抖阴社区

?86

1.1K 168 187
                                    

[40 votes + 45 comments]

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

[40 votes + 45 comments]

DAH LA AKU TAKDA MOOD, WP PULAK MENYETAN

Do vote and comment :")

Appreciate guwe type sampai 2500+













"Yahhh,Rin! Kajjaaaaa" ajak Hayoung sambil menarik-narik lengan Yerin.

"Aaaaaa korang pergilah dulu" balas Yerin dan meloloskan lengannya dari Hayoung.

"Ish, perempuan ni. Kang nanti kau sakit macam hari tu, dah menyusahkan orang, tahu? " tutur Sooyoung tegas sambil bercekak pinggang. Matanya tajam merenung Yerin di hadapan.

"Alaaaa, aku bukan tak nak makan. Aku nak makan, cuma lewat sikit je. Aku makan, eoh? AKU.MAKAN." tukas Yerin sebelum tersengih buat dua orang rakannya itu. Mereka serentak menggulingkan bola mata ke atas.

"Make sure kau makan eh? Aku dapat tahu kau tipu macam hari tu lagi, aku borong semua susu strawberi dekat mini mart sampai habis stok" seloroh Sooyoung bersertakan ugutan. Tegas saja nadanya.

Yerin mencebik.

Ugutan kejam apakah ini?

"Iyeee. dah, pergi sana. Aku nak buat modul ni pun susahlah" ujar Yerin sambil membuat gaya tangan menghalau.

"Dah, jom jom. Biar dia makan je kertas modul tu. " seloroh Hayoung sebelum menarik lengan Sooyoung, beredar dari kawasan tangga yang bersebelahan padang sekolah itu.

Yerin berdecit perlahan melihat pemergian Hayoung dan Sooyoung itu sebelum pandangannya kembali beralih ke arah kertas modul matematiknya.

Terkumat-kamit mulutnya membaca arahan yang wujud di dalam kertas modul itu. Pensil yang berada di tangan kanannnya setia menulis apa yang patut di atas kertas itu.

Sesekali dia memandang ke hadapan sambil otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian untuk soalan pada modul matematik itu.

"Kejap...formula untuk ni--wah makanan!" sorak Yerin teruja apabila dua plastik berisi makanan dan susu strawberi betul-betul ditayang di hadapan mukanya.

Yerin langsung menoleh kepalanya ke belakang untuk melihat gerangan yang menayang makanan-makanan itu tepat betul di wajahnya.

"Nasib kenal jugak makanan" tutur Taehyung bernada sindiran sebelum mengambil tempat di sebelah gadis itu. Yerin berdecit perlahan.

"Kau apahal tak pergi kantin?" soal Taehyung sambil memandang Yerin.

"Saya nak pergilah kejap lagi. Cuma nak habiskan modul ni kejap. Semalam saya tak sempat buat" jelas Yerin dan mengerling sekilas Taehyung. Kemudian, matanya tak lepas merenung makanan dan minuman kegemarannya yang berada di dalam plastik itu.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang