抖阴社区

Chapter 05

80 10 8
                                    

Sekarang ini sudah tiba waktunya untuk Thorn, Solar dan Lunar untuk ke sekolah. Mereka bertiga segera bersiap lalu turun ke bawah menuju ke ruang tamu. Suara abang kedua mereka dengari dari arah pintu masuk rumah. 

" Cepat sikit! Kalau tak nak lambat! Sekolah korang tu dah lah jauh dari rumah!" 

Kenapa Halilintar kata yang sekolah mereka bertiga ni jauh dari rumah mereka? Oh itu sebab mereka dah tak bersekolah di Sekolah Menengah Pulau Rintis lagi. Selepas Blaze dan Ice dah tamat sekolah kat sana, mereka bertiga kena pindah sekolah di bandar. 

Ya atas sebab pembelajaran di sekolah tu lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah lama mereka tu dan mereka bertiga kalau dah tamat dari sekolah tu memang boleh dianggap seorang bijak - pandai.

Dalam hal macam ni, Lunar dan Solar yang memang dah dikira adik-beradik yang paling bijak dan pintar dalam kalangan Elemental Brother memang tak akan ada masalah. Masing-masing dari mereka berdua ialah ketua pengawas dan pengurusi kelab komputer. 

Satu memang pandai dalam hal pengetahuan dan satu lagi memang dah bijak sangat dalam hal komputer dan pengodaman. Kalau dibandingkan dengan Thorn yang hanya dikira golongan pelajar yang masih terselamat dalam  sekolah tu hanya sebab kembar dan adiknya yang mempunyai pangkat besar di sekolah tu jeh.

Dah boleh dengar Thorn mengeluh kalau ada seseorang bangkitkan hal itu. Dia pun nak dikenali dengan pencapaian nya sendiri. Bukannya kalau ada jumpa dengan seseorang dari sekolah, soalan yang keluar dari mulut mereka hanyalah ...

"Oh? kau ni kembar si Solar kan? Nama siapa eh...ah itu tak penting... apa pun boleh berikan dokumen ni pada dia waktu korang balik nanti?"

"Awak...Mmn...Throne? Eh rasanya salah...tapi  Awak abang Lunar kan? Ada nampak dia tak? Kalau ada nampak dia boleh panggilkan dia tak? mesyuarat kelab komputer dah nak berlangsung dah ni..."

" Keputusan kau rata-rata jeh ni... betul ke kau bersaudara dengan si Solar dan Lunar tu? Diorang 2 tu genius sekolah ni...kau pula dalam kata lain... macam tu jelah~"

"Eh tengok Solar dan Lunar naik atas pentas sebab dapat anugerah pelajar cemerlang lagi~ Thorn kau pula bila nak dapat~"

Hah sudah! Dia tau lah yang dia ni tak pandai macam dua saudara dia tu, dia masuk sekolah tu pun sebab tak sampai hati nak tengok Gempa dan Halilintar kecewa dengan dia sebab tak setuju dengan sekolah pilihan diorang. Jadi daripada mengecewakan dua abangnya itu. Dia pun terima jelah.

Tapi tak sangka masuk jeh sekolah tu, pelajaran yang diberikan lebih ketat dan lebih teratur. Itu membuatkan dia semakin sukar untuk ikut rentak pembelajaran dalam sekolah orang-orang yang rata-rata bijaksana tu!

Di sekolah semua orang nak bandingkan dia dengan Solar dan Lunar. Tak, dia tak cemburu dengan diorang dua tapi rasa tertekan tu ada sebab dia macam dipaksa untuk cuba capai tahap dua saudaranya itu.

Penat? Rasa nak berhenti atau baik duduk rumah je?

Fikiran tu ada tapi sebab nak jadi satu perwatakan yang baik, memang  dah buang jauh-jauh pemikiran negatif macam tu. 

Baiklah berbalik kepada kecerita asal. Mereka bertiga baru jeh nak melangkah ke arah pintu tapi suara Ice menghentikan langkah mereka.

" Abang Hali boleh bawa Solar dan Lunar masuk kereta dulu ya. Aku nak cakap dengan Thorn kejap..."

Hali yang melihat memberikan muka mempersoalankan namun Ice tetap dengan muka tenang dia tu.  Jadi malas nak bertanya lebih lanjut, hanya membalas:

" Baiklah...jangan lama-lama...kalau lambat diorang juga yang susah, cepat sikit kalau nak sampaikan sesuatu tu...dah Solar, Lunar....cepat masuk kereta!"

i'm useful too, right?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang