抖阴社区

Chapter 08

Mula dari awal
                                    

Lagipun hari ni Abang Blaze yang ambil. Kalau lama sangat nanti pasti dia banyak tanya dan kadang-kadang abang keempat ku itu tidak ada kesabaran nya. Aku yang mengingati itu hanya mampu tertawa dalam hati.

"Ok, cikgu." balas ku dan mengambil buku-buku latihan yang ada di atas meja itu dan mengambil nya.

Cikgu Hazel berjalan keluar dari kelas dahulu diikuti rapat oleh ku. Sepanjang perjalanan, Cikgu Hazel bertanya ku beberapa persoalan dan aku menjawab nya dengan riang.

Soalan seperti apa aku baik-baik sahaja minggu ini? Apa Alex ada menganggu ku lagi? Apa ada kesukaran yang dihadapi untuk subjek lain?... Ya soalan-soalan seperti itu.

Aku tidak ingin menipu Cikgu Hazel tapi tak mungkin aku akan memberitahu perkara yang sebenar. Jadi aku hanya memberitahu nya separuh kebenaran sahaja.

Ya, seperti minggu ni aku baik-baik saja walaupun mungkin ada rasa tak sedap badan. Tentang Alex aku hanya memberitahu Cikgu Hazel bahawa Alex ada menganggu ku tapi mungkin hanya ingin buat lawak dan bermain-main sahaja. Subjek lain aku memang mengalami kesukaran tapi dapat memahami sedikit demi sedikit dan aku akan berusaha lagi.

Apa yang aku cakap itu ada bohong tapi ada betul nya juga. Jadi pasti tak ada masalah yang akan timbul jika ku balas dengan semua kata-kata ku itu. Sebab aku bukan nya sepenuhnya berbohong, kan?

Cikgu Hazel tanpa berfikir panjang hanya mengangguk dan setuju sahaja dengan semua kata-kata itu. Jadi aku rasa lega sebab tak membuatkan nya risau pada ku.

Cikgu Hazel ialah guru yang selalu membantu ku jadi aku tak nak lah membuatkan nya berasa risau tentang masalah yang aku hadapi sekarang ni. Jadi hanya kena terus berusaha dan memperbaiki diri ku supaya dapat membanggakan nya itu sahaja. Juga dengan itu aku akan dapat balas semua usaha, bantuan dan kebaikan yang telah diberikan oleh Cikgu Hazel kepada ku.

"Bagus lah kalau begitu, cikgu tau kamu boleh jadi teruskan usaha ya."

"Hehe... dah tentu lah cikgu! Saya tentu akan berusaha dan sentiasa bersemangat! Saya nak buat cikgu bangga dengan saya!"

Aku menjawab nya dengan semangat itu membuatkan Cikgu Hazel tersenyum lembut kepada ku. Harap lah aku dapat tunaikan kata-kata itu. Kalau tak pasti Cikgu Hazel akan kecewa dengan ku.

"Cikgu yakin dengan kamu... berusaha lah sehabis mungkin... jika kamu sudah berusaha jadi terima lah keputusan yang kamu dapat nanti dengan hati terbuka... sebab gagal sekali bukan bermakna gagal selama nya."

"Jatuh 7 kali bangkit 8 kali kan cikgu?"

"Iya, Thorn... betul tu."

Aku selesa sangat kalau berbual dengan Cikgu Hazel. Beruntung juga sebab ada guru yang nak bagi aku semangat dan percayakan aku.

Thorn POV End










Setelah Thorn membantu Cikgu Hazel untuk menghantarkan buku-buku latihan ke bilik guru. Dia mengucapkan selamat tinggal dan keluar dari bilik tersebut. Sebelum dia keluar dari sana, guru nya itu memberikan dia hadiah kecil.

Guru nya itu tahu bahawa anak muridnya yang satu ini suka dengan tumbuhan. Jadi dia membelikan bunga orkid putih yang berkualiti tinggi. Alasan guru nya itu membelikan bunga itu adalah orkid putih melambangkan kemurnian dan kepolosan. Bunga ini juga dapat membawa keberuntungan dan memberikan aura positif kepada pemiliknya.

Jadi Cikgu Hazel berharap dengan hadiah nya ini akan membawakan keberuntungan kepada sang pemilik nya itu nanti. Pada mula nya Thorn tidak ingin terima kerana berasa malu tapi setelah diyakinkan oleh gurunya itu. Dia pun menerima pemberian guru pertanian nya itu dengan hati yang sangat gembira.

i'm useful too, right?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang