Thorn membuka mata nya dan melihat keluar tingkap, masih gelap lagi jadi bermaksud mungkin sekitar jam 4 atau 5 pagi. Dia melihat ke arah jam yang ada di meja yang berada di tepi katil nya. Pukul 2 pagi ? Tekaan nya salah sama sekali, tapi kenapa lah dia bangun terlalu awal hari ini? Haaih... ni kalau dah terbangun memang tak lah nak tidur balik ni.
Dia melihat ke arah katil Solar, kembarnya juga masih tidur. Mungkin dia yang paling awal bangun sekarang ni kerana Gempa pasti akan bangun sekitar jam 4 pagi. Jadi maksudnya ada 2 jam lagi sebelum abang sulungnya itu bangun.
Dia bangun dari katilnya dan keluar dari bilik. Dia memengang perutnya yang terasa sedikit sakit. Jadi dia mengambil keputusan untuk pergi ke dapur untuk mengambil air untuk diminum.
Sampai saja di bawah, semua nya masih kosong. Sudah tentu lah sebab semuanya masih tidur kan?
Thorn POV
Aku masuk ke dapur dan berjalan ke arah peti sejuk. Selepas membuka pintu peti sejuk, aku langsung mengambil botol yang berisi air biasa dan aku juga ke bahagian singki untuk mengambil cawan.
Aku kembali dan duduk di bahagian kaunter dapur dan mula menuangkan air ke dalam cawan lalu meminumnya. Aku mengeluh seketika, bukannya apa aku macam tak mau ke sekolah hari ni sebab ada beberapa pembuli aku tak serik-serik nak ganggu aku.
Diorang tak pukul aku tapi diorang ambil paksa atau minta duit aku macam tu saja. Kalau aku tak nak bagi, diorang akan ganggu aku sampai balik dan itu sangat-sangat tidak selesa tau tak? Jadi apa lagi, aku kasih je lah duit aku daripada aku diganggu sepanjang hari.
Tiba-tiba aku merasakan perut aku berbunyi, haa ini pasti sebab aku hanya makan sikit je semalam. Perut berbunyi tapi tak rasa lapar, pelik?
aku bangun semula dan menuju ke peti sejuk untuk lihat ada apa-apa lagi tak yang tinggal dari makanan semalam untuk di makan. Mmn...tak ada pula, mungkin ada roti yang boleh jadi alas perut aku ni. Aku berjalan semula dan pergi ke arah rak makanan ringan.
Hah ada beberapa roti coklat, ini mungkin cukup buat perut aku tak berbunyi sampai sarapan pagi nanti. Aku mengambil 2 plastik roti coklat sederhana besar yang masing-masing dalam nya ada 6 buah roti dan kembali ke kaunter dapur untuk duduk.
Jadi sebab perut buat hal walaupun masih rasa tak lapar, aku pun makan lah roti tu. Beberapa minit kemudian, aku dah habiskan 2 plastik roti coklat tu. Eh? cepat jeh aku habiskan roti ni ... padahal benda ni boleh kongsi untuk beberapa orang kut.
Perut kata lapar tapi fikiran kata lain. Makin pelik aku dengan diri aku sekarang ni. Apa pun lepas dah makan, aku rehat kejap kat dapur tu dalam sekitar 30 minit tak buat apa-apa dah lah dalam gelap. Ni kalau abang Gempa atau abang Hali nampak aku ni mesti kena marah punya, yelah apahal kan tiba-tiba bangun awal sangat dan tak sambung tidur balik.
Masih ada sekolah lagi nanti, takut tertidur dalam kelas pula. Tiba-tiba, perut ni buat ragam, sakit dia bukan main lagi. Apa kena dengan kau ni perut ...aku makan kau sakit...aku tak makan kau sakit juga!
Aku berdiri dan cepat-cepat pergi ke tandas yang ada di dapur dan langsung masuk. Kat sana aku terus tunduk dan muntahkan semua yang baru aku makan tadi ke dalam lubang tandas. Aduh... perut rasa senak sebab keluarkan semua nya balik. Selepas beberapa minit, tak henti-henti muntah , akhirnya lepas dah rasa semua nya dah dikeluarkan. Aku boleh tarik nafas kembali.
Apa dah jadi sebenarnya? Roti tu dah lepas tarik luput ke? Aku baru jeh nak flush tandas tu, tapi terbeliak mata aku selepas nampak muntah aku tu bercampur dengan warna merah. Jangan kata itu darah? Banyak tu wei kalau itu betul-betul darah! Takut nak fikir kalau tu betul-betul darah jadi aku terus je flush dan semua nya kembali bersih.

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...