Adelia pergi ke bilik Encik Kale terlebih dahulu.
Tok! Tok! Tok!
'Daddy, sarapan dah siap' kata Adelia dari depan pintu.
'Alright, nanti daddy turun' sahut Encik Kale.
'Okay, Adel pergi dulu' kata Adelia lalu dia ke bilik Elfiey yang bertentangan dengan bilik Encik Kale dan Puan Suhaila.
Tok! Tok!
'Elfiey dah bangun ke? ' tanya Adelia.
'Kau nak apa?' sahut Elfiey yang batu bangun tidur.
'Jom turun makan. Sarapan dah siap tu' kata Adelia.
'Hmm, nanti aku boleh turun sendiri. Kau pergilah dulu' kata Elfiey bosan.
'Okay' kata Adelia lalu dia pergi kearah bilik Elaia pula.
Tok! Tok!
Tiada sahutan.
'Laia dah bangun?' tanya Adel dari depan pintu.
Tok! Tok! Tok!
Adelia Masih lagi setia mengejut Elaia bangun untuk makan sarapan bersama.
Adelia pun cuba memulas tombol pintu bilik Elaia.
Tidak berkunci.
Tanpa membuang masa dia terus masuk kedalam bilik Elaia itu. Dia melihat Elaia masih tidur terbongkang atas katil.
'Haihlah anak dara ni. Kalau dapat kat Puan Aida mau kena denda kemas satu rumah ni. Kalau bangun lambat' kata Adelia sambil teringatkan ibunya yang akan mendendanya dengan membuat kerja rumah jika bangun lambat. Sejak dari itu dia serik. Setiap hari dia akan bangun awal.
'Elaia, bangunlah anak dara matahari dah suluh atas kepala dah tu' kejut Adelia. Itu batu kejut manja-manja. Kalau kena kejut dengan Puan Aida, mau kena batang penyapu sekali.
'Hmm, janganlah kacau Elaia mummy. Nanti Elaia makan sendirilah' kata Elaia dalam keadaan yang mamai.
'Mummy? Oh mummy ye' kata Adelia sambil ada idea yang jahat muncul di kepalanya.
'Elaia Scarlet, bangun sebelum mummy jual semua poster-poster KPOP kamu ni!!' kata Adelia kuat.
Bukan Adelia tidak tahu yang adik iparnya itu memang gila Kpop. Lihat sahaja biliknya yang banyak gambar poster artis-artis Kpop yang bertampal di dinding biliknya itu.
'Mummy!!' terkenut beruk Elaia di buatnya. Gadis itu terus duduk diatas katilnya dengan muka yang masam.
Adelia sudah gelak terbahak-bahak melihat reaksi Elaia yang terkejut beruk itu.
'Kak Adel! Terkejut Laia tau. Laia ingatkan mummy tadi' kata Elaia tidak puas hati.
'Alah, poster je pun boleh beli lain kan?' kata Adelia.
'Ingat senang ke nak beli baru. Kena dapat permission dulu tau' kata Elaia.
'Yelah, cepat bangun. Cuci muka, gosok gigi. Tak pun mandi je terus lepastu turun makan. Makanan dah siap dah tu. Dah akak nak pergi kejut abang Laia pula' kata Adelia.
'Rajin akak kejut semua orang. Padahal diorang boleh je bangun sendiri' kata Elaia.
'Alah, makan ramai-ramai lah best baru meriah sikit' kata Adelia.
'Ikut suka akak lah' kata Elaia
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
Adelia pun ke bilik Elfien yang berada di tingkat atas sama aras dengan bilik Elvien tapi bilik Elfien berada di hujung belah kiri manakala Elvien hujung belah kanan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...