"???? ?? ??? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ???? ???"
Mengisahkan seorang gadis bijak dan mulut becok memburukkan keadaan buat dirinya apabila dia tidak sengaja mengotorkan baju seorang pembuli terkenal di sekolah ting...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[50 votes + 70 comments]
HAH PETANG YE-
AHAHAHAHHAHA
BAPUCK JANJI MELAYU SEKETUL MINYU NI OHOHOHO
MAAP LAH YE
AKU ADA HAL YG TAK DPT DIELAKKAN SIKIT TADI, SOO TERPAKSALAH GUWE POSTPONE DULU APDET PTG TADI
HA GITUH
SO APAPUN SORRY KALAU KORANG TUNGGU LAMAAA 👉👈
AND THIS CHAP GUWE LANJE HAMPIR 5K WORDS SOOOO MEMADAI LA KAN UTK TNDA MINTA MAAF? EHEHEHEH
HAH DAH BANYAK WORDS TU, KOMEN PUN BANYAK² LAH YEEE
AKHIR KATA DARI SAYA, AKU HARAP KORANG TAK PEWNAD MENYENDU BACA CHAP NI YE UFUFUFUFU
VOTE WOI
7.27 am
Sinaran matahari pagi menembusi langsir tingkap wad,mencucuk sepasang mata yang sedang tenang terpejam itu, menganggu tidur nyenyak Jung Yerin.
Yerin menghalang matanya yang diganggu oleh sinaran matahari itu dengan meletakkan lengannya di atas sepasang matanya yang masih tertutup itu. Dia merengus perlahan. Tidur nyenyaknya memang diganggu.
Yerin mengalihkan lengannya dari terus menutup bahagian matanya. Dia menggosok-gosok matanya sebelum bangun dari pembaringannya. Wajahnya diraup perlahan.
Seterusnya, gadis itu melirik ke arah jam dinding yang tergantung di dinding itu.
"Ah, dah 7 lebih." gumamnya sebelum mengeliat kecil. Dia kemudiannya merapikan perlahan rambut panjangnya yang agak serabai itu.
"Sepatutnya sekarang aku dah ada dekat kelas haaaa" rengek Yerin sendiri sambil tangannya setia merapikan rambutnya itu.
Jung Yerin. Walaupun sudah dilayan teruk, dilayan macam sampah, dilayan macam penjenayah, banduan dekat sekolah, MASIH merungut sebab tak dapat hadir ke sekolah.
Macam sekolah tu tempat yang membahagiakan dia pula kan? ')
Kesimpulannya, contohilah Jung Yerin.
Yerin kemudiannya mencapai telefon pintarnya yang diletakkan pada meja kecil sebelah katil itu. Seterusnya, objek itu dinyalakan.
Maka, terpaparlah dua mesej yang diterimanya di skrin telefon. Mesej yang mampu membuatnya tersenyum sendiri di pagi hari.