarang pukul 7:30 pagi. Aku lambat bangun 😤

Jangan risau, Daniel pun lambat bangun.

Aku berlari keluar dari bilik dan turun ke bawah dengan tangan yang sibuk pakai blazer  lalu ke dapur. Tanpa aku sangka, Daniel juga berlari dari dapur dan kami pun terlanggar

"Jangan kacau!"

Kata kami serentak. Kami berdua terus berdiri dan mula membuat kerja masing-masing. Daniel berlari ke atas manakala aku ke dapur untuk minum susu

Sekali lagi aku berlari ke luar rumah, untuk memakai kasut. Harap tak sakitlah perut aku nanti

Daniel- entah dari mana dia datang turut keluar juga dan dia juga tertendang lutut kananku. "Adios HAHAHAHAHAHA" katanya dan naik ke atas bike dia

Aku pandang Daniel sambil memakai kasut bahagian kiri aku. Jangan kata dia nak tingg-

Daniel menghidupkan enjin bikenya lalu memandu pecut keluar dari rumah

"Yah yah yah yah--Apa ni?!" kataku menjerit. Aku kerling jam di tanganku menunjukkan pukul 7:58 AM

fck my life.

Aku menutup pintu rumah dan keluar dari rumah. Tak ku juga lupa untuk mengunci pagar. Indahnya hidupku kalau aku ada kuasa seperti Ying dalam BoBoiBoy

Aku memecut dan berlari seperti ada roket di belakang. Perjalanan dari rumah ke sekolah ambil masa 15 minit

Hanya ayat carutan saja yang keluar dari mulutku. Kau tunggu apa yang aku buat kepada kau Daniel

Aku sumpah kau jadi patung.

Nasib patung yang aku reka di imaginasiku comel untuk kau 😤❤

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Nasib patung yang aku reka di imaginasiku comel untuk kau 😤❤

Aku melihat jam tanganku dan ianya pukul 8:11 pagi. Tak ada makna dah aku nak berlari tapi aku langsung tak tau kenapa aku masih berlari

Tiba-tiba aku dapat rasakan ada tangan memeluk sebelah kiri bahuku lalu memaksa aku masuk dalam kereta

Aku tak sempat tengok siapa sebab rambutku tiba-tiba menutup mataku, mungkin akibat berlari tadi

"Mwoya? Lepaskanlah dasar tahi kucing Daniel!"

"Awak boleh diam tak?"

Kata seseorang dan melepaskan tangannya dari bahuku. Uh oh, its Jihoon

Kereta- yang aku langsung tak tau ni bergerak. Aku memandang Jihoon dengan woi-jebon-apa-masalah-kau

Jihoon memusingkan matanya, "Tak ada gunanya awak berlari lagi ke sekolah. And- awak patut bersyukur sebab lelaki sebelah aku ni nak kau ikut kereta ni" katanya lalu memukul bahu orang di sebelah kanannya itu

Siapa?

Aku memandang ke sebelah kanan Jihoon, dan orang itu ialah Woojin.

Park Woojin

Wooooow :)

Woojin juga membalas pandanganku dan senyum kepadaku sampai mata dia jadi eye smile. Mukaku terasa panas lalu aku membalas senyumannnya

"Duduklah"

kata Jihoon dingin memandang aku. Aku menjeling kepada Jihoon dan duduk seperti biasa. Bahu Jihoon dan bahuku tersentuh. Lamak hei, tak selesa duh duduk macam ni. Aku menyandar dengan kuat dan menyebabkan bahu Jihoon keluar ??

Aku dapat duduk dengan selesa. Jihoon memberi pandangan maut lalu dia menyandar semula dan menyebabkan bahu dia diatas bahuku.

"Jihoon. Awak punya bahu" kataku annoyed

"Apa? Ni kereta keluarga saya, suka hati sayalah nak---"

"Sampai dah Tuan Jihoon"

Introvert Wink Boy | park jihoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang