Adelia yang baru balik dari check kesihatannya, pelik melihat beberapa kereta mewah yang diparkir di halaman rumah nya itu.
'Kereta siapa pula ni? Mak dengan ayah ada hutang sesiapa ke? Sampai orang kaya datang rumah ni?' fikir Adelia.
'Mak! ayah! Adel dan balik ni!' panggil Adelia cemas. Takut ibu bapanya di apa apa kan.
'Ye Adel, kenapa terjerit-jerit ni Adel? Adel dari mana ni?' tanya Puan Aida.
'Mak kereta banyak-banyak tu siapa punya mak? Siapa yang datang rumah kita ni? Mak dengan ayah ada pinjam duit dengan sesiapa ke?' tanya Adelia bertubi-tubi.
'Ish apa Adel ni! Mana ada kami pinjam duit dekat sesiapa. Jom pergi depan. Kita ada tetamu tu' kata Puan Aida.
'Su, maaflah lambat. Ni anak Aida yang Aida cakapkan tu' kata Puan Aida lalu duduk di sebelah suaminya, Encik Mikhael.
Adelia duduk di lantai di sebelah maknya. Dah semua sofa dah di duduk oleh tetamu, dia nak duduk mana? Nampaknya terpaksa duduk di lantailah.
Adelia memandang seorang gadis yang cantik dan seorang lagi lelaki yang sibuk dengan handphone ditangan. Yang si gadis itu pula tidak kedip matanya melihat Adelia. Di sebelah wanita yang dipanggil Su itu ada seorang lelaki baya umur bapanya sedang tersenyum manis kearahnya.
Dia jadi blur melihat semua pandangan tertumpu padanya.
'Hi Adelia, nama makcik Suhaila. Boleh panggil Cik Su. Adelia baru balik dari mana ni?' tanya Puan Suhaila merangkap kawan baik maknya masa sekolah dulu.
Adelia pun bangun lalu menyalam tangan tua itu.
'Hi makcik, sorrylah buat makcik sekeluarga tunggu, tadi Adel pergi hantar tempahan baju kat customer' kata Adelia yang baik budi perkertinya.
Dia turut salam lelaki yang berada di sebelah makcik tadi.
'Maaflah, makcik datang tiba-tiba. Tak tahu pula kamu sibuk. Oh ye, ni suami makcik nama dia Kale. Panggil Pak cik Kale je' kata Puan Suhaila yang memperkenalkan suaminya pada Adelia.
'Panggil daddy pun tak pe' kata lelaki itu.
Lelaki yang sibuk bermain handphone memandang kearah daddynya. Tetapi lelaki itu hanya menghiraukan jelingan anaknya itu.
Adelia hanya tersenyum sahaja lalu dia mengangguk kecil.
'Ni Elaia Scarlet , anak makcik yang bongsu sekali and this is Elfiey Samuel, kembar Elaia.' kata Puan Suhaila lagi.
'Hi kakak cantik' kata Elaia mesra sambil melambai tangannya. Adelia yang kekok itu hanya melambai kecil kepada Elaia.
Manakala Elfiey pula dia hanya menunduk kecil sebagai hormat.
Elfiey hanya menghiraukan sapaan Adelia.
'Elfiey remind your manners' kata Puan Suhaila tegas.
'Tak pelah, Su. Biasalah budak-budak' tegur Puan Aida.
'Anak sulung dan anak kedua makcik tak ikut sebab sibuk bekerja' kata Puan Suhaila lagi.
Adelia duduk di tempatnya semula.
'Maaf kalau boleh tahu kena mak cik dan pakcik datang ke rumah saya ye?' tanya Adelia sopan.
Puan Suhaila senyum kearah Adelia yang tertanya-tanya.
'Kami datang sini nak meminang Adelia untuk anak kami. Dan mak ayah Adelia dah setuju dah. Tinggal kamu je. So, macam mana? Adelia setuju tak kalau makcik satukan kamu dengan anak makcik?' tanya Puan Suhaila teruja.
'Hah? Erm... Saya tak jangka pula benda ni nak berlaku. Saya tak prepare apa apa pun' kata Adelia kekok.
'Tak pe Adel berbincanglah dengan mak ayah supaya dapat keputusan yang setepatnya' pesan Encik Kale.
Adelia pun bangun lalu menarik mak dan ayahnya ke dapur untuk berbincang.
'Mak, ayah, apa yang jadi sebenarnya? Siapa mereka tu? Kenapa tiba-tiba je nak lamar Adel?' tanya Adelia.
'Adel ni untuk kesenangan Adel juga. Adel dah tak payah kerja teruk-teruk macam dulu dah. Kesian ayah tengok Adel tau' kata Encik Mikhael sayu.
'Betul cakap ayah tu Adel. Lagipun Cik Su tu mak kenal dari dulu. Dia kawan baik mak masa sekolah dulu. Dia memang seorang yang baik' kata Puan Aida.
'Tapi mak mereka tu orang kaya, takkan diorang nak kat Adel yang tak berharta ni?' kata Adelia.
'Adel, mak yakin yang mereka menilai kamu daripada hati, bukan daripada mata wang. Mak harap kamu dapat terima pinangan ni. Mak tak sanggup nak kecewakan hati kawan baik mak tu' kata Puan Aida sambil memegang tangan Adelia.
'Sayang, awak dah janji takkan paksa anak kita kan? Adel, kami tak paksa. Kalau Adel nak tolak pinangan ni. Kami terima dan kami hormat keputusan Adel tu' kata Encik Mikhael.
Adel senyum seketika. Dia melihat ke wajah berharap Puan Aida.
'Takpelah, demi melihat mak dengan ayah gembira, aku terima. Lagipun aku takut ni kali terakhir aku melihat diorang gembira. Gembira melihat aku duduk di atas pelamin' kata Adelia didalam hati.
'Baiklah mak, ayah. Adel terima pinangan ni' kata Adelia memberi kata putus.
'Betul ni? Adel tak menyesal?' tanya Encik Mikhael yang seronok tapi tidak ditunjukkan.
'Anak mak memang anak yang baik. Kami sayang Adel' kata Puan Aida lalu memeluk anaknya itu.
Adel senyum bahagia. Ini yang dia nak lihat selama dia hidup diatas muka bumi ini.
'Jom Adel kita bagitahu kat Cik Su. Mesti dia pun teruja macam mak juga' kata Puan Aida.
Adelia hanya menganggukkan kepalanya.
Puan Aida dan Encik Mikhael duduk. Senyuman di wajah mereka langsung tidak pudar.
Manakala Adelia pula berdiri di sebelah sofa yang ibu bapanya duduk.
'Su, Aida ada berita baik nak bagitahu kat Su' kata Puan Aida teruja.
'Ada apa tu Aida? Excited pula Su nak dengar' kata Puan Suhaila sambil tersenyum manis.
'Kita bakal jadi besan nanti' kata Puan Aida riang.
'Serius la Aida? Adel setuju nak kahwin dengan anak Su? Terima kasih Adel sebab sudi terima anak makcik. Start from now, Adel boleh panggil Cik Su, mummy boleh?' tanya Suhaila.
'Boleh, Cik- Maksud Adel Mummy' kata Adel.
'pelan-pelan nanti, lama lama okay lah tu' kata Suhaila.
'Yeah, akhirnya Elaia ada kakak. Dengan kawan untuk layan Elaia' sorak Elaia.
'Erm, nanti Elaia ada kakak jadi teman borak Elaia, mummy Elaia tinggalkan' kata Puan Suhaila merajuk.
Elfiey memandang menyampah kearah drama yang berlaku didepan matanya itu.
Dia pun bangun lalu keluar dari rumah kampung itu.
'Fiey nak pergi mana?' tanya Encik Kale pada anaknya.
'Fiey nak pergi angkat call jap' kata Elfiey tanpa riak.
Encik Kale hanya menganggukkan kepalanya.
Mereka sambung bergembira kerana mereka bakal sambut menantu.
Sedangkan orang yang bakal berkahwin langsung tidak tahu akan hal perkahwinan tersebut.
Done untuk prolog. Now kita masuk ke bab yang memulakan segala lika liku kehidupan Adelia sebagai seorang isteri kepada lelaki yang dia tak pernah kenal langsung malah muka pun tak sempat nak tengok. Nak tahu lebih lanjut apa yang jadi seterusnya? Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...