Selepas Trio Trouble Maker selesai mengemas rumah, mereka bertiga langsung ke dapur untuk membantu Gempa menyediakan makan malam. Selepas selesai menghidangkan makanan. Elemental Brother pun berkumpul di ruangan makan untuk makan malam.
Kelihatan Thorn memandang makanannya dan hanya makan sedikit saja. Dia melihat adik-beradiknya makan sambil berbual-bual sedikit. Selera makannya betul-betul bermasalah sekarang ni.
Apa tidak, sarapan pagi tadi dia hanya makan sedikit roti dan milo, makan tengah hari dia langsung tak ada makan apa-apa. Sekarang ni makan malam pun dia langsung tak rasa lapar sangat.
Selepas makan malam, dia cepat-cepat bantu Gempa mengemas meja dan cuci pingan. Dia pun langsung ke ruang tamu untuk menonton televisyen sebelum tidur.
Thorn POV
Aku baru duduk di sofa dalam masa 10 minit dan abang Gempa datang menyapa ku. Di tangannya kelihatan dia memengang sesuatu. Aku melihat tepat pada tangan nya lalu aku baru perasan. Itu kan kad laporan ku? Seingat aku...keputusan aku sejak kebelakangan ini teruk sangat.
Apa abang Gempa ingin menceramahi ku sekarang ini? Mungkin itu lah yang akan terjadi sekarang ni, kalau tak kenapa dia pegang kad laporan aku kan?
" Thorn... boleh ikut abang sekejap? abang ada sesuatu nak bincangkan dengan kamu ni." ucap abang Gempa dengan wajah risau. Kenapa abang Gempa memasang wajah itu? Aku dalam masalah ke?
" Oh...sudah tentu, Bang Gem..." balas ku dengan senyuman di wajah ku walaupun dah tau apa yang akan terjadi nanti. Aku berdiri dan mengikut abang Gempa ke tingkat atas menuju ke bilik aku dan Solar.
Sampai saja di dalam bilik, aku lihat sekitar dan mendapati Solar belum masuk ke dalam bilik. Mungkin masih ada di ruang eksperimen dia untuk kemas sedikit sebanyak daripada sisa projeknya tadi ataupun dia dah mula buat eksperimen baru. Siapa yang tau kan?
Aku duduk di atas katil manakala abang Gempa mengambil kerusi lalu duduk berhadapan dengan aku. Dia masih melihat aku dengan pandangan risau. Ini betul-betul membuatkan aku berasa tak selesa.
" Thorn...kamu ok tak? abang nampak kamu makan sikit jeh dan tengah hari tadi pun kamu tak makan kan? " tanya abang Gempa dan aku melihatnya dengan wajah binggung yang jelas terpampang. Aku penat hari ni tapi selain dari itu aku yakin aku ok. Jadi kenapa abang Gempa risau tentang hal itu.
" Thorn ok je bang... Thorn hanya tak ada selera sangat hari ni...tapi Thorn janji esok akan makan ikut masa balik. " jawab ku dan memberikan senyum lembut untuk menyakinkan bahawa aku tak akan apa-apa kalau tak makan dengan betul hanya untuk sehari jeh.
Ya mungkin untuk beberapa hari ni aku tak jaga pemakanan aku tapi itu tak ada siapa yang tau jadi itu tak penting. Eh? Yakin ke hanya beberapa hari...macam dah masuk beberapa minggu aku tak jaga pemakanan aku ni.
Tapi itu tak penting, asalakan abang Gempa tak tau semua nya akan baik-baik saja.
" Ok baiklah kalau kamu dah cakap macam tu...tapi satu lagi abang nak cakap ni...ini tentang keputusan kamu ni ...Thorn keputusan kamu semakin merundum dan hampir semuanya gagal... kamu tak dapat nak ikut apa yang diajar oleh guru kamu atau kamu ada masalah di sekolah... apa kamu dibuli lagi? "
Ouh! itu sakit ...perkataan 'lagi' tu, macam ketara sangat aku ni tak boleh nak pertahankan diri dari pembuli di sekolah aku tu. Aku mengaku yang aku tak pernah nak membantah jika budak-budak sekolah aku nak aku lakukan sesuatu, aku hanya ingin bersikap baik jeh.
Tapi tak sangka pula aku yang diorang akan terus- menerus menggunakan kebaikan aku tu dan mengambil keputusan untuk membuli aku pula. Jelas sekali abang Gempa risau yang aku akan dibuli lagi. Haaih... aku perlu berhenti membuatkan abang aku risau tentang aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...