Waktu pulang pun hampir tiba, sekarang Thorn berada di kelas nya dan sedang menunggu mata pelajaran terakhir nya untuk berakhir. Ini ialah mata pelajaran yang paling disukai oleh sang penguasa tumbuhan itu.
Kelas apa itu? Jawapan nya ialah kelas pertanian. Kelas 3 iaitu kelas yang dimasuki oleh Thorn mempunyai 3 aliran elektif iaitu pertanian, seni visual dan sastera.
Sastera dia memang agak binggung tapi masih boleh faham, seni visual dia suka dengan aliran itu juga sebab dia suka melukis pemandangan tetapi masih belajar beberapa teknik lain juga yang masih membuatnya binggung.
Namun, kelas pertanian ialah kelas yang paling disukai oleh Thorn disebabkan dia sangat memahami tumbuhan dan itu sangat memudahkannya untuk memahami tajuk yang dipelajari dalam kelas itu.
Cikgu Hazel yang merupakan guru pertanian selalu memuji Thorn yang selalu mendapat markah tinggi dalam kelas nya. Thorn juga menjadi pelajar kegemaran nya. Oleh kerana, kelakuan pelajar nya yang satu itu sangat menunjukkan minat dalam kelas itu dan selalu membantu nya dalam apa pun.
Thorn juga sangat menyayangi Cikgu Hazel kerana memperlakukan diri nya dengan sangat baik dan memahami minat sebenarnya. Cikgu Hazel juga akan selalu memarahi Alex dan rakan-rakan nya jika menganggu Thorn sewaktu kelas nya berlangsung.
Perkara itu membuatkan Alex membenci subjek pertanian dan kerana itu dia selalu dapat nombor 2 dalam subjek itu dan Thorn selalu saja yang mendapat nombor 1 dalam subjek itu.
Rasa tidak puas hati Alex semakin membuak-buak selepas mendapati dia kalah ranking dalam kelas pertanian itu. Lagi-lagi yang mengalahkan nya ialah Thorn aka si gagal dalam kelas nya.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•Thorn POV
Aku melihat ke arah jam tangan ku dan melihat hanya tinggal beberapa minit lagi sebelum pulang. Cikgu Hazel juga menyuruh kami untuk bersiap-siap untuk pulang.
Jadi apalagi kesemua rakan sekelas ku dengan pantas mengemaskan semua perlengkapan yang ada di meja mereka dan memasukkan buku, alat tulis ke dalam bag sekolah mereka.
Mungkin mereka tak sabar nak pulang. Aku juga melakukan hal yang sama namun tidak lah terburu-buru seperti rakan-rakan sekelas aku itu. Tidak lama kemudian, loceng pun berbunyi dan itu menandakan waktu pulang telah tiba.
"Baiklah... kamu semua boleh pulang sekarang... tapi ingat untuk buat kerja sekolah kamu itu ya." ucap Cikgu Hazel lalu semua pelajar pun hanya membalas "baiklah,cikgu."
Selepas itu, rakan-rakan sekelas ku terus saja satu persatu meninggalkan kelas. Mataku sekarang terarah ke arah meja guru yang ada buku-buku latihan yang baru dihantar oleh kami semua tadi. Cikgu Hazel baru sahaja ingin mengambil buku-buku itu namun aku dengan segera mengambil beg sekolah ku dan menuju ke arah sang guru ku itu.
"Cikgu! Biar saya tolong cikgu angkat buku-buku itu ke bilik guru... bolehkan?" kata ku sambil berdiri di samping meja guru tersebut. Cikgu Hazel hanya tersenyum dan mengangguk setuju.
"Boleh juga, terima kasih ya Thorn... kamu selalu saja tolong cikgu padahal cikgu boleh je angkat sendiri buku-buku ni... tak lah banyak sangat pun." ucap guru ku itu sambil mengambil beg tangan nya lalu menjinjing nya.
"Tak apa lah cikgu... saya lagi gembira dapat tolong cikgu!" ucap ku dengan nada riang dan itu membuatkan Cikgu Hazel tergelak kecil melihat tingkah laku ku.
"Kamu sangat baik Thorn...baiklah bagus kamu hantar buku tu cepat ke bilik guru ya... nanti Solar dan Lunar tertunggu-tunggu kamu pula..." kata wanita itu dan itu membuatkan aku ingat aku tak patut buat Solar dan Lunar tertunggu-tunggu lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...