抖阴社区

Chapter 06

Mula dari awal
                                    

Jadi skip time iaitu waktu rehat, akhirnya dua kelas yang membosankan habis pun. Cikgu dah keluar kelas dan diikuti oleh pelajar kelas aku. Aku pula? rasa malas untuk pergi ke kantin tu ada tapi aku dah cakap dengan abang Ice yang aku akan makan waktu di sekolah, jadi itu yang aku akan buat.

" Woi Thorn! "

Haaih... aku tak nak diorang kacau aku sehari jeh, itu pun tak boleh keh? Aku baru nak berdiri tapi ada tiga pelajar yang mendekat dengan ku. Jadi iya mereka bertiga ni ialah pembuli ku. Ketua dia bernama Alex iaitu salah satu anak pengusaha syarikat permainan yang terkenal di bandar ni. Dua oran tu lagi ialah teman baik dia dan boleh juga dikatakan pengikut setia dia sebab tak pernah nak membantah cakap si Alex ni.

" Iya Alex... awak nak apa? "

" Jangan nak buat tak tau pula...sekarang ni bagi aku duit kau! "

Aku tak faham kenapa dia  masih nak minta duit aku dan buli aku kerana itu. Dia boleh dikatakan lebih kaya dari aku. Mungkin dia hanya tak suka aku sebab dia benci Solar tapi disebabkan Solar ialah ketua pengawas pastinya tak boleh nak buli dia. Tak pasal-pasal kena tulis nama dan kena denda.

Dan... disebabkan aku kembar Solar dan muka pun sama dia nak buli aku. Dia benci Solar sebab Solar dapat perhatian dari guru dan kebanyakkan pelajar sekolah ni. Alex seorang yang sukakan perhatian, jadi itu mungkin ialah penyebab nya dia jadi pembuli aku sekarang ni.

" Tapi ... hari ni saya tak bawa duit ..."

" Hah! Aku tak caya... korang! check bag dia! "

" T-tunggu...jan- "

Aku nak larang dua kawan baik dia tu tapi satu dah tolak aku sampai aku jatuh ke lantai dan satu pula dah periksa bag aku. Periksa punya periksa akhirnya dapat pun yang dicari dan kawan-kawan Alex pergi ke tempat nya kembali lalu memberikan duit trersebut. Duit belanja aku dan duit abang Ice bagi sekali, semua diorang ambil.

" Kan senang kalau kau bagi jeh dengan aku... kau ada bawa duit lebih hari ni~ Aku ambil ye~ terima kasih~ hahaha!"

" ...... "

Aku hanya menunduk saja dan mereka bertiga pergi dengan gelak tawa melihat keadaan aku sekarang ni. Kenapa lah aku lemah sangat? Kenapa aku tak dapat nak balas balik? Tapi kalau aku bergaduh dengan mereka, pasti Solar akan malu dengan aku kan? Kembar dia buat masalah pasti dia akan marah aku lagi...jadi lebih aku hanya berdiam diri saja.

Aku berdiri semula dan melihat hanya aku satu orang saja yang ada di kelas ini lagi. Semuanya pasti dah keluar ke kantin atau berkeliling dengan kawan-kawan mereka di sekitar sekolah. Baik aku duduk saja disini. Malas pula aku nak bertembung dengan sesiapa sekarang ni.

' Sampai rumah boleh makan makanan yang disediakan oleh abang Gem...jadi kalau tak makan di sekolah pasti ok saja...' fikirku untuk menaikkan semangat aku kembali. Itu membuatkan aku senyum sendiri,masakan abang Gempa memang lebih sedap jadi aku tak perlu bersedih lagi walaupun duit aku kena ambil tadi.

Aku berdiri semula dan aku keluar kelas lalu menuju ke tandas yang ada di tingkat bawah sekolah ni. Sampai saja aku di tandas, aku terus menuju ke singki dan membasahi wajah ku dengan air. Aku melihat wajah ku yang terpantul dari cermin dengan pandangan penat tetapi masih mencuba untuk kekal tersenyum.

" Bang Thorn... kenapa kau nampak penat sangat? Kau baru lepas kena buli lagi?"

Aku melihat sudut tepi cermin dan di sana ada Lunar yang berdiri dijauh dari belakang ku. Dia tau aku kena buli lagi? Apa aku ketara sangat ya? Aku terus memusingkan tubuh ku untuk menghadapnya.

" Eh? Lunar ... tak lah.."

" Nada suara abang tak menyakinkan aku..."

" Lunar... abang tak nak- "

" Tak nak bincang tentang hal ini? Jadi betul lah kan...? Abang kena buli lagi...?"

" Haaih..."

AKu tak dapat nak sembunyikan apa-apa dari dia ni. Dia tak akan berhenti selagi aku tak cakap perkara sebenar. Jadi aku hanya mengangguk saja.

" Abang Thorn... ini dah masuk kali keberapa? Pembuli yang sama lagi? "

" ........iya......"

" Aku akan bagitau abang Solar tentang hal ini...pembuli-pembuli tu perlu di hukum...lagi..."

" Lunar ...jangan ...t-tolong lah.."

" Kenapa?"

" Abang nak uruskan hal ini sendiri..."

Lunar memberikan aku pandangan datar tapi aku memberikan nya pandangan merayu. Dia hanya mengeluh kecil lalu mendekati aku dan memegang bahu ku.

" Kalau abang tak nak bagitau abang Solar ...jadi aku akan tolong abang untuk uruskan pembuli-pembuli tu... itu ialah muktamad. Okay? "

"........Okay......."

Kalau aku cakap tak payah, adik aku ni akan tetap paksa aku. Jadi baik aku setuju jeh, sekurang-kurangnya aku tak perlu berdepan dengan Alex dan kawan-kawan nya sendiri kan?

i'm useful too, right?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang