Miya yang seronok dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya itu tidak duduk diam di airport itu. Sekejap lari sana, sekejap lompat sini. Yang penatnya si Adelia yang nak kena kejar budak kecil itu.
Manakala ibu bapa si budak kecil tu sibuk dating. Dia pula kena jadi babysitter. Haih, nasib kawan.
'Baby, mommy penatlah. Baby tak sayang kat mommy ke? ' tanya Adelia.
'Sorry mommy, baby excited sangat. Mana atuk dengan nenek baby ni? ' rungut Miya sambil mengelap peluh yang meleleh di dahinya.
'Sabar la sekejap sayang. Nanti atuk dengan nenek sampai ye' pujuk Adelia.
Miya yang sudah bosan itu mula melilaukan matanya. Tiba-tiba dia ternampak sebuah kedai yang penuh dengan gula-gula.
'Mommy jom pergi sana. Baby nak beli gula-gula' kata Miya terus sahaja budak kecil itu turun dari kerusi lalu berlari ke kedai tersebut.
'Baby, tunggulah mommy. Haih, budak kecil ni' kata Adelia geram lalu dia pun bangun dan mengejar Miya yang laju menyelit diantara orang-orang yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Miya terlampau excited sehingga dia terlanggar sesuatu dan jatuh.
'Arghh... '
'Adik okay? Meh sini uncle tolong' kata lelaki yang dilanggar oleh Miya tadi.
Miya pun diangkat oleh lelaki itu.
'Mak adik mana? Adik nak pergi mana ni? Adik sesat ke?' tanya lelaki itu pada Miya.
Mulut Miya sudah muncung. Dengan sakit dipunggungnya tidak reda lagi. Sekarang orang didepannya kini sibuk tanya banyak-banyak soalan.
'Uncle ni perlahan-lahan la. Baby tengah sakit ni kan? Mana mommy ni' ngomel Miya comel.
'Mommy adik mana? ' tanya lelaki itu lagi.
'Entah, baby pun tertanya-tanya mana mommy. Uncle nampak mommy tak? ' tanya Miya pada lelaki itu pula.
'Abang, ni anak siapa pula ni? ' tanya seorang wanita yang berdiri sebelah lelaki tadi.
'Entah, tadi dia lari lepastu terlanggar abang. Then, abang tanya mana mak dia. Dia tanya abang balik pula' kata lelaki itu kepada isterinya.
'Eh, macam tu pula?' kata wanita itu lalu tertawa kecil.
'Baby!!' panggil suara yang agak familiar di telinga Miya.
'Mommy, baby ada kat sini' kata Miya. Dengan suara nyaring milik Miya itu dapatlah Adelia menjumpai anak angkatnya itu.
Jumpa sahaja Miya, Adelia terua sahaja memeluk Miya dengan erat. Takut, risau, panik, semua rasa bercampur menjadi satu.
'Haih, mommy dah cakap jangan lari merata kan? Lain kali jangan buat macam tu lagi kalau tak mommy taknak bawa Baby datang sini lagi. Faham tak?' kata Adelia tegas.
Miya hanya mengangguk faham.
'Jangan buat mommy risau lagi tau? Janji' kata Adelia.
'Janji, mommy. Sorry sebab buat mommy risau' kata Miya dengan suara comelnya.
'Adel?' panggil seseorang. Baru Adelia perasan ada orang yang merenung mereka tadi.
Adelia mengangkat kepala lalu memandang kearah lelaki dan wanita dihadapannya kini.
'Mak... Ayah...' kata Adelia lalu memeluk erat kedua orang tuanya.
'Lah, ini anak Adel ke?' tanya Encik Mikhael.
Belum sempat Adelia ingin menjawab tiba-tiba ada orang menyapa mereka.
'Oit, Adel. Dah jumpa mak dengan ayah bukan nak bagitahu' marah Sara.
'Sara, kamu mengandung lagi? Dah berapa bulan?' tanya Puan Aida.
