"???? ?? ??? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ???? ???"
Mengisahkan seorang gadis bijak dan mulut becok memburukkan keadaan buat dirinya apabila dia tidak sengaja mengotorkan baju seorang pembuli terkenal di sekolah ting...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[45 votes + 50 comments]
Ha, nah baca. Panas²,segar bugar lagi ya HSHSHSHSHS
Nom nom nom nom nom!
Yerin yang berura-ura untuk mencapai beg galasnya itu tergendala apabila telefon pintarnya yang berada di atas meja belajar berdering kuat.
Yerin menggalas begnya sebelum mencapai telefonnya yang masih berdering itu. Dia menilik nama si pemanggil.
Kim Taehyung 💚
Yerin merengus perlahan sebelum menjawab panggilan lelaki itu. Lambat-lambat dia lekapkan telefonnya di telinga.
"Morning,awak"
Yerin menggulingkan bola matanya ke atas saat mendengar suara Taehyung di hujung talian itu.
Pikir cair ke?!
Cairlah sikit-- tapi perbuatan minta penerajang si Taehyung semalam itu masih segar di ingatan Yerin.
Letak profile pic si valak tu--
"Nak apa? Saya still dendam pasal semalam okey"
"Ala, sorrylah. Bukan selalu nak usik kau"
"Ey, rasa nak tercabut jantung je sebab 'usik' awak tu! Kalau saya mati macam mana? "
"Tanamlah"
"Aish! Pagi-pagi ni sengaja je kan sakitkan hati saya! " bentak Yerin sebal sambil tangan kirinya sudah menggengam kuat sehelai kertas di atas meja belajarnya itu. Dia merengus perlahan apabila mendengar tawa lelaki itu di hujung talian.
"Eh, betul ni tak nak pergi sekolah dengan aku hari ni? "
"Ye. Saya tak nak rasa menyampah yang lebih teruk lagi kalau pergi dengan awak hari ni! "
"Serious tak nak? "
"Ye, tak ingin! "
"Betul ni? "
"Yeee! "
"Betul ni? Yakin? "
"Ish, iye! "
"Betul ni, sayang? "
"Ya tuhan...Kim Taehyung! "
Yerin merengus geram saat mendengar suara tawa lelaki itu di hujung talian.
"Dah tu kau nak pergi dengan siapa? Yohan bagitahu aku dia kena pergi office awal hari ni"
"Dengan apa-apa je lah asalkan bukan dengan awak"
Dan, panggilan langsung dimatikan Yerin. Dia merengus perlahan sebelum meletakkan telefon pintarnya ke dalam poket blazernya.
"Ah, annoying betul. " omel Yerin menyampah sebelum menapak keluar dari bilik tidurnya. Kemudian, dia menghayunkan langkahnya ke tangga lalu kakinya pantas memijak satu-persatu anak tangga.