抖阴社区

? :????????04

19 6 2
                                    

Langit malam mula bertukar gelap, dihiasi bintang yang kelihatan suram dari balik tingkap bilik asrama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Langit malam mula bertukar gelap, dihiasi bintang yang kelihatan suram dari balik tingkap bilik asrama. Minji duduk di katil, memandang ke luar tanpa fokus. Angin dari tingkap yang terbuka meniup langsir tipis, perlahan seperti bisikan dari masa silam.

Matanya kelihatan kosong, tapi dalam fikirannya, ribut lama sedang kembali mengganas.

Flashback.

5 jam sebelum kejadian.

Suasana di rumah agam keluarga Han tenang seperti biasa. Minji sedang duduk di ruang tamu sambil membaca majalah ketika pintu utama diketuk.

Seorang lelaki berpakaian kemas berdiri di muka pintu, disambut oleh pembantu rumah.

" Tuan Han, pesanan dari Tuan Kang. Malam ini, jam 8 malam, ada majlis makan malam rasmi bersama semua rakan perniagaan Tuan "

Ayah Minji hanya mengangguk sambil tersenyum.

" Baiklah. Kami akan hadir "

Minji yang mendengar dari jauh hanya memerhati. Dia bukan asing dengan majlis seperti itu. Sejak kecil, dia diajar untuk senyum, beradab, dan menjaga nama keluarga. Tapi hari itu, hatinya kosong.

Pukul 4.30 petang, satu pesanan mesej masuk ke telefonnya.

Minji membuka dan membacanya.

Mesej itu daripada 'sahabat baik' yang selama ini selalu berada di sisinya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Mesej itu daripada 'sahabat baik' yang selama ini selalu berada di sisinya. Orang yang dia percaya. Orang yang dia anggap kakak sendiri.

Tangan Minji terketar.

Hatinya seakan dihiris. Kepercayaan yang dibina selama bertahun-tahun runtuh sekelip mata.

Tak cukup dengan itu, sejam kemudian, teman lelakinya pula hantar pesanan padanya.

Tak cukup dengan itu, sejam kemudian, teman lelakinya pula hantar pesanan padanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[ ? ] ??, ????? ??? ? - ????? ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang