Sekarang ini Thorn berjalan menuju ke loker nya untuk mengambil beberapa buku nota,telefon pintar dan laptop nya. Sesampai sahaja dia di loker dia pun membuka namun melihat ada sebuah sampul surat di sana. Dia mengambil nya lalu melihat pengirim surat tersebut namun tidak menjumpai nama.
"Siapa yang masukkan sampul surat ni kat sini? Apa pula isi dia ni...? Tak ada salah nya kalau aku tengok kan?"
Thorn pun langsung membuka sampul surat itu dan mengeluarkan selembar kertas dari sana. Kemudian membaca nya.
Thorn, jumpa kat belakang bangunan sekolah. Aku nak cakap sesuatu dengan kau tentang Alex dan kawan-kawan dia.
-S-Thorn yang melihat itu berasa terkejut. Siapa pula yang hantar surat ni? Tanda yang diberikan ialah sebuah huruf S.
Thorn POV
apa jangan-jangan Solar dah tau aku dibuli lagi dan nak berbincang dengan ku sendirian atau dia nak bagitau cikgu disiplin lagi?
Kalau itu terjadi pasti abang Gem atau abang Hali disuruh untuk ke sekolah lagi. Tak... aku tak mau menyusahkan kedua abang aku itu lagi. Aku kena merayu dengan Solar supaya jangan kasih tahu perkara tu kalau dia betul-betul dah tahu!
Bukan sekali dia beritahu guru disiplin tentang masalah ku ini, ini dah masuk kali ke 3 dan setiap kali pasti antara abang Hali atau abang Gem akan dibawa ke sekolah dan berbincang dengan guru kelas ku. Sekalian bagitau kedua abang aku itu tentang pencapaian ku.
Haaih... bukan tak nak mereka tau tapi aku nak tingkatkan pencapaian ku dulu jadi kalau mereka jumpa guru kelas aku pun tak akan ada masalah.
Baik aku pergi ke sana cepat, kalau betul itu Solar. Nanti dia marah-marah lagi kalau aku lambat. Dah tentu Solar pun nak balik cepat tapi kalau dia dah tahu aku dibuli dia tak akan nak bincang dengan aku kat rumah. Jadi dia akan bincang kat sekolah dan pastikan kami berdua sependapat.
Thorn POV End
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•Thorn telah sampai ke tempat yang ditulis pada surat itu iaitu di belakang bangunan sekolah. Dia melihat sekitar namun tidak nampak sesiapa disana.
"Hello? Solar... kau ada kat sini? Kau ke yang selitkan surat tu kat dalam loker aku? " panggil Thorn dan berjalan perlahan memerhati keadaan sekitar.
Dia melihat sekitar namun tetap saja tidak ada sesiapa di sana, jadi dia menjadi hairan dan mengambil keputusan untuk tunggu beberapa minit. Dia melihat ke arah kotak sederhana besar yang berisi pemberian cikgu nya tadi dan mengeluh lalu ingin pergi dari sana selepas tidak ada sesiapa datang.
Jadi dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Namun belum sempat dia melangkah pergi ada beberapa orang datang menghampirinya dan Thorn mengenali orang-orang itu.
"Hahaha! Aku tak sangka kau akan terpedaya dan betul-betul datang ke sini! Lembab betul lah kau ni!"
"Tunggu, Alex??... jangan cakap kau yang selitkan surat tu dalam loker aku..."
Orang yang mendekati Thorn itu ialah Alex dan kedua - kedua kawannya. Itu membuatkan Thorn ingin melarikan diri dari sana kerana tidak ingin perkara buruk terjadi.
"Wah...wah...wah! Kau ingat kau boleh lari macam tu jeh? Jangan harap! Tangkap dia cepat!" arah Alex kepada kedua-dua kawan-kawan nya itu.
Kedua-duanya langsung sahaja berlari mendapatkan Thorn dan mereka berjaya menahan Thorn daripada melarikan diri. Alex yang melihat itu hanya tersenyum sinis dan puas.
"Aku betul-betul benci dengan kau... kau tau tu kan? Aku nak kau pergi dari kelas kami atau lebih baik lagi menghilang terus dari sekolah ni~"
"Alex... tolong lah lepaskan aku... aku tak buat salah pun..." rayu Thorn dan memengang erat kotak hadiah yang ada di tangan nya.
Alex melihat kotak yang ada di tangan nya itu dan mendapat idea yang bernas. Dia tahu itu ialah hadiah daripada guru mata pelajaran pertanian nya.
Alasan pertama nya ialah dia tahu bahawa Thorn selalu akan tolong Cikgu Hazel jika gurunya itu ada barang-barang yang harus dibawa ke bilik guru. Kedua pula ialah dia tau Cikgu Hazel sangat menyayangi Thorn dan memberikan beberapa hadiah kecil kepada Thorn. Itu membuatkan perasaan benci Alex bertambah pada sang penguasa tumbuhan itu.
"Itu hadiah dari Cikgu Hazel kan?"
"..... T-tak....."
"Kau cuba menipu aku?!! Nak aku belasah kau kat sini juga?!"
" Jangan! Aku tak nak dapat masalah lagi... i-iya...ini dari Cikgu Hazel..."
"Bagus..."
Alex menghampiri Thorn dan kedua kawan-kawan nya itu. Itu membuatkan sang penguasa tumbuhan itu terus berasa tak sedap hati.
'Apa yang si Alex ni nak buat lagi... apa salah aku... aku dah bagi dia duit aku tadi... apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku.. ' kata Thorn dalam hati nya dan cuba cari jalan melarikan diri tanpa terjadi pergaduhan yang tidak diingini kerana itu akan mendatangkan banyak masalah bagi dirinya dan saudara-saudara nya.

ANDA SEDANG MEMBACA
i'm useful too, right?
FanfictionThorn Amato seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang dilabelkan sebagai seorang budak polos, lembab dan tidak tau apa-apa. Amat berbeza dari adik-beradik nya yang lain. Abang-abang nya selalu saja memandang Thorn sebagai adik yang terlalu manja se...
Chapter 08
Mula dari awal