抖阴社区

? :????????03

19 6 3
                                    

Suasana kembali senyap

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Suasana kembali senyap.

Derap langkah-langkah lelaki yang mencarinya tadi makin menjauh, suara jeritan semakin tenggelam bersama angin petang.

Minji melepaskan keluhan panjang, akhirnya dapat bernafas sedikit lega. Tapi saat dia berpaling, hidungnya hampir bersentuhan dengan hidung Zhang Hao.

Minji membeku. 

Ruang sempit itu tidak memberi mereka pilihan. Nafas mereka berselisih, terlalu dekat. Mata Minji membulat sedikit, tapi dia tidak bergerak. Tangannya masih menekup mulut Zhang Hao supaya diam di tempatnya.

Zhang Hao pula, langsung tidak berganjak. Matanya terkunci pada wajah Minji. Dan seketika, dia seolah-olah cuba membaca isi hati gadis itu hanya melalui matanya.

Minji rasa seperti hatinya disentuh atau mungkin, ditusuk. Ada sesuatu dalam pandangan lelaki itu yang mengganggu ketenangan dalam dirinya, sesuatu yang dia benci untuk rasa.

Sedar akan jarak yang tak wajar itu, Minji segera menarik tangan dan-

PANG !

Satu tumbukan tepat ke bahu Zhang Hao, cukup kuat untuk menolaknya sedikit ke belakang.

" Jangan fikir bukan-bukan " bisik Minji dengan suara dingin, sebelum dia keluar terlebih dahulu dari tempat persembunyian.

Zhang Hao terbatuk perlahan, menahan sakit, namun tetap mengekorinya dari belakang. Minji menepuk-nepuk bajunya, membersihkan debu dan bekas kotoran dari insiden tadi.

 Minji menepuk-nepuk bajunya, membersihkan debu dan bekas kotoran dari insiden tadi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Thanks for tadi " suara Zhang Hao perlahan, tapi tulus.

Minji tak menoleh. Kakinya terus melangkah.

Tapi sebelum dia pergi terlalu jauh, dia berhenti seketika. Bahunya sedikit berpaling, namun matanya masih tidak memandang Zhang Hao.

" Dengar sini baik-baik " suaranya tajam.

" Lebih baik kau jangan muncul depan aku lagi. Kalau tak, jangan salahkan aku kalau sesuatu berlaku "

Dan tanpa menunggu balasan, Minji melangkah pergi, meninggalkan Zhang Hao berdiri seorang diri yang masih memegang bahunya yang sakit, dan lebih parah, memegang rasa ingin tahu yang semakin membesar dalam hatinya.

Tentang gadis misteri yang baru sahaja menyelamatkannya.

Zhang Hao hanya berdiri di situ, menatap bayang Minji yang semakin menjauh. Nafasnya masih belum stabil sepenuhnya. Bahunya terasa berdenyut, tapi bukan itu yang mengganggunya.

Itu gadis yang sama.

Gadis yang semua orang tak berani dekati.

Gadis yang penuh misteri. Gadis yang...

Tahu tempat persembunyian yang tiada siapa tahu. Selamatkan dia tanpa sebab. Tapi dalam masa yang sama, ugut dia seperti musuh.

Zhang Hao menggosok belakang tengkuknya. Matanya masih fokus ke arah laluan Minji menghilang.

" Siapa sebenarnya kau ni, Han Minji... " gumamnya perlahan.

Dia tidak tahu apa sebenarnya yang membuatkan dia rasa begitu terganggu.

Adakah kerana jarak dekat tadi ?

Pandangan mata Minji yang penuh luka tapi kuat ?

Atau, kerana dia langsung tak seperti yang orang selalu ceritakan ?

Zhang Hao mula melangkah perlahan ke arah bertentangan. Tapi dalam benaknya, semuanya masih berputar. Satu demi satu.

Minji bukan sekadar 'gadis dingin' yang semua orang takutkan.

Ada sesuatu di sebalik semua itu. Sesuatu yang dia mahu tahu. Bukan kerana rasa ingin tahu semata-mata, tapi sesuatu yang lebih dalam.

Dan sejak hari ini, dia tahu satu perkara pasti.

Dia tak akan berhenti sampai dia tahu semuanya tentang Han Minji.

Dia tak akan berhenti sampai dia tahu semuanya tentang Han Minji

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

- to be continued ! -

[ ? ] ??, ????? ??? ? - ????? ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang