"???? ?? ??? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ???? ???"
Mengisahkan seorang gadis bijak dan mulut becok memburukkan keadaan buat dirinya apabila dia tidak sengaja mengotorkan baju seorang pembuli terkenal di sekolah ting...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[45 votes + 46 comments]
"Rin dah balik..." tutur Yerin sebaik sahaja dia menutup pintu rumahnya. Beg yang digalas di bahu kanan itu dibetulkan.
Dia memandang ke arah ruang tamu rumahnya. Kosong. Selalunya pasti ada Yohan yang sedang menonton televisyen di situ.
Namun, perkara itu sedikit sebanyak melegakan hati Yerin kerana dia tak perlu hadap abang menjengkelkannya itu. Yerin meneruskan langkahnya yang terhinjut-hinjut itu.
Dia mendaki tangga dengan perlahan-lahan. Sesekali dahinya berkerut kesan dari kecederaan yang terasa di kaki kirinya itu.
Yerin mengeluh kasar dan meneruskan juga langkahnya dengan lebih pantas dari tadi. Walaupun hakikatnya lebih perit, tapi buat masa sekarang dia peduli apa. Fokusnya hanya untuk masuk ke dalam biliknya cepat-cepat agar tidak disedari ibunya mahupun Yohan.
Yerin berdesis perlahan tatkala dia meletakkan kakinya di anak tangga yang terakhir. Bibir diketap.
Sakit? Mestilah sakit. Siapa je yang tak sakit kalau kaki terseliuh dan dipaksa juga diri untuk berjalan.
Itulah kau, Taehyung nak tolong, tak nak! Ha padan muka--
K maafkan author. Emo sikit :")
Yerin menguak pintu biliknya sebelum dia perlahan-lahan menapak masuk ke dalam. Kemudian, pintu ditutup semula.
"Aish... apa benda sakit sangat ni.. " omel Yerin sebelum perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di atas katilnya. Dia memegang perlahan kaki kirinya yang berona merah itu.
"Haish.. Kenapalah kau perlu terpelecok, Jung Yerin? Tambah masalah lah kau" omel Yerin sebelum merengus perlahan.
Kemudian, dia menggerakkan badannya menghampiri kabinet kecil yang berada di tepi katilnya itu. Pintu kabinet itu dibuka lalu dia mengeluarkan peti kecemasan dari kabinet itu.
Peti kecemasan itu diletakkan di atas katil sebelum dia menyandarkan badannya pada bantal yang berada di kepala katil. Kedua-dua kakinya dilunjurkan.
Yerin membuka peti kecemasan itu lalu dia mengeluarkan segulung bandage dari peti itu. Seterusnya diletakkan di sisinya.
"Ah, maja. Ice cube.. " omel Yerin sebelum mengusutkan rambutnya kasar. Sebal.
Takkanlah dia nak turun tingkat bawah pula? Dengan keadaan kakinya yang terseliuh begini. Bawa bala semua tu.
"Ah,Yohan. Yohan pun Yohan la" gumam Yerin sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari poket hoodie nya.