'Ye, mak. Dah 6 bulan ibu' kata Sara lalu dia memeluk tubuh wanita yang menjaganya sejak dia kehilangan ibu bapanya.
'Mak... Ayah... Ni bukan anak Adel. Ni anak 2 mangkuk tu. Buat anak pandai, nak jaga anak kelaut. Hampir je tau si baby ni hilang. Korang sibuk nak dating. Nasib baik aku ikut kalau tak tahulah apa jadi kat budak kecil ni' bebel Adelia tidak puas hati.
'Alah, Adel sorrylah. Aku tiba-tiba mengidam nak makan. Tu yang Jacob belikan sampai lupa kat anak aku ni' kata Sara serba salah.
'Dah, dah, jangan bergaduh malu orang tengok. Jom balik, korang semua mesti lapar kan? Mak ada masak kat rumah tu' kata Puan Aida meleraikan pergaduhan kecil itu.
'Eleh, lapar ke? Tadi aku tengok melantak tak ingat dunia. Jom baby' kata Adelia lalu mendukung Miya dan pergi dari situ.
Takpelah beg si Jacob tu yang tolong bawakan tinggal nak bawa budak kecil tu je.
Mereka pun balik ke rumah Puan Aida dan Encik Mikhael.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
Setelah makan Adelia dan keluarga pun duduk di ruang tamu untuk berbual-bual.
'Adel dengan Sara dah tahu malam ni Tan Sri Kale dengan Puan Sri Suhaila nak buat majlis sempena celebrate Elvien' tanya Encik Mikhael.
Adelia berdehem manakala Sara menggelengkan kepalanya.
'What? Kau dah tahu then kau tak bagitahu aku pun?' marah Sara.
'tak penting. Diorang buat apa nak invite kita? Kita bukan ada kena mengena dengan company diorang pun. Kita ni kan cuma orang luar je' kata Adelia .
'Haish, apa cakap macam tu? Tak baiklah. Yang nak di celebrate tu suami awak juga. Apa tak de kena mengena pula?' tegur Puan Aida.
'Erm, malaslah fikir. Malam nanti mak dengan ayah pergi and Sara wakilkan Adel pergi sana. Kau kan suka pergi majlis-masjlis ni kan, Sara?' kata Adelia.
'hotak kau! Aku yang takde kena mengena dengan diorang. Kalau aku pergi kan nampak pelik orang tengok' kata Sara.
'Alah, diorang bukan nak perasan kau pun' kata Adelia malas.
'Ish kau ni, sekarang ni orang dah tahu tau Elvien dah kahwin. Then, kau tak pergi pula apa orang cakap nanti. Kau tak kesihan ke kat keluarga mertua kau tu. Please Adel, turunkan sikit ego kau tu. Aku tahu kau still marah kat dia tapi kau kena ingat sampai bila-bila pun dia tetap suami kau. Sudah-sudahlah marah tu dah 5 tahun dah' nasihat Sara.
'alah, kau marah, marah jugak pun kau balik en... Maknanya apa? Maknanya kau nak maafkan dia tapi kau takut dia buat lagi apa yang dia buat kat kau sebelum ni. Lepastu sebab kau rintu kat dia, tapi kau tak mengaku. Kan?' teka Sara.
Mereka bersembang seperti hanya mereka berdua disitu hakikatnya banyak mata yang sedang memandang kearah mereka.
'Tengoklah macam mana aku tak boleh janji' kata Adelia lalu bangun dan pergi dari situ. Nak tenangkan diri.
'Tengok tu, lari. Aku cakap sikit lari. Makna betul apa yang aku cakap, kan?' usik Sara.
'Mama, mommy nak pergi mana tu? Miya baru nak ajak mommy main doll dengan Miya.
'Nanti ye, mommy Adel tengah busy nanti dia datang main dengan Miya ye. Miya pergi main dengan papa dulu' kata Sara lembut.
Miya hanya menganggukkan kepalanya lalu berlari kearah Jacob.
Done chapter 33. Apa keputusan Adelia? Dia pergi atau tidak? Ha! Kalau nak tahu... Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...