"Duh, dia just kasi balik kertas modul aku. Isu apa yang besar sangat ni? " omel Yerin sambil berjalan di koridor sekolah seorang diri.
Sesekali susu segar di dalam kotak berbentuk piramid itu disedut.
"Tak, tak. Ni pelik. Dia tak senang-senang macam tu nak bertanggungjawab lepas dia dah buat benda jahat"
Kata-kata Sooyoung di kantin tadi terngiang-ngiang di telinga Yerin. Yerin mengerutkan dahinya.
"So, diorang nak cakap yang Taehyung tu bertanggungjawab sebab dia ambik balik kertas aku yang dia campak ke luar? " gumam Yerin yang sedang menganalisis kejadian tadi.
"Duh, something hell" omel Yerin dan tergelak kecil. Dia membelek kertas modul miliknya.
Tiba-tiba kertas itu dirampas seseorang. Langsung Yerin memandang gerangan itu.
"Tengok jap eh" tutur Jimin sambil membelek kertas modul milik Yerin itu.
"Aish, bagilah balik. " balas Yerin dan cuba mengambil kertas itu dari tangan Jimin.
"Wae? Kau nak hantar dekat saem dah ke? " soal Jimin dan mengerling Yerin yang berjalan seiring dengannya.
Yerin terdiam seketika.
Haah kan, kenapa aku tak hantar je?
"Ala, sibuk je lah. Bak sini balik" ujar Yerin dan merentap kertas modulnya itu dari tangan Jimin. Jimin hanya membiarkan sahaja.
"Aku dengar kau kena denda dengan Taehyung pagi tadi? "
Yerin mengerling Jimin yang sedang menjongketkan keningnya. Dia merengus perlahan.
"Haah. Semua sebab kawan awak tu. Kalau dia tak campak kertas saya ke luar dari tingkap, saya tak kena denda tau" hambur Yerin penuh sebal. Jimin tergelak kecil.
Yerin langsung memandang lelaki itu.
Eh dia ni, gelak pulak. -,-
"Dia campak kertas kau? Motif? " soal Jimin dan memandang Yerin.
"Sebab saya lupa bawa kertas modul dia lah. Katanya, tak adil. Biar saya kena hadap jugak" jelas Yerin dan memutarkan bola matanya ke atas.
Jimin tersenyum kecil. Dia mengerling kertas modul yang berada di tangan Yerin itu.
"Tu kertas modul kan? Kau dah ambik balik? " soal Jimin.
"Eh tak, dia kasi tadi dekat kantin" balas Yerin, membuatkan dahi Jimin berkerut.
"Dia kasi? "
Yerin menganggukkan kepalanya.
"Kejap², kau nak cakap yang dia ambil balik kertas kau yang dia campak tu, then bagi dekat kau? "
"Ha yelah. Kenapa? " soal Yerin dan memandang Jimin yang masih menayang wajah hairan.
Seriusly Taehyung?
"Eh kenapa semua tanya soalan macam tu eh dekat saya? Apa benda yang pelik sangat? Dia just bagi kertas modul tu dekat saya je" seloroh Yerin bertanya.
Jimin memandang Yerin di sebelahnya itu. Kemudian, dia tersenyum.
"Nothing. Kau nak pergi mana ni? " soal Jimin seraya merangkul bahu gadis itu. Terkebil-kebil Yerin dibuatnya.
"Kejap-kejap, kenapa... awak layan saya macam ni eh? Kawan saya semuanya cakap group korang ni scary. Scary celah mananya? " soal Yerin hairan.
"Entah. Aku enjoy je hidup aku macam ni" respon Jimin sambil merangkul bahu Yerin.
Mata-mata yang memandang, diabaikan. Mereka tetap meneruskan langkah mereka.
Yerin mengerling Jimin di sebelahnya itu.
Are you sure he's involved in bullying?
✿ ❀ __________________✿ ❀
๑
🌹||A Bully In Love||🌹
:06
✿ ❀ __________________✿ ❀
Yerin mengemaskan rambut panjangnya di hadapan cermin di dalam tandas. Dia tersenyum kecil tatkala berpuas hati dengan keadaan rambutnya sekarang.
Yerin menilik jam tangan di pergelangan tangannya itu.
"Eoh? 20 minutes left." gumam Yerin. Dia langsung menapak keluar dari tandas pelajar perempuan itu.
Yerin mengatur langkahnya dengan rapi saat memijak lantai kaki lima di sekolahnya itu. Sesekali dia mengukirkan senyuman buat guru-guru yang berselisih dengannya.
"Yah"
Suara garau yang menyapa telinga gadis itu serta-merta membuatkan langkahnya terhenti. Yerin langsung menoleh.
Taehyung yang sedang bersandar di loker sambil menayang wajah bekunya itu dipandang Yerin.
"Me? " soal Yerin bingung sambil menundingkan jari telunjuknya ke arahnya.
Lelaki itu mengangguk perlahan. Perlahan-lahan Yerin menghayun langkahnya menghampiri Taehyung.
"Wae? " soal Yerin sambil memandang wajah kosong lelaki itu.
"belikan aku makanan. Bulburg, tteokboki, yogurt" tutur Taehyung bersahaja. Dipandang wajah gadis itu sekilas sebelum dia mengorak langkahnya.
Ps: bulburg tu combination of Bulgogi and burger. :)
"Eh eh kejap! " seloroh Yerin seraya menyambar tangan Taehyung. Lelaki itu menghentikan langkahnya dan menoleh.
Taehyung mengerling lengannya yang
masih dipegang gadis itu. Pantas sahaja Yerin meleraikan pegangannya pada tangan lelaki itu.
"Apa lagi? " soal Taehyung mendatar.
Yerin menghulurkan tangannya ke arah Taehyung. Taehyung sekadar mengerling tangan gadis itu.
"Duit" tutur Yerin sambil memandang wajah dingin Taehyung.
"Duit kau" balas Taehyung bersahaja. Dia langsung mengorak langkahnya.
"Ehhh apa pulak?! " bentak Yerin seraya berlari anak dan menghentikan langkahnya di hadapan Taehyung.
Taehyung merengus perlahan. Dipandang tajam wajah memberontak milik Yerin.
"Ehh awak yang nak makan kan? Ha, duit awak lah. Apahal saya pulak? " bentak Yerin sambil merenung tajam Taehyung.
Taehyung merengus geram. Dia mencerlung tajam Yerin.
"Kau lupa title kau? "
"So what? What's up with my title? I'm a best student out of 250--"
Terdiam seribu bahasa Yerin apabila bahan ugutan yang digunakan Taehyung kelmarin ditunjuk lagi.
Yerin mengetap bibirnya. Dia merenung tajam Taehyung yang hanya memasang wajah mendatar.
"ok ok! Fine. Saya belikan. Tapi still! Duit awak. Bak sini duit" arah Yerin selamba.
Pelajar-pelajar yang sedang berkeliaran di koridor itu memandang Yerin penuh hairan.
"Duh, apahal santai sangat dia bercakap dengan Taehyung? "
"Berani siot"
"Ngeh, tak lama jadi hamba baru diorang lah dia tu"
"Nampak dia ok je cakap dengan Taehyung? Kalau aku dah lama terkeluar lutut"
Taehyung merenung tajam wajah selamba Yerin. Dia mengerling tangan gadis itu yang dihulurkan ke arahnya.
"Hello, please give your money. Waktu rehat dah nak habis" ujar Yerin bersahaja.
"guna duit kau lah, perempuan. " balas Taehyung, masih tak mahu kalah.
"Eh saya nak tolong belikan ni tau. Awak just bagi duit je. Tak susah pun, ok? "
"Kau ni memang suka memekak eh? Sekali aku cakap tu, ikut je lah. Apa yang susah sangat? " balas Taehyung geram. Dia langsung menapak meninggalkan Yerin.
