Jihoon POV
Aku tinggalkan Mijoo di belakang dan berjalan seperti biasa walaupun kaki aku sakit
Ayat Mijoo tadi buat mata aku berair,
"Mana kau punya hormat terhadap perempuan?!"
Tak. Tak, aku bukannya nak menangis. Mata aku masuk habuk tulah mata aku berair
Ayat dia... Ssup---- sampai babi pun boleh terbang
Haish, sampai bila kau nak jadi macam ni Jihoon? Kau tak penat ke?
Mama kau yang di rumah. Yang risau sangat kepada kau. Kau langsung tak ambil kisah. Kau lawan cakap dia adalah
Sekarang. Mijoo lagi? Tak puas ke yang haritu kau marah dia masa dendaan, di supermarket dan tadi?
Sampai bila aku nak macam ni wahai Park Jihoon?
Nak tunggu dia datang balik dan perbodohkan kau? Kau nak habiskan air mata kau kepada benda yang tak penting?
Aku dah sampai di depan rumah, aku menekan loceng rumah. Dan yang buka pintu mama aku. Aku ingatkan pembantu?
"Jihoon? Kenapa? Kenapa kamu menangis?" tanya mama risau dah datang ke arah aku
"Aku tak nangislah, ada habuk masuk mata aku" kataku dan menolak mama dengan lembut
Aku masuk ke rumah dan ke dapur untuk ambil makanan ringan dan snack. Lalu aku ke bilikku di tingkat atas. Naik tangga pun menyusahkan aku sekarang lebih-lebih lagi kaki aku yang sakit ni
Aku masuk ke dalam bilikku dan meletakkan semua makanan tadi di atas meja belajar. Benda yang pertama yang aku nampak dalam bilik aku ialah patung.
Patung comel yang sedang tersusun di atas katil. Aku mengeluh apabila aku nampak patung penguin di hujung kiri katilku.
Wahai Park Jihoon, sampai bila?
Sampai bila kau nak ingatkan dia?
•••
Jam di mejaku berbunyi dan menandakan sekarang pukul 6 pagi. Tinggal 2 jam lagi masuk sekolah
Aku bangun dengan perlahan. Aku mengerakkan kedua-dua kakiku. Nampaknya, dah nak ok ni
Aku cuba berdiri. And jengjengjeng.. Aku boleh berdiri dengan biasa! Aku boleh jalan dengan biasalah ni kan?
Aku tersenyum bangga. Jadi tak perlulah aku pakai tongkat tak guna tu :3
Baru sahaja aku membuka langkah nak berjalan. Kaki aku sakit balik
Lahanat. Aku ingatkan dah baik.
Aku ke tandas dengan perlahan-lahan dan buat apa yang patut untuk sekolah
Aku turun ke bawah dan ke dapur untuk ambil sarapan. Mama agak terkejut sebab ini mungkin kali pertama nampak aku bangun dan siap awal
Mama senyum lalu memberi sarapanku. Aku mula makan.
I like food <3
Habis sahaja aku makan, aku masuk ke dalam kereta. First time bhai aku makan sampai kenyang. Selalunya tak
Akhirnya aku sampai di sekolah. Dan pintu dibuka oleh pembantu driver. Aku keluar dengan perlahan-lahan sebab aku tak bawa tongkat
Aku melihat jam di tanganku, jam 7:10 pagi. Err, awal sangat ke?
Aku menoleh ke belakang dan ambil beg sekolahku. Mereka berdua menunduk hormat kepadaku. Lalu aku masuk ke sekolah dengan perlahan dan menuju ke kelas
Aku membuka pintu kelas dengan kuat tanpa sengaja dan ia menyebabkan beberapa classmate yang aku tak kenal terkejut. Dan dorang bertambah terkejut apabila nampak aku
Aku menjeling kepada mereka dan terus duduk di tempat dudukku. Lengan aku jadikan sebagai bantal dan aku meletakkan kepalaku. Baru sahaja aku nak tutup mata tiba-tiba ada seseorang pukul bahuku dengan kuat
"Awal kau sampai hari ini" kata Woojin.
Tahi burung pipitlah dia ni.
"Woi jeojang boy. Kau ada check tak tadi website sekolah kita?" tanya Woojin dan duduk di tempatnya iaitu di sebelahku.
"Tak." kataku dan tutup semula mata.
