Aku Thorn Amato dan aku berumur 17 tahun. Keluarga aku dapat banyak masalah kerana aku. Aku selalu dilabel sebagai seorang yang polos , bendul dan tidak berguna oleh orang sekeliling ku. Malah ada masa nya keluarga aku sendiri. Aku tahu keluarga ku tidak maksudkan semua tu tapi ianya masih lagi sakit untuk mendengar kata-kata itu keluar dari mulut mereka.
===
" Thorn, kamu dah 17 tahun. Tahun ni tahun akhir kamu sekolah ...kalau prestasi kamu di sekolah semakin merosot ...kamu pasti akan gagal. Jadi abang nak kamu berusaha lebih lagi , ini untuk kebaikan masa depan kamu juga..."
===
" Thorn!! Belajar pertahan kan diri kau boleh tak?! Kenapa masa misi kau ok je? Tapi kalau di sekolah...kau jadi...kau jadi lemah macam ni?! Aku tak boleh nak datang ke sekolah hanya untuk berurusan dengan pembuli-pembuli kau saja!! Aku pun sibuk juga!! Mula belajar pertahankan diri sendiri, faham tak?! "
===
" Thorn tolong lah ...kamu tolong lah faham, abang nak kamu faham apa maksud kehidupan tu ...sebab dunia ni bukan nya hitam dan putih! Abang sendiri selalu pendam perasaan dan jangan tunjukkan kamu itu lemah...nanti kamu susah sendiri!! "
===
" Thorn!! Ikut aku berlatih hari ni! Jangan tau duduk dalam bilik tu je...tak bagus untuk kesihatan kau!! Cepat! "
===
" Thorn! Tolong lah pintar sikit...jangan buat perkara yang kau tak tau dan akhirnya akan menyusahkan aku dan yang lain! Aku disekolah perlu menumpukan semua perhatian aku untuk kekalkan gred aku...jadi aku tak boleh nak bantu dan jaga kau sepanjang masa ...cuba jadi pintar dan kuat sikit! Tolonglah mula berdikari boleh tak?!!"
===
Aku tahu mereka hanya nak yang paling terbaik untuk aku dan aku dah berusaha sehabis mungkin. Namun, aku tak dapat nak capai apa yang abang - abang dan kembar aku nak kalau dipaksa begitu.
Satu lagi rahsia aku ialah aku menghidap kanser perut. Belum teruk sangat dan aku masih boleh bertahan tapi ya aku tak nak bagitau abang-abang aku sebab takut menyusahkan mereka lagi. Mereka ingat ini hanya masalah gastrik biasa saja. Jadi aku nak uruskan semua ini sendiri, lepas kanser ni dah diuruskan pasti senang sikit aku nak tolong keluarga aku. Tapi kalau diberikan tekanan sebegini , aku tak tau sampai bila boleh bertahan.
===
" Thorn jangan paksa diri sangat ...kalau tak..susah kau nak sembuh kalau kau terus menerus memaksa diri kau macam ni ...abang risau dengan kesihatan kau sekarang ni..."
===
" Bang Thorn... aku mungkin nampak macam tak ambil kisah... tapi ... kau abang aku... jadi penyakit kau ni bukan lah penyakit yang ringan ...jadi memang tak boleh di pandang ringan...kau kena beritahu yang lain , cepat atau lambat mereka memang harus tau juga ..."
===
Hanya abang kelima aku iaitu Ice dan adik bongsu aku iaitu Lunar saja yang tahu ini . Itu pun aku suruh mereka supaya rahsiakan penyakit aku sekarang ini. Lebih baik aku rahsiakan perkara ini daripada orang lain kecuali dua orang itu sebab mereka boleh simpan rahsia daripada aku menyusahkan orang lain dengan lebih banyak lagi, kan?
•
•
•
•
•
•
•
•
•Aku juga berguna, kan?

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...