Secawan teh diletakkan dihadapan Adelia, Adelia menundukkan kepala memandang teh tersebut.
'Adel cari Vien ye? ' tanya Encik Kale.
Adelia hanya menganggukkan kepalanya. Kepala dinaikkan melihat kearah Encik Kale, Bapa mertuanya.
'Daddy tahu Vien ada kat mana? ' tanya Adelia.
'Daddy suruh dia balik tadi. Kesian tengok dia asyik duduk kat office je sejak kebelakangan ini. Elvien sempat melawat Adel tak kat hospital tu? ' tanya Encik Kale.
'Ada tapi tak selalu lah. Ada dalam seminggu tu dia tak datang langsung. Adel faham kalau Vien busy. Jadi, Adel tak kisah langsung' kata Adelia.
Encik Kale tersenyum.
'Adel pergilah tengokkan Vien kat rumah dia tu. Daddy pasti dia mesti tak balik rumah daddy kan? Tu sebab Adel datang cari dia kat sini' kata Encik Kale.
'Daddy ada alamat rumah dia tu tak? Adel tanya security tadi dia tak bagi sebab itu maklumat peribadi Elvien.
'Habistu, Adel tak cakap yang Adel ni wife Vien? ' tanya Encik Kale.
'Ada. Tapi tulah, dia tak percaya. Oh ye, daddy tahu tak yang berita perkahwinan kitaorang dah tersebar?' tanya Adelia.
'Tahu, sebab daddy yang sebarkan. Daddy taknak perempuan kat luar sana tu tergedik-gedik dengan anak daddy tu. Lagi-lagi perempuan yang bernama Zelia tu. Sakit mata daddy tengok' kata Encik Kale.
'Selalu ke dia datang sini? ' tanya Adelia.
'Almost everyday. Datang hanya untuk mengacau anak daddy buat kerja. Sampaikan ada satu hari ni daddy terpaksa halau dia sebab kesian dekat Elvien yang stress dengan kerja dia, dengan nak melayan kegedikkan perempuan tak sedar diri tu lagi, memikirkan isteri dia yang duduk hospital lagi. Tapi Adel jangan risau. Dengan tersebarnya berita tu, bapa Zelia dah kurung anak dia kat rumah tu. So dia tak bolehlah datang jumpa Vien dah.' kata Encik Kale.
'Daddy ni ye ye je. Dia fikirkan Adel? Rasanya dia stress sebab kerja ni' kata Adelia menafikan. Takkanlah Elvien nak terfikirkan dia pula.Diakan hanya bebanan bagi lelaki itu.
'Eh betullah daddy cakap. Dia fikirkan Adel. Kalau tak, takkanlah setiap kali dia tertidur mesti dia sebut nama Adel dalam tidur dia. Mesti dia mimpi indah sebab Adel ada sama dengan dia dalam mimpi tu. Daddy dah send location dalam phone Adel' kata Encik Kale.
'Thank you daddy, daddy jangan balik lambat tau dah malam ni. Adel pergi dulu' kata Adelia meminta diri.
'Adel naik apa pergi sana? Nak daddy hantarkan?' tanya Adelia.
'Takpelah daddy. Sekarang ni daddy kena balik rumah, rehat, jaga kesihatan. Adel naik grab je' kata Adelia.
'Betul ni? Hati-hati tau dah malam ni' pesan Encik Kale.
'Iya, daddy pun sama ingat pesanan Adel tu' kata Adelia lalu dia pergi dari situ.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
Adelia sampai di sebuah kondominium mewah. Tiba tiba ada notification masuk.
Daddy 👑
'Tingkat 10. Rumah 1510'
'Thank you daddy'
Adelia tersenyum. Tak perlu dia susah-susah untuk bertanya orang lagi. Memang mantaplah bapa mertuanya itu.
Lif ditujuinya. Tingkat 10 di tekan.
Adelia berasa tidak sabar pula ingin berjumpa dengan Elvien. Tapi dalam masa yang sama dia sedih mungkin ini kali terakhir mereka berjumpa sebelum dia pergi ke US. Bekal makanan di pegang erat.
Sampai sahaja dia di tingkat 10, dia pun mencari nombor rumah Elvien yang diberikan oleh Encik Kale tadi.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
Zelia sibuk menyendeng dengan Elvien sehingga naik rimas Elvien dibuatnya.
