抖阴社区

                                    

Seterusnya, dia langsung menghayunkan langkahnya ke arah pagar rumahnya. Pagar besi itu dipegang sebelum dia mengeluh perlahan.

"Yah Jung Yerin... Stop jadi lemah macam kau yang dulu.. " gumam Yerin sebelum merengus perlahan. Pintu pagar itu ditolak longlai.

Kemudian, dia langsung menapak ke arah pintu rumah. Kasut ditanggalkan lalu diletakkan di atas rak.

Baru saja tangannya bergerak untuk memegang gagang pintu, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam.

"Eh, kau balik dengan siapa hah? Oh, baru 2 minggu lebih couple, dah pandai curang eh? Apa nak jadi--"

"Dah la Yohan. Aku tak ada mood hari ni. Tolong jangan buat otak aku bertambah serabut.. " tutur Yerin seraya berjalan melepasi si abang yang tercengang-cengang itu dengan longlai.

Yohan menoleh memandang si adik yang kelihatan tidak hiperaktif seperti selalu. Dahinya berkerut.

"Hm, biarkan je lah dia kejap. Dia dah besar kot, Yohan. Kenapa kau selalu buat dia macam dia tu baru gred 1? Heol, you're unbelievable, Jung Yohan" gumam Yohan sebelum menutup pintu hadapan itu semula.

Tiba saja di tingkat dua, Yerin langsung menapak ke arah biliknya. Pintu dibuka lalu lambat-lambat dia menapak masuk ke dalam biliknya.

Beg galas ditanggalkan lalu diletakkan di tepi katil. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di atas katilnya. Satu keluhan panjang dilepaskan.

"Aku benci diri aku sebab jadi macam ni.. " gumam Yerin sebelum mengemam bibirnya. Dia menundukkan kepalanya dan air mata langsung menitis di atas pahanya.

Kemudian, dia mengangkat kepalanya semula. Air mata dikesat menggunakan lengan bajunya. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket blazer.

Jarinya ligat menekan-nekan skrin objek itu dengan pantas. Kemudian, dia menatap lama skrin telefonnya itu.

Yerin merengus perlahan sebelum jarinya bergerak menekan skrin telefonnya itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Yerin merengus perlahan sebelum jarinya bergerak menekan skrin telefonnya itu. Seterusnya, dia langsung mencampak telefonnya di atas tilam empuknya itu.


"Ah jjinja... " gumam Yerin sebelum mengetap bibirnya kuat. Air mata pantas mengalir di pipi.

"Sorry... I had to.. "

✿ ❀ __________________✿ ❀

🌹||A Bully In Love||🌹
:61
✿ ❀ __________________✿ ❀
    

8.15 a.m

Yerin mengikat rambut panjangnya itu kepada tocang satu sebagai sentuhan akhir bagi sesi menyiapkan dirinya untuk ke Taman Rekreasi Hwaen hari ini. Dia bercadang untuk berjoging dahulu pagi ini memandangkan pukul 10 pagi nanti dia akan mengulang kaji bersama 2 rakannya itu pula.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang