抖阴社区

Chapter 06

137 13 18
                                    

Thorn POV

Aku tak percaya aku berbohong dengan abang Hali tadi. Yang sebenarnya kan, hari ni tak ada kuiz matematik pun bahkan tak ada kuiz lain sama sekali. 

Aku hanya tak berani nak begitau hal yang sebenar, takutnya bila aku kasih hal pagi tadi. Abang Hali akan begitau Abang Gempa dan itu pasti akan membuatkan abang sulung nya risau.

kalau sakit perut ni hanya sebab makanan lepas tarikh luput, itu pasti tak akan jadi masalah benar. namun, aku sendiri tak pasti kalau roti yang aku makan tadi tu betul ke tak lepas tarikh luput. 

Kalau masalah sakit perut ni tak pandai surut dan makin teruk. Rasanya aku sendiri akan pergi jumpa doktor sendiri. Tak nak menyusahkan yang lain. Cukup lah abang Ice saja yang risaukan diri aku pagi-pagi tadi. 

 aku mendengar lonceng masuk kelas berbunyi dan aku segera menuju ke kelas aku. Kelas aku ni terletak di tingkat 2, perlu lepas beberapa kelas tingkatan 5 lainnya. Solar memang masuk kelas 1, iyalah budak pandai kan.

Lunar pun masuk kelas 1 untuk tingkatan 4 ni tahun ni. Dua orang budak pandai ni memang jadi harapan sekolah manakala aku ni pula kena masuk kelas 3 sebab pembelajaran aku yang tak seberapa ni. Aku tak nak berpisah dengan Solar tapi memandangkan aku sendiri sedar yang aku ni memang pelajar yang tak seberapa. 

Aku pun pasrah lah masuk kelas 3 ni, sekurang-kurang nya tak lah kena letak dalam kelas 6. Itu ialah kelas akhir dan paling bermasalah dalam sekolah ni. Apa tidak, pelajar dalam kelas tu suka memberontak dan tak suka sangat belajar. Masuk sekolah ni pun sebab terpaksa atau keluarga diorang tu orang kaya.

Tak semua nya yang akan keluar dari sekolah ni akan berjaya tapi hampir 95% yang berjaya. Jadi 5% tu tak akan penting sangat dan tak akan burukkan nama sekolah hanya kerana golongan pelajar 5% ni. Aku tak nak termasuk dalam golongan tu, aku nak keluar sekolah sekurang-kurang nya lulus.

Setelah nampak pintu kelas, aku menarik nafas lega. Apabila aku masuk, nasib aja belum ada guru yang masuk ke kelas. Pasti lambat sikit cikgu masuk hari ni, seingat aku awal pagi ni kelas sejarah. 

Haaih...subjek sejarah ni boleh buat aku tertidur dalam kelas, punya main bosan nak hafal semua sejarah itu dan ini. Kenapa lah banyak sangat sejarah dibuat? Kebanyakkan orang tak boleh ingat tapi apa boleh buat terpaksa nak ingat juga kalau tak nak gagal subjek sejarah ni.

Aku mengambil langkah untuk ke meja ku yang ada di bahagian belakang sekali. Selapa sampai ke meja ku, aku menarik kerusi dan duduk. Kemudian, aku terus masuk ke dalam fikiran dan dunia ku sendiri.

 Aku yang peramah ni pun jadi pendiam kalau kat sekolah ni tau tak? Sebab apa yang pelajar sekolah ni pentingkan hanya lah gelaran atau pangkat kau je, kalau tak ada antara tu memang tak dipandang pun. 

Jadi aku lebih suka berdiam diri jeh kalau kat sini, nak berkawan pun nanti diorang tikam belakang kita. Main baik di depan, last-last cakap belakang orang. Aku tak nak terikut dengan perkara macam tu, nanti aku pula yang dapat susah.

Sedang sibuk aku melayan fikiran aku sendiri, aku dengar ketua kelas ku memberikan salam. Aku tersedar dan melihat yang cikgu sejarah kami dah masuk. Semua pelajar berdiri untuk memberikan salam dan aku juga turut berbuat demikian. Seperti biasa kalau kelas sejarah ni mesti kena hantar kerja sekolah dulu, nasib aku dah buat kalau tak pasti kena dendan lagi.

selepas ketua kelas aku dah kumpul semua kerja sekolah tu, cikgu pun mula mengajar. Jangan suruh aku jelaskan apa yang diterangkan oleh cikgu sejarah aku tu, sebab aku sendiri tak akan ingat. Paling kurang kalau nak suruh aku ingat mesti kena baca lebih dari 3 kali atau baca ulang supaya tak lupa. 

Yelah otak aku tak sama macam Solar tu, dia tu baca sekejap memang dah sah ingat dalam waktu singkat jeh. Jadi sekarang ni aku hanya akan tunggu sampai waktu rehat saja. Lepas ni ada subjek matematik, jadi sama juga macam subjek sejarah ni. Aku tak akan ada semangat nak terangkan apa yang terjadi di dalam kelas. Paling kurang pun jawab soalan matematik yang susah dan itu hanya akan membinggungkan aku.

i'm useful too, right?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang