"Duh, dia just kasi balik kertas modul aku. Isu apa yang besar sangat ni? " omel Yerin sambil berjalan di koridor sekolah seorang diri.
Sesekali susu segar di dalam kotak berbentuk piramid itu disedut.
"Tak, tak. Ni pelik. Dia tak senang-senang macam tu nak bertanggungjawab lepas dia dah buat benda jahat"
Kata-kata Sooyoung di kantin tadi terngiang-ngiang di telinga Yerin. Yerin mengerutkan dahinya.
"So, diorang nak cakap yang Taehyung tu bertanggungjawab sebab dia ambik balik kertas aku yang dia campak ke luar? " gumam Yerin yang sedang menganalisis kejadian tadi.
"Duh, something hell" omel Yerin dan tergelak kecil. Dia membelek kertas modul miliknya.
Tiba-tiba kertas itu dirampas seseorang. Langsung Yerin memandang gerangan itu.
"Tengok jap eh" tutur Jimin sambil membelek kertas modul milik Yerin itu.
"Aish, bagilah balik. " balas Yerin dan cuba mengambil kertas itu dari tangan Jimin.
"Wae? Kau nak hantar dekat saem dah ke? " soal Jimin dan mengerling Yerin yang berjalan seiring dengannya.
Yerin terdiam seketika.
Haah kan, kenapa aku tak hantar je?
"Ala, sibuk je lah. Bak sini balik" ujar Yerin dan merentap kertas modulnya itu dari tangan Jimin. Jimin hanya membiarkan sahaja.
"Aku dengar kau kena denda dengan Taehyung pagi tadi? "
Yerin mengerling Jimin yang sedang menjongketkan keningnya. Dia merengus perlahan.
"Haah. Semua sebab kawan awak tu. Kalau dia tak campak kertas saya ke luar dari tingkap, saya tak kena denda tau" hambur Yerin penuh sebal. Jimin tergelak kecil.
Yerin langsung memandang lelaki itu.
Eh dia ni, gelak pulak. -,-
"Dia campak kertas kau? Motif? " soal Jimin dan memandang Yerin.
"Sebab saya lupa bawa kertas modul dia lah. Katanya, tak adil. Biar saya kena hadap jugak" jelas Yerin dan memutarkan bola matanya ke atas.
Jimin tersenyum kecil. Dia mengerling kertas modul yang berada di tangan Yerin itu.
"Tu kertas modul kan? Kau dah ambik balik? " soal Jimin.
"Eh tak, dia kasi tadi dekat kantin" balas Yerin, membuatkan dahi Jimin berkerut.
"Dia kasi? "
Yerin menganggukkan kepalanya.
"Kejap², kau nak cakap yang dia ambil balik kertas kau yang dia campak tu, then bagi dekat kau? "
"Ha yelah. Kenapa? " soal Yerin dan memandang Jimin yang masih menayang wajah hairan.
Seriusly Taehyung?
"Eh kenapa semua tanya soalan macam tu eh dekat saya? Apa benda yang pelik sangat? Dia just bagi kertas modul tu dekat saya je" seloroh Yerin bertanya.
Jimin memandang Yerin di sebelahnya itu. Kemudian, dia tersenyum.
"Nothing. Kau nak pergi mana ni? " soal Jimin seraya merangkul bahu gadis itu. Terkebil-kebil Yerin dibuatnya.
"Kejap-kejap, kenapa... awak layan saya macam ni eh? Kawan saya semuanya cakap group korang ni scary. Scary celah mananya? " soal Yerin hairan.
"Entah. Aku enjoy je hidup aku macam ni" respon Jimin sambil merangkul bahu Yerin.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] A Bully In Love [K.T.H]
Romance"???? ?? ??? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ???? ???" Mengisahkan seorang gadis bijak dan mulut becok memburukkan keadaan buat dirinya apabila dia tidak sengaja mengotorkan baju seorang pembuli terkenal di sekolah ting...