"Eh Tae.. Tae apa eh nama dia? Tae woon? Tae eun? Tae hoon? Jap, apahal aku cepat lupa-- aha! Taehyung."
"Taehyung! Kalau awak teruskan jalan, saya jerit eh?!" tutur Yerin agak lantang, mengugut lelaki itu.
Namun, ugutannya langsung tidak berkesan buat lelaki dingin itu.
"Saya jerit ni! Kalau saya jerit, lantaklah kan orang sekeliling nak fikir apa! " tutur Yerin lagi, masih tidak berputus asa.
Yerin merengus geram tatkala lelaki itu masih meneruskan langkahnya.
"Arghhhh! Taehyung! Awak--"
Sepantas kilat Taehyung menghampiri Yerin yang sedang terpekik terlolong itu. Mulut gadis itu langsung ditekupnya. Dicerlung tajam wajah Yerin.
"Kau apahal,gila? " soal Taehyung geram. Dapat dia lihat mata gadis itu seolah-olah tersenyum. (Eye-smile)
Yerin meleraikan tangan Taehyung yang ligat menekup mulutnya.
"Saya dah warning. So, duit? "
Sekali lagi tangan dihulurkan ke arah lelaki itu. Taehyung merengus kasar.
Yerin yang sedang tersenyum plastik itu direnung tajam. Kemudian, beberapa keping duit kertas diletak kasar di atas tapak tangan Yerin.
Yerin tersenyum kemenangan.
"Ha macam tu lah~ kan senang dari tadi buat macam ni" tutur Yerin meleret. Gadis itu tersenyum sebelum menghayunkan langkahnya.
"I'll be back~" ujar Yerin sebelum berlari anak meninggalkan kawasan deretan loker itu.
Taehyung sekadar melirik pemergian gadis itu melalui ekor matanya.
"something hell"
✿ ❀ __________________✿ ❀
๑
🌹||A Bully In Love||🌹
:06
✿ ❀ __________________✿ ❀
"Ha, nah ambik ni. Saya dah lambat nak masuk kelas! " tutur Yerin tergesa-gesa. Dihulur makanan yang dibelinya itu kepada Taehyung.
"K, gotta go! " pamit Yerin dan memusingkan badannya. Baru saja kakinya melangkah, lengannya terlebih dahulu disambar Taehyung.
Serta-merta Yerin menoleh.
"Wae? Saya dah nak masuk kelas ni! "
"Ambil buku math dalam loker aku" Arah Taehyung dan kunci loker dicampak ke arah gadis itu. Tergopoh-gapah Yerin menyambut kunci kecil yang dibaling Taehyung itu.
"Ehhh tak sempatlah! Ada lagi 5 minit je ni! Nanti saya--"
"Ambik je lah" sampuk Taehyung seraya menarik tangan gadis itu. Terdorong ke depan Yerin dibuatnya apabila diheret Taehyung tanpa sebarang signal.
"Eh eh! Awak ambil lah sendiri! Saya betul-betul lambat ni! Dah la saem Choi selalu masuk awal seminit! Lepas tu-- wait"
Yerin langsung meloloskan tangannya dari pegangan Taehyung. Dia menghentikan langkahnya. Taehyung merengus perlahan sebelum menoleh.
"Awak masuk kelas math jugak ke?! " soal Yerin dengan mata membulat.
"Dah tu apa function aku suruh kau ambik buku math aku, bodoh? " respon Taehyung dingin. Dia meraih tangan Yerin lalu genggaman tangan gadis itu dibukanya. Kunci kecil yang wujud di atas tangan Yerin diambil.
"Lembab" ujar Taehyung dingin. Dia mengerling Yerin yang terkebil-kebil itu sebelum kaki diorak meninggalkan gadis itu.
