"???? ?? ??? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ???? ???"
Mengisahkan seorang gadis bijak dan mulut becok memburukkan keadaan buat dirinya apabila dia tidak sengaja mengotorkan baju seorang pembuli terkenal di sekolah ting...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[47 votes + 51 comments]
Ha silalah baca chap sendu yinih ')
“Mati langsung tak selesaikan apa-apa. Jangan jadi bodoh nak tamatkan hidup kau sendiri hanya sebab kau dah tak mampu nak tahan. Setiap kali dugaan muncul dalam hidup kau,tu bukan sebab kau malang. Tapi, sebab kau bertuah. Tuhan pilih kau untuk dia uji sebab dia sayang kau”
Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki berpakaian serba hitam di rooftop tadi, kerap berlegar-legar di fikiran Yerin.
Gadis 15 tahun itu hanya menghayunkan langkahnya di koridor sekolah itu tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang memerhatinya itu.
Buat masa sekarang, dia lebih fokus memproses pesanan dingin dari lelaki di rooftop tadi. Langkahnya diorak tanpa hala tuju. Dia hanya menghayunkan sahaja kakinya itu.
"Weh, weh. Tu. Kau pergilah tegur dia"
"Eh, kau lah. Aku segan lah"
"Kau apahal segan? Aduh, nak tanya pejabat pengetua dekat mana je"
"Ish, kau je lah tanya. Nak suruh suruh aku pulak"
"Ey, dia ni. Itu pun nak pindah sekolah baru" seloroh gadis yang berambut tocang satu itu dan satu jelingan tajam diberikan buat rakannya yang berambut paras bahu.
Kemudian, gadis bergaya rambut tocang satu itu berlari anak, mengejar Yerin yang agak berjarak dengannya. Seterusnya, bahu Yerin ditepuk perlahan.
Yerin agak terkejut dengan tindakan gadis itu. Dia menoleh memandang si penegur.
"Erm... Nak tanya, boleh?" soal gadis bertocang satu itu berhati-hati. Yerin memandang lama gadis itu sebelum bola matanya bergerak pada tag nama pada blazer gadis itu.
Park Sooyoung.
"Oh, by the way, saya Park Sooyoung. Pelajar baru dekat sini" tutur gadis yang bernama Sooyoung itu lembut. Tangan kanan dihulurkan ke arah Yerin.
Yerin memandang lama huluran tangan Sooyoung sebelum perlahan-lahan tangannya menyambut tangan Sooyoung.
"J-Jung Yerin" tutur Yerin teragak-agak. Sooyoung mengangguk sambil tersenyum kecil.