"Ramai orang kata, nanti ada pelajar perempuan baru di sini. Dari luar negara. Tak tahulah pula berapa umur dia. Dorang kata dia cantik, comel, tinggi. Cara dorang berbincang, macam type ideal doranglah" kata Woojin sambil main pensel
"Hurm.." kataku malas. Woojin menggulingkan matanya. "Kau ni" kata Woojin semula
"Am I supposed to know?" tanyaku selamba
Woojin mengangkat kedua-dua bahunya. "Kau ni membosankan" sambungnya. "Habis tu, kau nak apa? Ke kantin?" tanyaku bosan
Woojin senyum dan aku terpaksa ke kantin dengan dia. "Eh? Mana tongkat kau?" tanya Woojin sambil mengankat keningnya
"Aku tak bawa. Lagipun kaki aku nak pulih dah. Muka aku? Still handsomekan?" tanyaku sambil senyum. Woojin pandang aku jijik dan membuatkan aku ketawa
•••
Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aku tak ke kantin sebab aku tiada mood mahu makan
Ni pun first time aku tiada mood nak makan. Kesian makanan nanti :(
Disebabkan aku tak ke kantin, aku menuju ke rooftop. Tanpa pengetahuan dorang semua. Woojin pun aku tak beritahu
Tempat yang aku paling suka.
Sampai di sana, aku melihat keadaan di sekeliling sebelum aku buka pintu. Pelajar dilarang ke rooftop sebenarnya tapi aku?
Ada nampak aku kisah?
Aku menolak pintu rooftop, dan ianya tak berkunci. Aku masuk saja
Aku melihat pemandangan di atas rooftop sekolah. Memang cantik. Dan aku menghirup nafas udara yang segar? Aku tak tahulah segar ke tak
Lalu aku duduk di papan. Papan tu lain sikit. Dia macam bangku? kerusi? Jadi aku duduk disitu dan menutup mataku. Aku nak sambung tidur semula
Tapi tidurku terganggu apabila bunyi pintu rooftop di buka. Aku nak tengok siapa yang datang ke rooftop. Mataku bertembung dengan anak matanya
Mijoo.
Mijoo terkejut nampak aku lepastu dia annoyed. Dia dengan tray makanannya. Dia pusing belakang dan buka pintu rooftop
Belum sempat dia keluar, aku panggil dia
"Kang Mijoo!"
Eh Jihoon? Apahal kau panggil dia? Tapi? Arh biarlah
Mijoo berhenti. Aku boleh nampak yang dia tarik nafas dan pusing belakang semula dengan menyampah
"Apa?" katanya sambil masih memegang tray makanannya. Aku menyuruh dia ke sini menggunakan tanganku
Mijoo pusing ke belakang dan tengok aku ke semula. "Kaulah, siapa lagi" kataku menyampah
Dia ke tempat di mana aku duduk. Aku menyuruh dia duduk di depanku. Mijoo pandang aku pelik, "Duduklah dimana-mana. Itu pun nak disuruh ke alahai"
Dia ni buat aku stress lah. Menyesal aku panggil dia ke sini tadi
Mijoo end up duduk sebelah kananku. Tapi ada beberapa jarak cm dari aku
"Bagi sini" kataku. Mijoo pandang aku pelik, "Bagi apa?"
Aku menggelengkan kepalaku. Tanpa rasa bersalah aku ambil tray makanan dari tangannya dan mula makan
Mijoo terkejut dan pandang aku marah, "Ada aku suruh kau makan makanan aku?!" kata Mijoo dengan marah
Dia ni kan. Bernanah telinga aku dengar dia marah. Aku bagi dia pandangan mautku baru dia diam
Lepas makan, aku bagi balik kepada dia. Ada setengah makanan aku tinggalkan kepada dia
Dia pandang tray makanannya dengan jijik. Dia tak reti nak bersyukurkah?
Mijoo membuka botol air mineralnya lalu mencuci sudu bekas aku guna tadi. Dia mencuci dengan marah.
Aku sambung semula tidur. Malas nak layan dia. Dan dalam 3 minit begitu, bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah habis
Aku bangun dengan perlahan lalu baguskan seluar dan blazerku. "Thanks" kataku
Mijoo pandang aku, muka dia macam dia tak faham kenapa aku kata begitu tapi aku langsung tak tau kenapa jantung aku berdegup laju apabila pandang dia
Aku batuk dan sambung semula bercakap, "Thanks sebab makanan tadi" kataku dan tinggalkan dia sendirian