"???? ?? ??? ????? ??? ??? ???? ?? ??? ???? ???"
Mengisahkan seorang gadis bijak dan mulut becok memburukkan keadaan buat dirinya apabila dia tidak sengaja mengotorkan baju seorang pembuli terkenal di sekolah ting...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[57 votes+65 comments]
okey, target byk sbb chap kalini pnjg ya.
WAH DI PAGI HARI YA SI MINYU INI UPDATE-
NANTI KO BANGUN2,CAKK ADA NOTI MINYU UPDATE PUKUL 4 PAGI-
WELL AKU BARU HABIS TAIP NI. DARI PUKUL 9PM TADI
NMPK TAK PENGORBANAN SEKETUL AUTHOR DKT SITU? SANGGUP TAK TIDUR SBB NAK TYPE CHAP BARU HA.
SBB TU LAH KAU KENA VOTE UTK APPRECIATE SEGALA PENAT LELAH AKU-
mcmlah aku buat rumah
HA DAH, SILAKAN BACA. CHAP NI PNJG, SOOOOO HARAP TAK TERTIDO.
DAN AKU HARAP CHAP NI TAK SENDU TAPI MENYENDUKAN KORANG YG SINGLE-
"Do enjoy your day~" ucap pekerja di kaunter tiket itu mesra setelahj menghulurkan dua keping tiket kepada Yerin.
"Ne, kamsahamnidaaa~" balas Yerin ceria seraya menundukkan sedikit badannya buat pekerja itu. Kemudian, dia langsung menarik lengan Taehyung, mengheret lelaki itu masuk ke dalam Magic Island iaitu bahagian outdoor Lotte World.
Sebaik saja mereka menjejak kaki di Magic Island itu, pelbagai permainan yang menarik dan ekstrem menyapa pandangan mereka.
Melopong mulut Yerin sambil matanya meliar di sekeliling tempat itu. Orang-orang juga ramai, memenuhi dan memeriahkan lagi taman tema besar ini.
"Heol, daebak" gumam Yerin yang kagum dengan keadaan sekeliling. Dan, yang lebih mengkagumi dirinya adalah satu permainan yang sememangnya permainan kegemarannya jika mengunjungi ke taman hiburan.
Viking Ship.
Bertambah lebar senyumannya tatkala melihat permainan kesukaannya itu berayun, berulang-alik, hampir mencapai langit-langit Lotte World pada ketinggian maksimumnya.
Suara-suara penumpang yang berada di dalam kapal itu usah dicakap lagi, sudah tentunya semuanya menjerit kegembiraan, ketakutan, kesedihan--
Sememangnya,suasana itu adalah kebiasaan bagi setiap taman hiburan yang wujud di mana-mana sahaja tempat di dunia ini.
"Awak" panggil Yerin seraya memandang Taehyung di sebelahnya itu.
"Hm?" sahut Taehyung dan memandang sekilas Yerin. Kemudian, dia sambung menatap skrin telefonnya sambil jari ligat menekan-nekan objek itu.
"Jom naik Viking Ship tu" ajak Yerin sambil menundingkan jari ke arah permainan Viking Ship yang diberikan nama The Conquistador itu ditempatkan kira-kira 30 meter dari tempat mereka berdiri.