Thon POV
Jam di dinding ruangan eksperimen Solar menunjukkan pukul 2 petang. Aku merenggangkan badan ku selepas dah beberapa jam membantu Solar dengan projeknya. AKu sekarang berjalan menuju ke bilik aku dan Solar yang kami berdua kongsi.
Solar baru saja membenarkan aku untuk keluar dari ruangan nya itu selepas dah berpuas hati dengan projek yang akhirnya selesai juga. Jadi aku mengambil keputusan untuk kembali ke bilik manakala Solar ke bawah dan ke dapur untuk mengambil sesuatu untuk di makan sebagai alas perut.
Aku? Entah lah... semenjak dua menjak ni aku memang kurang selera makan dah, entah lah kenapa. Mungkin itu perkara biasa sebab aku sedang membesar kan? Tunggu bukan ke kalau makin membesar, makin kau kuat makan sebab badan perlukan tenaga? Haa...bukan masalah besar pun, sekarang ni aku penat dan hanya nak lelapkan mata sebentar jeh.
Sampai je aku dekat depan bilik aku dan Solar, baru jeh aku nak pulas tombol pintu untuk masuk ke dalam. Dua suara yang memang aku kenal menerjah ke telinga ku.
" Thorn! Wei jom keluar bersiar-siar!"
" Iya! Bosan lah kalau duduk rumah jeh~"
Aku lihat ke arah suara itu berada. Terlihat lah abang ketiga dan keempat aku sedang berlari ke arah aku. Siapa lagi kalau bukan Boboiboy Taufan dan Boboiboy Blaze kan?
Tapi aku rasa penat sekarang ni... tapi kalau aku tak terima ajakan diorang dua ni nanti terasa hati pula diorang. Haaih... aku mengeluh dalam fikiran ku, aku dah berjanji tak nak buat apa-apa yang menyusahkan adik-beradik ku... kalau buat diorang terasa hati pasti itu termasuk menyusahkan diorangkan?
Aku hanya mampu memberikan senyuman teruja ku walaupun itu sebenarnya senyuman terpaksa. Ya, aku selalu berikan senyuman teruja di tambah dengan senyuman polos ku. Abang Taufan yang ajar aku perkara itu, pendam perasan lebih bagus daripada luahkan dan menyusahkan orang lain. Itu yang Abang Taufan katakan.
" Wah! ok! kita nak kemana ni?"
Selepas mereka berdua mendengar aku berkata begitu, senyuman lebar dan nakal diberikan. Senyuman tu...mereka nak kenakan seseorang lagi ke ni?
" Mari kita pergi prank Hali! Dia ada di taman sekarang ni...dia kata nak habiskan baca novel dia kat sana~" kata Abang Taufan menepuk tangan nya sekali.
" Katanya kalau dia baca novel dia di rumah ni memang tak akan pernah habis sebab alasan nya kita bertiga akan selalu kacau dia~ tapi dia tak tau yang kita tau tempat rahsia dia habiskan masa dia kat taman tu~ hahaha!" tambah abang Blaze dengan senyuman lebarnya, dia pasti dah fikir banyak prank untuk kenakan Abang Hali ni.
"Oh ...ok... jadi kita pergi sekarang lah ni? " kata ku kelihatan teruja namun aku yakin perkara ni tak akan selesai dengan baik. Aku tau itu akan terjadi tapi kenapa aku masih ikut diorang dua ni? Sebab kami ni Trio Trouble Maker a.k.a TTM dan itu ialah kerja kami bertiga.
Walaupun Abang Taufan dah berumur 19 tahun dan Abang Blaze dah berumur 18 tahun, perangai mereka masih keanak-anakkan. Mungkin nak hilangkan tekanan selepas jalankan misi. Aku ni hanya ikut jeh apa yang diorang nak buat sebab aku tak kisah sangat kalau kena marah. Aku memang selalu kena marah pun sebab dianggap seorang terlalu lurus bendul dan hanya ikut kata orang.
Aku bukan lah lurus bendul sangat, aku hanya tak nak semua orang melupakan diri ku seperti mana aku selalu terlupa perkara yang harus aku buat. Boleh dikatakan aku hanya tak nak dianggap tak wujud di dunia ni.
Kalau salah satunya cara untuk buat itu ialah membuat masalah, jadi aku akan buat macam tu lah. Tapi itu bermaksud aku harus menyusahkan orang lain untuk itu berkesan. Jadi aku patut berhenti sebab aku dah janji untuk tak menyusahkan orang lain lagi. Tapi... kalau aku berhenti itu maksudnya aku perlu terima bahawa aku akan hilang perhatian adik-beradik ku.

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...