Pagi yang cerah dengan bunyi kicauan burung yang jelas kedengaran. Pondok yang dipenuhi dengan tanaman yang unik dan cantik yang ada di halaman belakang rumah Elemental Brother menjadi tumpuan.
Seorang remaja lelaki bermata hijau melihat tumbuhan-tumbuhan miliknya dengan pandangan gembira. Kegembiraan sudah pasti dapat dilihat oleh orang lain jika itu berkaitan dengan tumbuhan, siapa lagi kalau bukan Boboiboy Thorn Bin Amato. Perkara yang paling di sukai oleh nya ialah alam sekitar, tumbuhan dan apa-apa yang berkaitan dengan itu.
Thorn melihat jam tangan yang ada di pergelangan tangan nya. Dia membulatkan mata selepas melihat itu. Dia baru perasan bahawa dia telah berada di pondok tanamannya selama beberapa jam. Dia berada di sana selepas sarapan pagi iaitu pukul 7.30 pagi dan sekarang jarum jam tangan nya sudah menunjukkan 11 pagi.
Ini memang rutin harian nya yang selalu dia lakukan supaya tanamannya tidak layu. Namun, Apa dia terlalu leka dengan semua sampai tak perasan yang beberapa jam dah berlalu buat dirinya? Oh! iya, baru dia ingat yang dia dah janji untuk tolong abangnya iaitu Gempa untuk beli barangan rumah. Ini giliran nya untuk menemani abangnya itu.
Tapi seingat dia, abangnya suruh dia bersiap tepat 9 pagi. Ini dah pukul 11 pagi, dia dah lambat hampir 2 jam sekarang ni! Dia berfikir bagaimana dia boleh lupa akan hal itu.
Thorn POV
Apa aku akan dimarahi oleh abang Gempa ya? Jujur aku betul-betul terlupa dengan janji ku pada abang sulung aku itu! Kalau dah janji pasti harus ditepati kan? Aku hanya harap yang Abang Gempa tak marah aku, jadi aku kena cepat.
Aku mengemas barang-barang aku seperti pasu kosong dan baja lebihan. Cepat-cepat kaki ku melangkah ke pintu pondok untuk keluar dari sana. Namun langkah ku terhenti selepas melihat satu figura yang berhenti di depan pintu kata tersebut.
Eh? itu kan Solar? Apa yang dia buat disini?
Solar membuka pintu tersebut dan melihatnya tepat di mata. Aku yang melihat itu hanya berdiri kaku di sana. Kenapa dia memandang aku seperti itu? Apa aku ada terlupa sesuatu lagi yang berkaitan dengan kembaran nya itu?
Aku membuka mulut untuk berbicara namun dihentikan setelah melihat Solar mengangkat tangan untuk menyuruh ku supaya hanya menutup mulut ku sahaja. Jadi selepas melihat itu, apalagi aku kembali menutup mulutku dan hanya memandang Solar dan menunggunya supaya melanjutkan tindakan selanjutnya.
" Thorn, kau perasan kan sekarang dah jam berapa? kata Solar memasang muka serius dan aku hanya membalas dengan anggukan sahaja.
" Dan kau tau ini giliran kau untuk pergi dengan abang Gem untuk beli barangan rumah?" tambah Solar lagi. Sekarang aku dah tau kenapa dia ada disini, pasti hanya ingin mengingati aku tentang hal ini sahaja namun tanpa membalas apa persoalannya itu. Aku hanya mengangguk untuk kali keduanya.
Aku melihat Solar berhenti bercakap dan memberikan aku pandangan tak puas hati. Oh tidak... pandangan itu kalau dah diberikan kepada ku pasti menunjukkan bahawa aku lupa melakukan sesuatu yang aku dah janji dengan nya atau dia terpaksa melakukan perkara milik ku.
Jadi apa yang ada di dalam fikiran ku ialah ... apa dia telah menggantikan aku untuk pergi bersama dengan Abang Gempa? Oh tidak, aku tak nak menyusahkan Solar tapi aku betul-betul tak perasan yang aku luangkan masa beberapa jam disini. Aku juga memang hampir lupa bahawa minggu ini giliran aku untuk menemai Abang Gempa.
" Solar...aku... maaf sangat-sangat ...aku lupa ini giliran aku untuk pergi bersama dengan Abang Gempa... kalau ikut riak wajah kau tu ...p-pasti kau dah gantikan aku kan? Jadi aku nak berterima kasih dan minta maaf sangat-sangat dengan kau sebab sanggup bazirkan masa kau untuk aku. " ucap ku lalu memberikan senyuman canggung.
