抖阴社区

                                    

Motif aku kiss Jihoon ialah aku tak nak Seulbin sebut nama Baejin dengan full. Kalau tak, memang Jihoon akan pelik dan beritahu Daniel sebab itulah aku kiss Jihoon. Tapi aku terasa bodoh apabila melepaskan ciuman itu, sepatutnya aku menampar Jihoon tapi kenapa aku kiss dia?

Jihoon memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya dan pandang Seulbin seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi. "SaㅡSaya balik dulu" katanya dan mula berjalan dengan laju meninggalkan kami berdua

"Seulbin! Beri saya penjelasan!" , aku mahu mengejar Seulbin tetapi hoodieku sudah ditarik dari belakang. "Tak payah kejar dia. Buang tenaga saja" kata Jihoon

Aku melepaskan tangan Jihoon dengan kuat. Aku angkat tanganku untuk tampar dia tapi dia sudah menahannya. Dia pegang pergelangan tanganku dengan kuat sampai aku tidak boleh melepaskannya. "Tampar aku sebab aku kiss kau?"

"Habistu kenapa kau kiss aku untuk kali kedua tadi" , Jihoon melepaskan tangannya dan smirk

Mukaku terasa panas dengan soalannya. "Maㅡ Mana ada" kataku. "Saya ada sebab kenapa kiss awak" sambungku peluk diri

Jihoon mendekatkan dirinya dengan aku dan meletakkan lengannya di bahuku lalu dia kusutkan rambutku

"Aku pun ada sebab kenapa kiss kau" katanya dan ketawa

Ya Tuhan. Hantu apa yang rasuk Jihoon pada petang begini.

Aku cuba melepaskan tangannya Jihoon dari bahuku tetapi tidak berjaya, "Ha lepaslah. Aku kiss kau padan muka".

Main ugut nampak

Aku mendekatkan mukaku dengan mukanya, "Ciumlah. Macam berani sangat. Tak best main ugut-ugutㅡ"

Chup!

fck

Dengan sepantas kilat aku jauhkan diriku dari Jihoon. "Apa ni?!!" jeritku dan pegang bibirku. Sudah beberapa kali dia cium aku tanpa kebenaran aku sendiri. Ada juga aku tendang dia sampai ke Dubai

Jihoon smirk kepada aku. Aku tidak percaya dengan semua ini. Selalunya dia akan marah aku tapi kali ini tidak

Aku berjalan dengan laju dan meninggalkan Jihoon dari belakang tapi aku boleh rasa dia mengikuti aku

"Janji tetap janji"

"Makanan"

"Makanan free di cafe Daniel hyung"

"Makanan free yang kau nak belikan aku"

Aku biarkan Jihoon bercakap sorang-sorang di belakang. Tambah aku lajukan pergerakanku untuk ke cafe Daniel

Tetapi aku ditarik dari belakang dan menyebabkan aku menoleh ke arahnya lalu dia memeluk pinggangku

"Nakㅡ Aku kiss kau lagi? Janji mesti ditepati tapi kau buat aku marah" kata Jihoon dengan suaranya yang deep

Dia meletakkan dahinya di dahiku dan menyebabkan hidung kami bersentuhan. Aku benci buat eye contact dengan dia dan ianya terlalu dekat

Tanpa membuang masa, aku menumbuk tepat-tepat ke arah muka Jihoon

•••

Aku tutup pintu cafe dengan kasar. Semua ahli Wanna Oneㅡ kecuali Jihoon terkejut dengan perbuatanku. Bukan kuat sangat aku tutup tadi?

Nasib tiada pelanggan sekarang jadi aku tidak segan mencari kelibat Daniel. Mood aku lain siket hari ni

Aku ke dapur untuk ke arah Daniel, dia sedang menguil doh dan aku mula berlari anak ke arah dia lalu peluk dia

"Aku minta maaf" kataku dan meletakkan kepalaku di bahu kiri Daniel. "Eh? Kenapa?" katanya lepastu sambung semula menguil doh. "Jangan hairan kalau ada pelanggan datang dengan hidung berdarah"

Lalu aku ke depan semula. Yang lain buat benda masing-masing apabila aku di tempat kek. Aku ambil 4 jenis kek dan mula makan

Aku pandang Guanlin dan Daehwi tapi mereka berdua mengelakkan pandanganku dengan laju bak petir

Dorang semua kenapa pelik hari ni?

Aku sambung semula makan tapi tidak fokus kerana aku terdengar bunyi bisikan dari mereka sembilan orang tu

"Kenapa mood Mijoo macam kena rasuk terpekik kena saka puaka niyang rapik hantu kak limah balik Busan" bisik Sungwoon. Aku pandang Sungwoon dengan pelik

Aku?

Minhyun seperti perasan aku yang dari tadi tengok dorang semua jadi dia senyum dan lambai aku. Mereka semua perlahan-lahan menoleh belakang dan mata mereka membesar apabila mereka pandang aku

Pintu cafe kedengaran dan ditolak, mereka sembilan sekali lagi terbeliak apabila melihat keadaan Jihoon sekarang. Hidungnya merah dan ada plaster

"Kang Mijoo!!" jerit Jihoon dengan marah dan mereka sembilan, kali ketiga mata mereka terbeliak sampai Ong dan Woojin jatuh dari kerusi

Jihoon ke arahku dengan mukanya yang merah. Sungwoon dan Daehwi berlari ke dapur. Ong, Baejin dan Jaehwan bersembunyi sebalik kerusi mereka, Guanlin menutup matanya, Woojin pula peluk Minhyun manakala Minhyun dan Jisung berdiri untuk melihat apa yang Jihoon akan lakukan kepada aku

Jihoon hentak tangannya di cashier tapi tidak terlalu kuat dan dia mengambil 2 piring kek yang aku ambil tadi, lalu dia duduk bersebelahan Guanlin

Makanan akuㅡ

"Wo!!"

Jihoon tidak peduli dengan kata-kataku. Tambah dia makan dengan suapan yang besar, dia juga beri reaksi ketika makan kek itu seperti rasanya terlalu sedap

Memang sedap pun tu kek. Hasil tangan Daniel 💕

"Apa ni! Main masuk lepastu ambil kek saya! Mana ada awak bayar" kataku. Nampaknya, Daniel mendengar suaraku jadi dia ke hadapan dengan Sungwoon dan Daehwi dibelakangnya

"Janji tetap janji! Nak aku bagitahu dorang semua yang kau sudah kiㅡ"

Sebelum Jihoon habiskan ayatnya, aku sudah melempar cup kosong ke arahnya

"Kau memang cari nahas kan?" kata Jihoon lalu berdiri

Introvert Wink Boy | park jihoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang