抖阴社区

                                    

Aish, bodohlah. Apahal aku fikirkan benda ni?!

"T-Tak, tak ada apa pun. Chill. Jangan fikir pasal tu,Rin" gumam Yerin sebelum menggelengkan kepalanya laju. Cuba membuang fikiran negatif berunsurkan seram itu dari mindanya.

'Nom Nom Nom Nom Nom'

"Ah, kamchagi!" jerit Yerin apabila dia terkejut dengan nada deringan telefonnya yang lantang itu. Bahunya terhinjut.

Yerin memandang telefonnya yang berdering itu sambil tangannya setia mengurut dadanya. Kemudian, dia berjalan ke arah katilnya lalu telefon pintarnya dicapai. Skrin telefon dinyalakan.

"AH JJINJAAAAA! " jerit Yerin lantang seraya mencampak telefon pintarnya itu ke atas katil

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"AH JJINJAAAAA! " jerit Yerin lantang seraya mencampak telefon pintarnya itu ke atas katil. Dia memejam matanya rapat.

Aish, Taehyung ni memang nak mati betullah!

Menggigil sedikit tubuhnya. Dia mengetap bibirnya. Muka pula ditekup.

Inilah tindak balas seketul Jung Yerin yang penakut terlebih dos terhadap makhluk yang dipanggil hantu. Silap-silap dia boleh menangis disebabkan usikan begitu.

'Nom Nom Nom Nom Nom'

"Aish, Taehyung ni kenapaaaa?! " bentak Yerin geram apabila telefonnya kembali berdering. Menyampah betul dengan lelaki itu.

Sengaja letak profile picture hantu mana entah.

Lepas tu, si Yerin ni nak jawab panggilan tu macam mana?

Yerin merengus geram apabila dia sudah rimas dengan telefonnya yang tak henti memekak itu. Dia mengetap bibirnya sebelum menapak ke birai katil.

Dia memejamkan matanya sebelum tangannya meraba-raba di tilam itu untuk mencapai telefonnya. Dapat saja objek itu, Yerin langsung menjawab panggilan itu. Telefon dilekapkan di telinganya dengan sebal.

"AWAK NI DAH KENAPA LETAK PROFILE PIC MACAM TU?! "

Yerin merengus kasar saat dia mendengar suara tawa lelaki itu di hujung talian.

Ha sukalah tu kan -,-

"Gambar hantu simple macam tu pun kau takut ke?"

"Semua jenis makhluk macam tu!"

"Iye? Aduh, Hahahahahaha"

"HEY TAK KELAKARLAH! Saya dah la ada seorang je dekat rumah ha! Lagi rasa meremang tahu macam ni! "

"Kau seorang je dalam rumah tu?"

"Yelah! Saya baru cuba untuk tak fikir bukan-bukan. Awak dah hancurkan semuanya, tahu?!"

"Elok-elok duduk dekat rumah tu sorang-sorang. Nanti kang tiba-tiba ada something ketuk tingkap bilik--"

"Aish, Kim Taehyung! "

[C] A Bully In Love [K.T.H] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang