Mijoo POV
Mataku terbeliak
Jihoon betul-betul kiss aku.
Jihoon cium aku dengan matanya tertutup dan tangannya memegang pipiku
Oh tidak. Dia sudah curi first kiss aku.
Aku menolak Jihoon dengan kasar. Jihoon agak terkejut dan mata dia membesar
"A...Apa yang awak buat huh?" kataku. Aku mengambil kotak di belakangku dan melemparkannya ke muka Jihoon
"Saya- aku--Mianhae Mij--"
"Kau kiss aku!" suaraku meninggi dan aku berlari keluar dari stor dan rooftop
Aku tak sangka. Tak sangka yang aku akan dicium. Sepanjang aku hidup selama 16 tahun, aku langsung tak pernah kena cium di mulut
Aku menonton K-Drama di tv pun aku menangis apabila kissing scene muncul
"Yah!!" teriakku sambil berlari ke kelas. Aku rasa aku dah gila
Otakku bermain dengan fikiranku. Aku teringat akan scene di mana aku nak lekatkan plaster di hujung mulut Jihoon dan dia mendekatkan mukanya kepada aku. Aku pun teringat akan hidungku dan hidung Jihoon bersentuhan kali kedua di 7E kemarin. Dan sekarang ?!
"Aduh!"
Aku menahan kepalaku. Aku terlanggar seseorang, inilah akibatnya berlari tapi tak buka mata. Faham tak 🙂
Orang yang aku langgar tadi menoleh ke belakang dengan laju. "Mijoo?!"
Aku donggakkan kepalaky dan rupanya Guanlin. "Kau dari mana huh?" kata Guanlin lalu menuju ke arahku. Dia mengosok kepalaku, mungkin aku terlanggar belakang dia
"Puas tahu tak aku, Jinyoung hyung dan Daniel hyung cari kau!" katanya lagi lalu membawa aku ke tempat duduk berdekatan
"Eh. Tak perlu risaulah"
"Kau? Apa kau buat di sini?" tanyaku memandang Guanlin.
"Nak cari kau lah pabo. Hanya tiga tempat lagi kami belum periksa. Belakang sekolah, garden dan di rooftop"
"Kau okey tak?" , Guanlin mengusapkan kepala dan dahiku. Aku tersenyum nampak Guanlin begini. Bersyukur juga aku ada kawan seperti dia. Aku tersenyum sedikit apabila Guanlin menyebut rooftop tadi
Apalah jadi kalau dia nampak Jihoon kiss aku?
Panjang umur Jihoon :)
"Eo? Jihoon hyung!" jerit Guanlin apabila Jihoon nak masuk blok kelasnya
Jihoon menoleh ke belakang mencari empunya suara, dia tersenyum apabila melihat Guanlin dan terkejut sedikit apabila melihat aku di sebelah Guanlin
"Hyung dari mana? Dari pagi lagi tak nampak?" soal Guanlin apabila Jihoon menghampiri kami berdua
"Hahaha. Hyung dari rooftop. Malas nak belajar" kata Jihoon sambil ketawa paksa
Guanlin pandang Jihoon dengan pelik. "Mijoo? Kau dari mana? Bukan tadi kau berlari dari arah rooftop?" tanya Guanlin dan pandang aku
Oh tidak. Apa yang aku nak kata
"Err"
Hanya ayat itu sahaja yang keluar dari mulutku. Aku pandang Jihoon. Jihoon mengelakkan pandanganku dan dia mula berpeluh. Nampaknya Guanlin perasaan yang aku pandang Jihoon
Guanlin pandang aku ke Jihoon. Dia bersilih ganti pandang kami dengan pelik dan laju
"Kau dengan J-"
"Aku dari bilik kesihatan!" , kataku dengan laju "Ya, aku dari bilik kesihatan! Bilik kesihatan!" sambungku dengan tergesa tanpa memandang Guanlin dan Jihoon
"Eh? Lepas rehat tadi kami pergi bilik kesihatan tapi tiada pun kau?" , sekali lagi Guanlin tanya
"Urm... Urm.."
Sumpah. Aku memang teruk dalam penipuan
"Aku di dalam bilik lagi satu! Yang ada langsir tu!"
Guanlin pandang aku dengan lama. Mungkin dia sudah tahu aku tipu dia
"Oooooooh yang itu. Nurse tak bagitahu siapa di situ, nurse just cakap pelajar perempuan tu senggugut jadi tak boleh kacau. Kalau tak dia jadi buas"
Kata Guanlin sambil mengangguk. Mungkin dia baru ingat dan faham. Aku turut mengangguk kepalaku dan senyum kecil. Jihoon pun senyum sedikit
Guanlin mendekat mukanya dan mulutnya ke telinga aku, "Kau-----pe--period?" , bisik Guanlin
Fuh. Minta terajang budak ni HAHAHA
Aku hanya memberi senyuman kepada Guanlin. Dia membalas senyuman itu dan menjauhkan mukanya dari aku
"Huk. Hyung nak pergi dulu" , lalu Jihoon beredar dan pergi entah ke mana
"Jom balik ke kelas. Sekarang subjek English, tapi cikgu tak datang", Guanlin berdiri dan menghulurkan tangannya
Aku menyambut tangan Guanlin dan mula berdiri. Guanlin meletakkan kepalaku di bahu kirinya. "Aku tahu kepala kau masih sakit" katanya senyum dan mengusap kepalaku
Guanlin. Lai Guanlin
Kawan yang faham dengan kau. Aku gembira dapat jadi classmate dia dan kawan dia. Ataupun lebih dari itu
•••
Aku di antara Daehwi dan Guanlin sebab dorang nak hantar aku ke kelas tahanan. Tangan kanan Daehwi di bahu kananku manakala tangan kiri Guanlin di bahu kiriku. Friendship goals kan 😏
"Hi Guanlin dan Daehwi" , kata seseorang dari belakang kami bertiga. Kami bertiga pusing ke belakang dan ternyata Woojin
"Oh. Hi Mijoo!"
Kata Woojin sambil senyum. Auch, my hearteu. Why you do dis to meh
Aku tersengih. Siapa tak bahagia kalau crush kau tegur kau huh?
"Hai!" balasku dengan riang.
Daehwi memusingkan matanya. "Dengan Mijoo kau senyum pula. Hyung nak pergi mana ni" tanya Daehwi
"Hyung dengan Mijoo dapat detention. Kan Mijoo?"
tanya Woojin dan aku mengangguk. "Owh- Lama dah tak dengar Woojin hyung kena detention lagi HAHA" , kata Guanlin dan gelak sakan
"Dah dah. Hyung nak pergi dulu", Woojin membuat tangan Gashina dan berlalu pergi
THAT THE REASON WHY HE IS MY CRUSH HOHOHO
Kami bertiga meneruskan perjalanan ke kelas tahanan. Apabila sampai, aku melambai kepada Daehwi dan Guanlin. Sedih pula apabila dorang tinggalkan aku :(
Aku mengeluh dan masuk ke kelas tahanan. Banyak juga orang kena detention ni hari. Hanya ada satu tempat sahaja yang kosong, iaitu di belakang hujung kanan. Sebelah Woojin
Heck yeah.
Aku berjalan ke arah tempat duduk Woojin. Tapi aku kawal ayu hehehe
Woojin sedar yang aku nak menuju ke arah dia. Jadi dia senyum dan meletakkan tangannya di meja sebelah itu untuk menandakan ada orang di sebelahnya
"Cikgu belum sampai?" kataku sebaik sahaja duduk di kerusi. Woojin mengangguk. Lalu dia memberi aku chewing gum, aku nak tapi dari crush tu woi!
Aku malu-malu kucing mengambil chewing gum dari tangannya. Aku cuba memandang sebelah kiri Woojin, tapi tak nampak
"Siapa sebelah awak?"
"Jiiihooooon" kata Woojin dan pandang Jihoon
Oh.
Dan akhirnya sampai juga guru disiplin. "Ok! Siapa yang sentiasa di kelas tahanan dan sentiasa kena detention. Tahu apa yang perlu dibuat" kata guru disiplin dengan tegas
Aku tak tahu sebab ni first time aku di kelas tahanan. Yang dendaan Puan Hae tu dia main bagi saja
"Seperti biasa. Ada agihan masing-masing" sambung guru disiplin. Guru disiplin menyebut nama satu orang satu dan tugasan mereka. Ada yang disuruh cuci tandas, cuci piring di kantin dan banyaklah
Nama murid disebut makin lama makin kurang kerana mereka semua sudah keluar dari kelas tahanan dan mula membuat dendaan mereka
Yang tinggal dalam kelas sekarang hanya kami bertiga. Aku, Woojin dan Jihoon
"Park Woojin?" tanya guru disiplin dan Woojin mengangkat tangannya. Guru disiplin melihat semula buku di tangannya. "Kamu- Di kolam renang. Buat apa yang patut. Cuci atau apa-apa saja"
Woojin mengangguk dan berdiri untuk keluar. Sempat juga dia lambai aku
"Kang Mijoo?"
Aku mengangkat tanganku. Guru disiplin mengangguk dengan perlahan. "Kamu di sini sahajalah" katanya lagi
"Di sini? Maksud?"
"Di sini sahaja. Duduk diam-diam. Kalau kamu ada kerja sekolah buatlah. Selama 2 jam. Sampai pukul 4 petang"
Aku mengangguk tanda faham. Jadi maknanya aku tak perlu buat-buat apa
Wait.
Aku satu orang sahaja di kelas ni? Aku menoleh Jihoon. Harap-harap dia tak disini juga
"Park Jihoon?"
Jihoon mengangkat tangannya. "Kamu pun sama. Di kelas ni." kata guru disiplin dan menutup buku
Jihoon agak terkejut. Aku pun terkejut. Maknanya kami berdua sahaja di kelas tahanan ni? Sampai pukul 4 petang?
Yang kena detention pula, mesti buat tugasan dorang sampai pukul 4. Pukul 4 baru dorang datang balik ke kelas ni dan blah dari sekolah ni. Beg sekolah dorang juga ditinggalkan di kelas ini, mungkin itu memang peraturan detention
Uh. Aku perlu habiskan masa detention aku dengan Jihoon.
Park Jihoon yang sudah kiss aku. Park Jihoon yang selalu marah aku.
Wow. Nice :)))
•••
Wannable!!
Are you ready? Tinggal brapa hari saja lgi 😭❤️