Lunar melihat ke arah Thorn yang masih terlihat penat. Dia mendekati Thorn lalu memengang tangan abang nya itu dan menarik nya perlahan seperti menyuruh abang nya itu untuk mengikuti nya.
Thorn yang melihat itu berasa hairan dan melihat Lunar. Dia pun bertanya kepada adik nya itu yang jalan terlebih dahulu dan Thorn hanya mengikuti nya dari belakang sambil tangan nya masih dipegang oleh adiknya itu.
" Aku nak bawa abang Thorn pergi kantin dan rehat dengan ku ... sebab aku tau pembuli-pembuli itu mesti ambil duit abang lagi...kan?"
"Heh?? Tapi abang tak nak kamu guna duit belanja kamu untuk abang... kamu sendiri kena makan... nanti kamu pula yang lapar juga abang tak nak menyusahkan kamu..."
Kata - kata Thorn itu membuatkan Lunar terhenti lalu melihat ke arah Thorn masih dengan pandangan nya yang datar namun ekspresi nya menjadi sedikit lembut.
"Abang... dengar ya... betul Lunar nampak macam tak peduli pada perkara remeh... tapi apa yang abang alami ni bukan perkara yang remeh dan pembulian akan menjadi lebih parah jika dibiarkan... Lunar hanya nak bantu abang saja... juga belanja abang makan itu adalah tanggungjawab Lunar sebagai adik abang... jangan risau... Lunar ada duit lebih yang Lunar simpan... yang penting sekarang... abang kena makan dan Lunar akan pasti kan itu... melihat keadaan abang yang macam terlalu penat dan kelihatan lelah... Lunar takut abang akan pengsan tengah-tengah pelajaran berlangsung nanti. Dah tentu Lunar tak nak perkara itu terjadi...jadi sekarang abang fahamkan?"
Thorn mengelipkan matanya nya beberapa kali selepas mendengar penjelasan Lunar yang panjang lebar itu. Apa tidak, adik nya yang satu ini mana pernah nak jelaskan sesuatu panjang lebar. Namun jika dia sudah melakukan hal demikian bermaksud dia serius, ikhlas dan tulus dalam melakukan sesuatu hal.
Itu ialah sifat yang paling jarang dia tunjukkan. Selalu nya yang dapat lihat sifat adik bongsunya itu hanya lah abang sulung juga abang kelimanya iaitu Gempa dan Ice. Thorn merasakan bahawa ini ialah kali pertama nya Lunar menunjukkan sifat tulus seperti itu kepada kepada dirinya.
Air mata sudah berkaca pada mata Thorn setelah mendengar itu. Perasaan terharu dan berterima kasih terhadap sang menguasai elemen kegelapan itu semakin mendalam.
"Terima kasih Lunar... kamu baik sangat dengan abang dan tak pernah nak desak abang... abang berterima kasih sangat..."
Melihat abang nya yang sekarang seperti menahan diri daripada menangis membuatkan Lunar cepat-cepat melepaskan pegangan tangan nya pada Thorn dan langsung memengang kedua-dua bahu Thorn.
"Dah... Lunar gembira dapat bantu abang dan jangan biarkan air mata abang jatuh hanya sebab hal ini... Lunar yakin dengan abang... kita kena keluar dari tandas ni dan pergi ke kantin sekarang sebelum waktu rehat habis... tinggal 15 minit lagi sebelum waktu rehat habis...jom..."
Thorn hanya mengangguk dan tersenyum melihat Lunar yang tak banyak cakap ni betul-betul sedang memberikan nya kata-kata semangat. Dia berasa lucu dan itu membuatkan mood nya kembali naik semula.
"Baiklah... mari kita pergi ke kantin sekarang!"
"Hmm."
"Jomm~!"
Dengan itu, Thorn dan Lunar pun keluar dari tandas dan menuju ke kantin. Sepanjang jalan ke kantin, Thorn kembali tersenyum riang dan Lunar sentiasa setia berada di sisi Thorn untuk memastikan tiada perkara buruk berlaku kepada abang nya itu lagi.
'Syukur lah... abang Thorn dah tersenyum kembali... senyuman itu kelihatan tulus... dia mungkin betul-betul gembira saat ini... harap hari ni tak akan jadi lebih teruk untuk nya lagi...' fikir Lunar lalu tersenyum tipis cukup untuk tidak membuat pelajar lain melihat nya tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...