'Elvien!'
Adelia terkejut dari mimpinya. Mukanya sudah lenjun dengan air mata.
'Are you okay?' tanya seseorang disebelahnya.
Dengan samar-samar cahaya dari lampu tidur di hospital itu dia terlihat riak muka risau sang suami.
Niat untuk mengadu tapi apabila dia teringatkan mimpinya tadi, dia mula sakit hati.
'Takde apalah, saya cuma mimpi buruk je. Awak tidurlah balik. Sorry terkejutkan awak' kata Adelia perlahan lalu pusing kearah yang bertentangan dari Elvien.
'Kalau nak apa apa cakap tau. Aku ada kat sofa tu tengah buat kerja' kata Elvien.
'hmm' balas Adelia kerana dia tidak boleh bercakap. Hatinya sakit mengingatkan mimpi tadi. Seakan itu petanda bahawa perkahwinan dia dan Elvien akan berakhir juga biarpun cepat atau lambat.
'Saya tahu awak tak bahagia dengan saya, Elvien. Saya janji. Keluar je dari hospital saya takkan ganggu awak dengan kekasih awak tu lagi' gumam Adelia perlahan ditemani dengan air matanya.
Dia tidak mahu Elvien tersiksa kerana dia. Elvien layak bahagia dengan orang yang dicintainya. Cinta tak semestinya dimiliki kan, kalau satu pihak tidak bahagia?
Itulah yang difikir oleh Adelia selama dia di hospital ni. Mungkin inilah pengakhiran cinta mereka. Mungkin tidak indah tapi ada kenangannya.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
2 bulan kemudian,
Dah 2 bulan Adelia berada di Hospital dan hampir sebulan setengah juga Adelia membuat kimoterapi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ahli keluarga dan suaminya.
Hanya Elfien yang sedia menolongnya dalam semua hal di hospital itu.
Sejak kebelakangan ini, Elvien dan ahli keluarga mertuanya sudah lama tidak menjenguknya. Mungkin sibuk dengan projek yang masuk dan hal-hal pejabat yang tiada habisnya itu.
Ibu ayahnya pula sudah balik ke rumah. Seminggu sekali je datang menjeguknya. Sara pula hanya menjenguknya sekali sekala. Bila dia cuti atau ada masa lapang.
Dia pun dah menyatakan hasratnya untuk cuba berubat di US. Dia tahu ramai orang tidak akan membenarkannya tapi Adelia tetap dengan keputusannya.
'Hello my bff' kata Sara disebalik pintu.
'Hello, Sara. Sorang je ke?' tanya Adelia yang agak tidak bermaya.
'Yelah, sorang je. Mana pernah aku datang dengan orang lainkan sebelum ni? Oh ye, mak ayah kau tak dapat datang minggu ni. Mak ayah kau wakilkan aku untuk jenguk anak kesayangan diorang ni' kata Sara lalu mencuit hidung Adelia.
Adelia tersenyum tapi tidak seceria yang dia lihat sebelum ini. Senyuman itu kelihatan kosong. Tiada serinya.
'Are you okay, girl? Kau nampak penat je. Lesu je. Tak macam selalu.' kata Sara risau.
'Aku okay lah. Harini aku rasa yang aku kuat macam selalu la' adu Adelia.
'Why? Kau ada fikir apa apa ke sekarang ni? Adel, kau ada sorok apa apa dengan aku ke?' tanya Sara.
'Nak peluk' kata Adelia manja sambil mendepakan kedua belah tangannya.
'Alah baby gajah ni nak manja-manja pula. Meh sini' kata Sara lalu memeluk erat Adelia.
'Ermm... Sara aku cakap ni kau jangan marah tau?' tanya Adelia yang berada didalam pelukan Sara itu.
'Ha! Kan aku dah cakap kau ada sorok something dengan aku. Cepat cakap apa dia?' kata Sara garang.
Adelia yang sangat arif tentang perangai Sara itu hanya tersengih.
'Lek lah garang-garang nak pergi mana?' perli Adelia.
'Macam lah aku baru kenal kau sehari Adel. Ni mesti ada something yang kau plan kan?' teka Sara.
Haih kawan baik sampai tak boleh sorok apa langsung. Semua dia boleh baca.
'Aku nak pergi US' kata Adelia sambil tunduk memandang lantai.
'Ha!! Kau nak buat apa pergi sana?' tanya Sara terkejut. Bukan dekat-dekat weh US kot!
'Perlahan kan sikit suara kau tu, Sara. Kita kita je tahu ni. Alah, aku rasa aku nak berubat kat sanalah mana tahu boleh sihat ke' kata Adelia.
'Weh kau seriuslah? Perawatan kat sana mahal tau tak? Kau dapat duit mana banyak-banyak macam tu?' tanya Sara.
'Alah duit simpanan aku ada. Suit yang aku dapat dari hasil menjahit. Bolehlah untuk sara hidup aku kat sana' kata Adelia.
'Habistu kau pergi sorang?' tanya Sara lagi.
'Erm, aku pergi sorang. Kau ingat aku nak pergi dengan Elvien? Dia pun tak tahu aku sakit.' kata Adelia.
'Bahaya lah Adel! Kita tak tahu orang-orang kat sana macam mana?' kata Sara risau.
'Habistu, takde siapa yang free untuk ikut aku pergi sana. Takkan nak ajak ibu ayah? Kesian diorang mesti penat nanti dengan nak jaga aku dengan kos Sara hidup tinggi kat sana lagi. Kalau Nak ajak Elfien pula mesti dia busy kerja kat hospital ni. Kalau nak ajak mummy busy kat butik. Papa pula busy dengan office dia. Elvien pula, dia mesti busy dengan company dia sebab baru-baru ni aku dengar dia dapat projek baru. At the end, takde siapa yang free untuk ikut aku' kata Adelia dengan pelbagai alasan.
'Susah sangat biar aku jelah ikut kau' kata Sara.
Adelia melihat kearah kawannya itu.
'Kau seriuslah? Habis kerja kau tu macam mana? Tak payahlah susah-susah Sara, aku taknak kau hilang kerja je nanti.' kata Adelia serba salah.
'Kau ni merepek apa? Company aku tu ada buat employee transfer ke cawangan luar negara. Aku ingat taknak pergi sebab aku taknak tinggalkan kau dengan family kau. Ikutkan aku boleh je buat transfer tu sebab aku kan anak yatim piatu. Jadi takde masalah pun. Tapi, disebabkan company tu ada kat US, jadi nanti aku minta boss aku tolong tranfer kan aku senang. US boleh pergi, kerja pun dah ada' kata Sara.
'Ouh, kau ni cakaplah awal-awal. So, kau ikut aku lah ni?' tanya Adelia.
'Yelah, nanti kau jaga kau ye' kata Sara.
'Thank you Bff' ucap Adelia ikhlas. Sara memang kawan dunia akhiratnya.
Semua benda mereka buat bersama-sama. Mereka satu kepala tapi lain perangainya.
'Bila kau boleh keluar hospital ni? Dah 2 bulan kau kat sini' kata Sara pelik. Dis tengok luka-luka Adelia dah sembuh sepatutnya dah boleh keluar hospital dah.
'ikutkan aku dah boleh keluar minggu lepas tapi Elfien tak kasi dia suruh aku duduk lagi seminggu sebab luka kat kepala aku tak sepenuhnya kering lagi. Takut efek apa apa. Aku sebenarnya diam-diam buat kimoterapi kat sini' kata Adelia.
'Habis tu macam mana kau nak pergi US kalau kau ada buat kimo kat sini. Membazir tau tak?' marah Sara.
'Doktor kimo tu yang suggest untuk pergi berubat kat sana. Dia akan call kawan dia yang ada kat sana untuk register nama aku kat sana. Jadi, tu bukan salah aku' kata Adelia.
'Eh, macam tu pula? Habis bila kau nak pergi sana?' tanya Sara.
'Minggu depan' kata Adelia muktamat.
Done chapter 24. Jangan lupa vote tau guys. Bubyeee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...