Aku melihat Solar memejamkan matanya dan mengeluh. Dia juga membetulkan cermin matanya lalu memandang ku tajam. Aku menengguk ludah ku yang terasa pahit.
" Thorn lain kali tolong lah ingat... aku dah lah banyak projek dan tugasan sekolah nak dibuat! Bang Gem masuk ke dalam bilik aku tadi dan cakap yang dia nak aku yang teman kan dia untuk ke kedai ...sebab nampak kau tak bersiap lagi. Aku dah cakap periksa dekat pondok kau ni tapi dia cakap yang pasti kau lagi sibuk! Jadi macam mana dengan aku ni...apa aku ni tak sibuk ah?!"
" Solar...aku minta maaf ...aku janji akan gantikan kau... waktu giliran kau untuk temankan Bang Gem beli barang rumah minggu depan ya, jadi tolong jangan marah aku ...ok?"
" Dah berapa kali kau cakap macam tu? Aku tau lah kau ni pelupa tapi tolong lah ingat sikit tanggungjawab kau tu...kau tak boleh lah nak main lepas tanggungjawab kau saja! Ingat orang lain pun ada kerja sendiri dan bukan nya hanya nak gantikan tempat kau tu! Sebab orang lain pun ada kehidapan sendiri!"
Aku hanya boleh terdiam selepas mendengar itu, aku sedikit terasa hati selepas mendengar itu. Ucapan itu yang keluar dari mulut kembar aku sendiri. Aku tau yang aku kekadang lupa dengan tugas aku tapi bukan selalu kan? Namun, aku melihat wajah Solar yang kelihatan penat, apa dia tak cukup tidur sebab nak siapkan tugasan nya sebelum sekolah esok ya?
Aku betul-betul rasa bersalah sekarang ini, kalau lah aku ini ingat masa dan tak terlajak macam ni. Pasti Solar tak perlu ganti tempat aku dan dia pasti boleh fokus dengan tugasan atau projek dia tu. Kami berdua tau bahawa kami harus sentiasa tolong satu sama lain tapi dalam minggu ni dah hampir 6 atau 7 kali Solar bantu aku.
Dia bantu aku kat sekolah dan dirumah. Bantu aku dalam pelajaran aku bahkan membantu ku jika aku dibuli dengan budak-budak yang ada di sekolah. Aku tak tau lah, apa aku begitu lemah? Juga dia membantu ku dalam misi ku jika kami dipanggil.
Aku, Solar dan Lunar memang masih bersekolah tetapi kalau ada misi yang benar-benar memerlukan orang lebih. Sudah tentulah kami akan dipanggil oleh komander Kokoci. Jadi Solar ada membantu ku dalam hal sebegitu juga.
" AKu minta maaf Solar..."
" Dah berhenti minta maaf ... kau seharusnya ingat tapi semua nya dah lepas. Aku nak kau masuk ke dalam sekarang dan bantu aku buat projek aku sekejap dan jangan nak mengada cari alasan nak makan tengah hari untuk lari dari membantu aku, kau tak boleh makan tengah hari selagi aku juga tak turun bawa untuk makan. Lagi satu aku ingatkan, satu perkara ni je... jangan sentuh yang lain kalau aku tak suruh, nanti tak pasal-pasal semua nya hancur sebab sifat cemerkap kau tu..."
Selepas berkata seperti itu, Solar terus saja berjalan pergi dari tempat ini meninggalkan aku seorang sahaja disitu masih berdiri kaku.
' Apa aku terlalu banyak menyusahkan nya sampai dia dah mula rasa menyampah dengan aku?' fikirku secara mendalam.
Aku melihat sekitar dan melihat bunga-bungaan dan tanaman ku yang lain. Aku melamun sebentar. Namun, tersedar kembali selepas mendengar suara Solar dari kejauhan memanggil ku.
" Woi Thorn! Mana kau?! Aku dah cakap ikut aku cepat kan?!"
" Iya! aku datang ni Solar!"
Aku membalas kembali dan dengan cepat keluar dari pondok tanaman aku dan menutup pintu denga segera. Aku berlari menuju ke arah Solar yang dah tercegat di dekat pintu belakang rumah kami dan wajah nya menunjukkan yang dia hampir tak dapat bersabar denga perangai aku ni.
Sambil-sambil itu aku mula terfikirkan sesuatu.
' Aku tak nak menyusahkan Solar lagi lepas ni ...sama juga dengan adik-beradik aku yang lain...'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi aku tak pasti jika fikiran aku itu akan mengkhianati aku lagi nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...