"Dia... Join.. Kelas math jugak...? " gumam Yerin sendiri.
"Aish shet! Kenapa aku perlu sama kelas dengan dia lagi?" omel Yerin sebal. Dikusutkan rambut panjangnya.
"Argh stress nya aku macam ni! " hambur Yerin geram. Dia menghentakkan kakinya, sebal. Diabaikan mata-mata yang sedang memandangnya hairan.
Yerin mengemaskan rambut panjangnya semula. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum berlari anak mengejar Taehyung.
Tak sampai seminit, dia berjaya mendapatkan lelaki itu.
"Aish! Kenapa awak perlu join kelas yang saya join hah? " soal Yerin sebal. Dia mengerling Taehyung yang berjalan seiringan dengannya.
"Suka hati akulah. Kau sibuk apahal?" balas Taehyung dingin. Yerin mengetap bibirnya. Dia mengerling Taehyung yang sedang membuka kunci lokernya.
"Eyyy! apa-apa je lah! Baik saya masuk kelas dulu" tutur Yerin sebal. Dia langsung mengorak langkahnya.
Namun, sekali lagi lengannya disambar. Dia merengus perlahan sebelum menoleh.
"Apa lagi, sunbaenim? " soal Yerin berbaur sarkastik.
"Bawa buku aku" arah Taehyung seraya mencampak perlahan buku teks matematik kepada gadis itu. Pantas saja Yerin menyambut.
Woi ilmu tu!
"Yaish! Awak tak ada tangan ke nak bawa sendiri? Apahal saya yang kena bawak? " bentak Yerin sambil mengikuti langkah Taehyung.
"Sebab kau tu hamba aku" balas Taehyung bersahaja. Yerin merengus perlahan.
"Ya tuhannn, sabar Jung Yerin. Sabar. Ini dugaan. Tolong kuburkan niat kau nak campak buku tebal ni dekat kepala dia" omel Yerin sambil mengurut dadanya, membantu dirinya untuk bertenang.
"Dia dah masuk " ujar Taehyung seraya menoleh, memandang Yerin di belakangnya.
"Siapa pulak dah masuk? Awak ni tiber jee. Takkan otak awak pun nak saya bawak--"
"Saem Choi lah bodoh"
"Biarlah--dia dah masuk?! "
Lantas mata Yerin membulat besar. Dia segera menghampiri kelas yang khas untuk pembelajaran matematik.
Yerin mengetap bibirnya saat dia mendapati guru wanita itu sudah wujud di dalam kelas itu.
Yerin langsung menoleh memandang Taehyung yang memasang wajah kosong itu.
"Eyyy! Awak lah ni! " hambur Yerin geram.
"Apahal aku pulak? Salahkan diri kau tu. Beli makanan pun lembab" balas Taehyung bersahaja.
Yerin menggempal penumbuk. Dia merengus perlahan.
"Apa-apa je lah! Sekarang ni, awak sorok semua makanan awak tu dulu" arah Yerin kalut.
"Apahal--"
"Sorok je lah! Saem Choi ni pantang tengok pelajar dia bawa masuk makanan dalam kelas! " jelas Yerin dan segera merampas bekas tteokboki dan burger di tangan Taehyung. Lalu disumbat ke dalam poket blazer lelaki itu.
Terkebil-kebil lelaki itu dek perbuatan tiba-tiba Yerin.
"Ok, dah sorok semua kan? " soal Yerin sambil memandang Taehyung lama.
"Ehh lagi satu. Ni, saya simpan" tutur Yerin seraya merampas susu kultur di tangan Taehyung lalu dimasukkan ke dalam poket blazer miliknya.
"K, dah. Kajja" ujar Yerin dan menapak ke hadapan pintu kelas. Dia memandang Taehyung sekilas. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
Duh, nebes ni masuk kelas lambat!
Rasa nak unpub HAHAHAHA
Hambar dia xbleh bwk bincang~