Elfien menunggu Adelia di sofa sementara Adelia berada di dalam bilik air.
Selepas dia selesaikan kerjanya tadi, dia terus masuk ke dalam ward Adelia. Tapi Adelia tiada. Jadi dia tunggu Adelia di situ.
Setelah Adelia selesai menukar baju, dia pun keluar dari bilik air. Terkejut dia melihat Elfien yang berada di sofa.
'Elfien, kenapa awak tak bagitahu yang awak ada tekat sini? Terkejut saya tau tengok ada lelaki duduk kat sini' kata Adelia.
'Dah siap dah?' tanya Elfien.
'Jap sikit lagi. Saya nak kemas barang-barang ni sikit. Then, kita boleh gerak' kata Adelia.
'Adel' panggil Elfien.
'Hmm' tangan Adelia masih lincah mengemas beg bajunya tanpa memandang kearah Elfien yang memanggilnya.
'You dah ada jawapan untuk soalan I yang semalam tu?' tanya Elfien.
'Soalan awak yang semalam? Yang mana eh?' tanya Adelia pelik.
'Soalan sama ada awak nak sambung buat rawatan tu' kata Elfien lagi.
'Entahlah, Fien? Saya tak habis fikir lagi. Banyak benda yang saya kena fikirkan sebenarnya. Pasal duit, transport dan lain-lain. Benda yang paling saya fikir sekali ialah risiko dan effect dari rawatan tu' kata Adelia.
'Pasal transport dengan kos rawatan you tak perlu risau. Suami you kan kaya' kata Elfien.
'Awak gila ke? Kalau saya minta duit kat abang awak tu dah sah-sah la dia akan dapat tahu' tolak Adelia.
'Adelia, ada banyak cara yang you boleh buat untuk minta duit dekat Elvien tu. Tapi, you kena bijaklah' kata Elfien dengan agendanya.
'Maksud awak?' tanya Adelia pelik.
'you minta duit dia untuk beli barang groceries ataupun cakaplah yang awak nak pergi shopping. Mesti dia kasi punya. Takkanlah isteri sendiri dia tak bagi nafkah' cadang Elfien.
'awak suruh saya tipu dia?' kata Adelia tidak percaya.
'Tipu demi kebaikan takpe. Akan diampunkan' kata Elfien.
'Banyaklah diampunkan. Jomlah balik. Nanti-nantilah saya fikir balik' kata Adelia malas. Ingatkan ada idea yang bernas sikit. Ni tak suruh menipu pula.
Elfien pun tolong Adelia membawa beg.
'Ouh ye, sebelum balik kita makan kat mana-mana dulu. You pun tak makan lagi kan tengahari tadi?' tanya Elfien.
'Takpelah, saya nak balik makan masakan mummy' kata Adelia.
'Tapi nanti perut you masuk angin macam mana?' tanya Elfien.
'Tak pe saya boleh tahan demi masakan mummy. Nanti kalau saya dah kenyang siapa nak makan masakan dia? Mesti dia dah masak banyak' kata Adelia.
'You yakin ke yang dia masak banyak?' tanya Elfien.
'Yakin sebab saya kan menantu kesayangan mertua saya' kata Adelia sambil menyelak rambutnya kebelakang.
'Takdelah, saya tahu sebab mummy awak dengan ibu saya tu spesis yang sama. Suka masak banyak-banyak. Ibu mana nak bagi anak dia makan sikit, Tak cukup makan?' tanya Adelia.
'Logik' kata Elfien.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶
Sampai di depan rumah Tuan Sri Kale dan Puan Sri Suhaila, Elfien pun menyuruh Adelia untuk turun dahulu.
'You turun dulu. You tu tak boleh kena panas sangat nanti pingsan pula. Beg you pula biarkan nanti I angkat' kata Elfien.
'La... Kenapa tak parking je dulu. Kan senang turun sama-sama terus. Lagipun saya dah biasalah kena panas. Sekejap-sekejap takpe. Lama-lama yang tak boleh' kata Adelia pula.
