抖阴社区

Chapter 02

Mula dari awal
                                    

Aku hanya tau cari masalah dan mahir tentang tumbuhan sahaja, selain dari tu ... memang tak lah.

Keputusan pelajaran ku tak sebagus Solar dan Lunar. 

Skill berlawan ku tak sehebat abang Hali dan abang Blaze.

Kemahiran harian aku tak mahir sangat macam abang Gempa dan Abang Ice. Nampa jeh abang Ice tu kuat tidur tapi kalau bab-bab kerja rumah ni, dia memang pandai juga memang nombor dua dan yang pertama memang abang Gempa.

Memasak, mengemas, menasihati dan perkara yang sama dengan itu, memang harapkan diorang dua ni lah.

Bahkan abang Taufan hebat dalam sukan sama je macam abang Blaze dan Lunar.

Aku memang yang paling bawah diantara diorang semua dan juga paling lemah. Kuasa aku memang yang paling lemah kan? Aku hanya mampu tertawa di dalam hati bila isi hati aku juga berkata bahawa aku yang paling lemah dan mungkin tak berguna diantara adik- beradik aku ni.

Fikiran ku terus tersedar kembali selepas mendengar abang Taufan membalas soalan ku tadi.

" Yep! Kita pergi sekarang juga~ dan ambil dron dan beberapa belon...itu pasti akan buat si Hali lari ketakutan kan~ hehehe~ " kata abang Taufan lalu berhigh five dengan abang Blaze. Aku hanya mampu tersenyum lelah saja dengan itu.

" Hahaha! aku akan sediakan kamera! itu pasti akan jadi blackmail yang bagus nanti~!" ucap abang Blaze dan sekali lagi mereka berhigh five. Aku mengeluh kecil tapi di dalam hati.

' Baiklah...ini memang tak akan berakhir dengan baik...tapi iyalah ...apa jeh lah... kalau perkara ini akan buat diorang dua ni gembira...aku ikutkan saja...'

" Ok! aku akan tunggu di luar! Blaze kau ambil kamera macam kau cakap tadi dan~ Thorn kau pergi ambil dron dekat dalam bilik aku ye~ aku dah ada beberapa belon dan tali dalam poket aku ni" arah abang Taufan. Aku dan abang Blaze hanya mengangguk faham lalu masing-masing berpecah untuk ambil apa yang diarahkan. 

Selepas dah ambil apa yang diperlukan dalam beberapa minit. Kami Trio Trouble Maker ni pun mengambil langkah ke taman yang tidak jauh dari rumah kami ni. Jadi bermula lah kekacauan untuk hari ni. 

Jadi dipendekkan cerita prank ke atas abang Hali ni... kami bertiga jalankan rancangan kami. Kami pergi ke tempat rahsia abang Hali selalu luangkan masa iaitu berhampiran bahagian terpencil taman tersebut. abang Taufan tau tempat tu selepas dalam diam mengikuti abang Hali beberapa hari lepas.

Kami melihat abang Hali yang sedang tertidur menyandarkan belakangnya pada sebuah pokok sambil tangan memengang buku novelnya yang diletakkan pada bahagian pahanya. abang Taufan menyediakan belon yang selepas itu diikatkan pada dron lalu abang Blaze mengawal dron tersebut untuk pergi ke depan wajah abang Hali.

Aku pula? Ya...aku ditugaskan untuk mengambil video menggunakan kameranya abang Blaze. Jadi apa lagi aku hanya bersedialah. Selepas dah pastikan semua nya dah sedia, maka kami bertiga berteriak nama Abang Hali. Itu membuatkan tuan punya nama terbangun dan melihat sekitar dengan keadaan yang masih mamai. 

Namun kami bertiga nampak tubuh abang Hali menjadi tegak selepas melihat dron yang diikat dengan banyak belon itu.  Dia berdiri perlahan lalu langsung melarikan diri dan dron yang dikawal oleh abang Blaze terus- menerus mengikuti abang Hali yang dah marah sebab tau siapa yang buat ini pada nya.

" KALAU KORANG TAK BERHENTI...AWAS YA! SIAP KORANG!! BERHENTI!!"

" Tak nak! Kau masih takut dengan belon~ biar betul kau ni~ hahahaha!"

"Abang Hali hahaha biar betul abang ni hahaha adui perut aku sakit!"

Abang Hali masih berlari di sana sini sementara abang Taufan dah ketawa tak ingat dunia sambil berguling di rumput taman itu. Abang Blaze pula dah terduduk sambil ketawa tapi tangan nya masih setia mengawal dron tersebut supaya tidak berhenti mengejar abang Hali.

Aku di sana hanya berdiri memengang kamera masih mengambil video. Aku nak ketawa sebab memang lucu pun tapi aku penat sangat nak ketawa sekarang ni. Aku menyusahkan abang Hali lagi kan sebab buat prank ni. Aku pasti akan dimarahi dan dinasihati oleh nya nanti. Aku tak kisah tentang itu tapi yang aku kisah sekarang ini ialah muka kecewa yang abang Hali akan tunjukkan pada kami nanti.

Itu dah cukup membuatkan aku makin rasa bersalah.  Kenapa dengan aku ni tak habis-habis menyusahkan orang lain?

Kamera di tangan ku, aku lihat lalu berhenti merakam. Aku melihat abang Taufan dan abang Blaze untuk berhenti dan larikan diri sekarang ni. Mereka berdua setuju dan kami pun berlari ke rumah dan dengan itu abang Hali pun mengejar kami hingga ke rumah juga.

Akhirnya, sampai je dekat rumah habis kami dimarahi oleh abang Hali. Kami bertiga pun di denda oleh abang Hali untuk mengemas rumah sebelum makan malam dan membantu abang Gempa memasak makan malam. Abang Taufan dan abang Blaze masih lagi tak ambil kisah dan masih lagi ada sisa tawa mereka.

Sebalik nya, aku hanya memaksa tawa ku bukan sebab lucu tapi sebab aku penat dan rasa bersalah menyelimuti diri ku semula. Aku tau dah berapa banyak kali aku katakan ini tapi...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku buat Solar dan abang Hali marah pada aku dalam sehari ni, aku memang tak habis-habis nak menyusahkan orang, kan?

i'm useful too, right?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang