"???? ?? ??? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ???? ???"
Mengisahkan seorang gadis bijak dan mulut becok memburukkan keadaan buat dirinya apabila dia tidak sengaja mengotorkan baju seorang pembuli terkenal di sekolah ting...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[45 votes+55 comments]
IYAYAYA SORI GAIS TAK APDET LAMAAA
WELL, THIS CHAP BESHE2 JEW
APAPUN, ASHILA LA COMMENT DAN VOTE.
YE BEGITU.
HA
Setelah hampir 40 minit Yerin berada di rooftop sekolah, dia akhirnya keluar dari situ. Dia kini berjalan bersendirian di kaki lima tingkat 3 dengan wajah yang lesu dan kosong seolah tiada roh di dalam jasadnya.
Ketika itu, saat kakinya setia dihayun dengan perlahan itu, fikirannya pula melayang ke arah lain. Pelbagai persoalan menyerang fikirannya tanpa henti.
Aku ni lemah sangat ke?
Aku ni beban ke?
Aku ni terlalu jijik ke?
Aku ni menyusahkan orang sangat ke?
Aku ni cuma orang pandang kesian je ke?
Aku ni memang tak ada manfaat ke dekat orang sekeliling?
Aku ni tak berguna ke?
Buk!
Akibat terlalu leka dengan persoalan-persoalan di fikirannya itu, Yerin telah pun melanggar bahu seseorang.
Yerin seakan tersedar sedikit dari mainan fikirannya itu. Dia menoleh, melihat figura yang dilanggarnya itu.
Hyun Min.
"Sorry" ucap Yerin tanpa nada seraya membongkokkan tubuhnya sekilas. Wajahnya tiada sebarang ekspresi. Kemudian, dia langsung meneruskan langkahnya.
Hyun Min pula terkebil-kebil melihat perangai Yerin itu. Aneh.
Tiada lagi suara riang dan ceria dalam nada suaranya.
Tiada lagi senyuman indah yang terukir di bibir gadis itu.
Tiada lagi ekspresi ceria yang selalu terpapar di wajah Jung Yerin.
Dan, yang paling penting sekali, gadis itu melayaninya tadi seolah dia seorang stranger baginya.
Wajah gadis itu juga lesu. Kosong. Tiada ekspresi.
Aneh. Pelik.
Hyun Min menggelengkan kepalanya perlahan. Dia kemudiannya lantas menghayun langkahnya mendekati Yerin. Lengan gadis itu diraih.
"Yerin" panggilnya.
Yerin menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang Hyun Min. Wajahnya yang tiada ekspresi itu ditayang.