'Zelia, I nak pergi dapur ambil air. You nak air apa apa tak?' tanya Elvien.
'I nak you boleh?' tanya Zelia gedik.
'Zelia, I penat lah. Cepatlah you nak air apa apa tak? Kalau taknak I tak ambik kat you' kata Elvien.
'Okay, I gurau jelah. I nak fresh orange. Orang nak gurau-gurau sikit dengan you pun tak boleh. Dah sensitif you sekarang ni kan?' kata Zelia dalam nada merajuk.
'Apa apa lah' kata Elvien lalu pergi ke dapur untuk mengambil air. Sebenarnya dia nak lari dari Zelia. Tak habis-habis nak kacau dia. Rimas tau tak rimas.
Elvien meletakkan cawan di meja hadapan Zelia. Elvien pula memegang cawannya lalu duduk disebelah perempuan itu.
'Baby! You kenapa sekarang jarang sangat nak layan I eh? Ni mesti sebab perempuan tu' terjah Zelia sehingga perempuan itu tidak sedar yang dia tertepis cawan yang berada di tangan Elvien. Sehingga setengah Air itu tumpah di baju Elvien.
'Zelia, apa yang you buat ni! Tengok habis basah baju I!' marah Elvien.
'Oops, sorry baby. I tak sengaja. Sini I basuhkan baju you.' kata Zelia.
Zelia ingin membuka butang baju kemeja milik Elvien tapi dihalang oleh tangan Elvien.
'Dah la Zelia. Better you balik. I penatlah nak layan you. I baru je balik dari office tau tak?!' kata Elvien geram.
'What you halau I? You marah-marah I? Really Elvien Steven? You sedar tak you tengah buat apa ni? You tak pernah sesekali marah I sebelum ni. You tahu tak! Ni mesti pengaruh dari perempuan penyondol tu kan? Sampai you jadi macam ni!' tengking Zelia.
'Semua ni takde kena mengena dengan perempuan tu. You are too much Zelia Ashira!' tengking Elvien semula.
Terdiam Zelia di situ. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi loceng rumah menandakan ada orang datang ke rumah.
Elvien pun pergi membuka pintu rumahnya.
Adelia memandang pelik kearah Elvien yang tercegat didepan pintu dengan baju basah, butang 4 atas terbuka.
'Awak o-...'
'Siapa yang datang malam-malam ni sibuk je lah!' suara perempuan kedengaran dari dalam rumah menyentakkan Adelia.
Perempuan itu sudah berada di sebelah Elvien..
'Ouh you betina penyondol? Buat apa datang malam malam kat e
Adelia memandang kearah Elvien sebelum memandang kearah gadis yang berada disebelah Elvien.
'Sorry kacau, saya cuma nak bagi ni je. Mummy yang suruh bagi kat awak sebab takut awak tak makan lagi' kata Adelia menahan rasa. Bekal ditangannya diberikan kepada Elvien.
Dalam menahan rasa sakit dihati, Adelia sempat memberikan senyuman.
'Dah kan? Blah la. Sibuk je nak kacau kitaorang spend time together kan Baby?' kata Zelia sambil bermesra dengan Elvien. Mata Elvien pula menikam tajam kearah Zelia untuk menyuruh perempuan itu diam.
Elvien nampak mata Adelia sudah berkaca apabila mendengar kata-kata serta perilaku Zelia kepadanya tadi.
'Adel, kenapa kau ada kat sini? Bukan sepatutnya kau ada kat hospital ke?' tanya Elvien.
'Saya datang sini nak ucap terima kasih dekat awak sebab jaga saya selama saya kat hospital. Lepasni saya janji takkan ganggu awak lagi. Saya pergi dulu. Bye' kata Adelia lalu pantas dia pergi dari situ.
Hatinya sakit melihat Zelia disebelah Elvien. Mungkin ini yang terbaik.
'Adelia!' panggil Elvien. Elvien mahu mengejar Adelia tapi ditahan oleh Zelia.
'Eh you nak pergi mana? Tak payah nak kejar dia. You dah kenapa ni Elvien Steven' marah Zelia.
'Lepaslah perempuan gila! Aku penatlah dengan kau ni!' marah Elvien lalu menepis tangan Zelia. Elvien pun berlari kearah lif untuk mengejar Adelia.
'Vien! You yang dah gila! Elvien!' panggil Zelia seperti orang gila.
Done chapter 26. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...