'Saya doktor ke awak doktor? Patient kena dengar cakap doktor' kata Elfien menggunakan kuasanya sebagai doktor peribadi Adelia.
Sejak bila tu tak tahu lah. Pandai-pandai dia je.
'Dah you boleh keluar sekarang. I nak park kereta ni' halau Elfien.
'Eh, halau orang pula. Okaylah bye!' kata Adelia lalu keluar dari kereta.
Keluar sahaja dari kereta, Dia terus diterpa oleh seseorang.
'Yeah! Kak Adel dah sampai rumah! Mummy! Daddy! Kak Adel dah sampai' panggil Elaia yang menerpa kearahnya tadi.
'Seronok ke akak dah balik ni?' tanya Adelia pelik.
'Gila tak seronok. Dahlah haritu tak sempat nak spend time dengan Akak. Tiba-tiba Kak Adel masuk hospital pula.
'Alolo, kesian dia. Ni akak dah balik ni. Bolehlah kita spend time together' kata Adelia gembira.
'Adel dah sampai, Laia kenapa tak bawa Kak Adel masuk dalam? Kan panas ni?' kata Puan Suahaila.
'Excited sangat tengok Kak Adel dah balik. Lepasni, kak Adel boleh teman Laia shopping lepas ni' kata Elaia gembira.
'Bawa kak Adel masuk Laia. Dia tu baru balik dari hospital. Nanti tak pasal-pasal tidur lagi kat hospital tu malam ni karang' kata Encik Kale yang muncul di depan pintu.
'Tah, Laia ni. Kesian Kak Adel tu. Masih lemah badan dia' kata Puan Suhaila pula.
'Sorry kak Adel' kata Elaia.
'It's okay, Akak tahu Elaia tengah happy. Jom masuk akak tengah lapar ni' kata Adelia.
'Adel lapar? Tadi Fien tak bawak Adel pergi makan dulu ke?' tanya Puan Suhaila pelik.
'Fien nak bawak tadi tapi Adel kata dia nak makan masakan mummy. Degil dah la dari tengah hari tak makan lagi. Sanggup tunggu sampai balik' kata Elfien.
'Apa Adel ni nanti perut tu masuk angin pula. Hari ni mummy masak biasa je sebab ingatkan Adel makan dulu sebelum balik. Nasib baik lauk ada lagi. Lain kali kalau nak makan kat rumah bagitahu mummy dulu tau. Call dulu. Jangan buat macam ni lagi' bebel Puan Suhaila.
'Bebel lagi kat dia ni mummy. Keras kepala sangat' usik Elfien.
'Eleh cakap orang, dia pun sama. Mummy tahu tak Abang Fien ni kalau tak diajak makan, dia tak makan tau' kata Elaia.
'Kamu ni pun satu. Kata doktor, makan pun skip ke? Nanti dah sakit baru tahu. Bagi nasihat kat orang pandai, tapi diri sendiri tak tahu nak jaga' perli Puan suhaila.
'Ala Fien busy dengan kerja mana sempat nak makan' kata Elfien. Akhirnya dia juga yang dibebel. Tak guna punya budak kecil.
'Busy, tak busy. Makan tetap kena makan jangan sampai perut tu dah memulas. Satu kerja pun tak boleh buat' bebel Puan Suhaila.
'Dah, Adelia dengan Elfien dah lapar tu. Awak pergilah panaskan lauk yang ada' kata Encik Kale yang ingin meleraikan pergaduhan kecil yang terjadi disebabkan tak makan.
Isterinya Suhaila, memang menitikberatkan kesihatan dia dan anak-anak mereka. Dalam masakanya mesti ada khasist yang diperlukan.
Segala mi segera diharamkan dirumah itu. Tapi tetap sahaja mereka seludup secara haram. Lagi-lagi si Elaia dan kembarnya, Elfiey. Mereka suka sangat seludup maggi ke dalam bilik mereka. Hanya mereka yang tahu.
Done chapter 11. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...