抖阴社区

?74

1.1K 180 336
                                    

[47 votes + 50 comments]

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

[47 votes + 50 comments]















"Ugh, nasib tak rosak tau kalkulator tu! " omel Yerin sebelum merengus perlahan. Taehyung yang sedang berjalan seiring dengannya itu sekadar meraup wajahnya.

Bila dia nak habis ulang benda yang sama ni?

"Ha, ok la tu. Tak rosak--"

"Tapi, still retak! Huwaaa dah la mahal benda alah tu! " rungut Yerin sebal. Dia menghentak kakinya geram.

Taehyung mengemam bibirnya.

Baik aku senyap je macam ni.

"Ey, Jungkook tu kannnnn, nak je saya ketuk ketuk kepala dia guna senduk ahjumma song! " tambah Yerin lagi, berang dengan perbuatan Jungkook 30 minit lepas.

Taehyung mengerling Yerin yang masih dalam fasa bengang dengan si budak Jungkook itu.

Aduhai, tak cukup ke korang buat marathon satu blok tadi?

"Nasib dia tu lari laju je, kalau tak, saya dah tarik tarik rambut dia macam saya pernah buat dekat kem hari tu. Ugh, geramnya! " hambur Yerin sambil tangannya setia menggempal penumbuk.

Mujurlah, si Jungkook itu sempat meloloskan diri dari Yerin selepas mereka berlari berkejaran di koridor tadi selama hampir 20 minit.

Setelah itu, tak nampak pula si Jungkook tu ada mana.

Barangkali, lari balik rumah terus agaknya.

Selamat rambut kau, Jungkook.

Taehyung mengerling wajah gadis di sebelahnya itu yang sudah berona merah padam. Terkumat-kamit mulutnya mengutuk si Jungkook lahanot itu.

Duh, Jungkook. Tengok kau buat apa dekat Yerin aku?

Taehyung yang sudah jemu melihat gadis itu bengang dengan makhluk bertuah itu, akhirnya memutuskan untuk menenangkannya.

Tangannya naik merangkul bahu Yerin.

"Hey, dah la. Bengang lama-lama pun bukannya--"

"Ha, awak pun bukannya nak stop kan makhluk tu dari selongkar pencil case saya kan?! " bentak Yerin seraya mengalihkan lengan Taehyung dari bahunya. Mata mengerling tajam lelaki di sebelahnya itu.

Eh, makhluk tu punya pasal, aku pulak yang kena?

Ada jugak aku langgar lari si Jungkook ni kang!

Taehyung sekadar diam. Kalau nak sangkal pun, belum tentu menang.

Perempuan kot ;-;

"Ok. Chill, can't you?" tutur Taehyung lembut seraya merangkul bahu Yerin. Kepala ditelengkan memandang gadis itu.

Yerin mengerling lelaki itu sebelum mencebik. Dia merengus perlahan.

"Tak ada lah, geram tahu tak dengan Jungkook tu ha. Dah la selongkar pencil case saya, lepas tu bagi jatuh pula kalkulator. Mana tak bengangnya" jelas Yerin sebelum mencebikkan bibirnya.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang