Elvien berlari ke ward Adelia selepas mendapat tahu yang Adelia sudah terjaga dari koma.
Didepan pintu Elvien menenangkan dirinya sebelum masuk kedalam ward tersebut.
Di depan pintu dia mendengar suara Puan Suhaila sedang berborak dengan Adelia.
Setelah dia berasa tenang sedikit, muka dingin ditayangkan. Setelah itu, dia pun membuka pintu ward tersebut.
Semua memandang ke pintu termasuk Adelia. Tapi sesaat kemudian, dia berpaling ke arah lain.
'Awak boleh balik, tak payah nak menyusahkan diri nak jaga saya kat sini' kata Adelia mendatar.
'Adelia apa cakap macam tu dengan Elvien? Dia suami Adel tau tak?!' tegur Puan Aida.
'Habis siapa nak jaga kau malam ni? ' tanya Elvien.
'Elaia ada untuk jaga saya malam ni. Kan Elaia?' kata Adelia sambil memandang kearah adik iparnya.
Elaia terkejut apabila namanya disebut dalam hal tersebut.
'Eh aaa... Sorry kak Adel malam ni Laia busy. Abang pun boleh jaga Kak Adel malam ni' kata Elaia dengan rasa bersalah. Dia tahu mesti Kak Adelia marah dengan apa yang abangnya telah buat padanya. Lagi satu Adelia hampir dirogol kot... Mesti memberi kesan yang mendalam pada Adelia.
'Mummy boleh bawa semua keluar sekejap? Vien ada something nak cakap dengan Adelia. Personal' bisik Elvien pada Puan Suhaila.
'Yelah, kami pun nak balik dulu. Vien tolong jagakan Adelia baik-baik ye' kata Puan Suhaila.
'Mak, Adel taknak dia jaga Adel. Suruhlah dia balik mak. Ayah tolonglah Adel' kata Adelia kepada Puan Aida dan Encik Mikhael.
'Adel, dengar dulu apa yang Elvien nak cakap. Nanti jangan menyesal. Kami balik dulu ye. Esok kami melawat kamu lagi' kata Puan Aida lembut.
'Mak jangan tinggalkan Adel. Ayah!' panggil Adelia sayu. Tapi mak ayahnya tetap keluar tanpa memandang kebelakang. Sekarang tinggallah Elvien bersama dengan Adelia berdua di situ.
Adelia memandang kearah Elvien dengan muka marahnya.
'Tak puas lagi nak hancurkan hidup aku?' kata Adelia dingin.
'Tak, kau yang terima aku jadi suami kau dan selama itu kau kena tahan untuk hidup dengan aku' kata Elvien sinis.
Sebenarnya Elvien terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh Adelia itu. Tak sangka Adelia seorang yang ganas juga walaupun penampilannya yang ceria dan peramah itu.
'Tak cukup kau tinggalkan aku kat tepi jalan. Kenapalah aku tak mati je kat situ takdelah aku jumpa dengan orang tak guna macam kau ni lagi' kutuk Adelia.
'Kau nak sangat ke mati? ' tanya Elvien dingin.
'Haah! Aku taknak jumpa dengan orang gila macam kau ni. Kau tak payahlah susah-susah nak jaga aku kat sini. Kau kan tak suka tengok perempuan miskin macam aku ni. Blah la. Aku tak perlukan kau. Elfien ada kat sini untuk jaga makan minum aku. Huh! Ada suami pun tak boleh diharap!' kata Adelia kasar.
'Huh? Tak sangka sundal juga kau ni. Aku kau nak. Elfien pun kau nak juga. Heh, kau dengar sini baik-baik eh perempuan. Sampai bila bila pun kau akan duduk dengan aku. Tengok muka aku hari-hari sampai kau mampus. Kau dengar tak! ' marah Elvien sambil mencengkam rahang Adelia.
'Lepas lah! Sakit!' kata Adelia sambil menepuk-nepuk tangan Elvien yang mencengkam rahangnya.
'Kau ingat aku nak duduk dengan kau? Memang tak lah. Jangan harap! ' kata Adelia. Masih berani melawan Elvien.
'Kau ni boleh tahan degil juga eh? Takpe. Kau dah keluar dari hospital ni tahulah nasib kau macam mana nanti' kata Elvien dengan agenda yang tersembunyi. Dia duduk disofa lalu dia membuka laptopnya dan sambung membuat kerja.
Adelia menjeling kearah Elvien yang tenang membuat kerjanya semula.
Adelia mencerlung tajam kearah Elvien.
'Marah orang tapi nak juga jaga aku kat hospital ni. Kau nak apa sebenarnya Elvien? ' kata Adelia didalam hati.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
Hari pun sudah gelap tapi Elvien masih tetap berada di hadapan laptop masih menyimak merjanya yang tidak pernah habis.
Adelia yang melihat kearah Elvien yang tidak bergerak seinci daripada duduknya itu mengeluh perlahan. Bosan dia tengok hidup Elvien yang hanya dikelukingi dengan kerja,kerja dan kerja.
'Tch, awak tak bosan ke dari tadi menghadap laptop awak je?' tanya Adelia yang kebosanan.
'Habis kau nak suruh aku buat apa? Dah ini kerja aku' kata Elvien tanpa memandang kearah Adelia.
'Saya dah cakap kan tak payah nak sibuk jaga saya kalau dah tahu diri tu busy. Sekarang dah menyusahkan diri sendiri' bebel Adelia.
'Kau nak apa? Kalau saja je nak kacau aku baik kau pergi tidur aku takde masa nak layan kau' kata Elvien pula.
'Tak suruh layan pun. Mana telefon saya? Bagilah saya bosan ni' kata Adelia.
'Phone kau, aku dah buang dalam tong sampah. Dah rosak tak boleh pakai lagi' kata Elvien.
'Takkan tak boleh on langsung? Kenapa buang? Phone tu penting tau dalam hidup saya!' tanya Adelia terkejut.
'Kau nak guna lagi ke phone yang dah retak seribu tu? Apa yang penting sangat phone buruk tu?' tanya Elvien pula.
'Penting lah, phone tu saya beli dengan duit gaji yang saya simpan dari kecil tau tak! Dia ibarat nyawa saya. Saya jaga phone tu elok tau' kata Adelia.
'Apa susah nanti aku belikan phone baru untuk kau. Tak payah nak berdrama sangat. Phone je pun' kata Elvien menyampah.
'Phone je pun? Awak memang tak tahu erti menghargai. Yelah sebab awak tu kan kaya. Sekali rosak dah boleh beli baru. Saya? Tunggu dapat gaji nanti baru saya boleh beli phone baru' bebel Adelia seorang diri.
'mana duit yang aku bagi kat kau tu? Asal tak guna?' tanya Elvien.
'Bila masa awak bagi saya duit? Lagi satu mana awak dapat no akaun saya? Saya tak pernah bagitahu awak pun?' tanya Adelia pelik.
'Aku dah bagi tu ambil je lah, banyak tanya pula' kata Elvien geram.
'Taknaklah saya guna duit awak tu. Awak pun bukan ikhlas nak bagi saya duit tu' kata Adelia selamba.
'Eh budak pendek ni, mana kau tahu aku tak ikhlas bagi duit tu?' tanya Elvien.
'Yelah tak ikhlas. Awal dari awal taknak kahwin dengan saya kan? Jadi awak bagi duit tu sebab terpaksa kan? Dari riak muka awak tu saya dah boleh agak' teka Adelia.
'Kau ahli silap mata ke?' tanya Elvien.
'Tak, ahli blackmagic' gurau Adelia tapi dia mengekalkan ekspresi serius.
'Malas aku layan kau' kata Elvien lalu sambung membuat kerjanya yang tergendala tadi.
'Vien, Saya lapar'
Done chapter 21. Jangan lupa vote tau guys... Bubyeee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...