抖阴社区

? :????????18

4 2 0
                                    

Hari itu langit Seoul agak cerah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Hari itu langit Seoul agak cerah.

Langit biru tanpa awan, namun angin sejuk masih menggigit kulit.

Zhang Hao berdiri di luar pagar rumah Han Minji, sambil menggenggam erat satu fail dokumen yang baru dia kumpul hasil penyelidikannya dengan Hanbin dan Youngjiee.

Minji membuka pintu. Dia tidak menyangka Zhang Hao akan datang sepagi ini.

" Awal " tegurnya pendek, sambil memakai jaket nipis.

Zhang Hao mengangkat kening.

" Kalau nak selesaikan semua ni, kita kena mula cepat, kan ? "

Minji angguk perlahan, kemudian memberi isyarat untuk Zhang Hao masuk.

Mereka duduk di meja kecil dalam ruang bacaan yang selalu Minji guna untuk menyiasat. Fail demi fail terbuka. Zhang Hao menunjukkan bukti-bukti, kaitan transaksi syarikat dengan nama individu tertentu, dan pergerakan wang mencurigakan selepas kemalangan itu berlaku.

Minji menyemak satu-persatu dengan teliti, matanya fokus, tangannya bergerak pantas menanda bahagian penting.

Tiba-tiba, Zhang Hao berhenti dan pandang Minji.

" Aku kagum dengan kau "

Minji angkat kening.

" Kenapa tiba-tiba ? "

" Sebab kau kuat. Kalau aku yang alami semua ni, aku tak tahu aku boleh hadap atau tidak "

Minji terdiam. Pandangannya kembali pada dokumen, tapi fikirannya entah ke mana.

" Sebenarnya... " Zhang Hao menyambung, suaranya sedikit perlahan.

" Kalau bukan sebab kau, aku tak akan ada keberanian untuk cari semua jawapan ni "

Minji berpaling, matanya mencari wajah Zhang Hao yang kini serius.

" Kau ubah aku, Minji "

Minji diam, lama.

Kemudian dia bangun perlahan, berjalan ke arah rak buku dan menarik satu kotak kecil yang kelihatan usang. Dia letakkan di hadapan Zhang Hao.

" Kotak ni " katanya perlahan.

" Dulu aku simpan semua surat dan nota dari orang yang pernah aku percayai "

Zhang Hao buka perlahan. Di dalamnya, hanya tinggal satu kertas kecil.

Minji ambil dan hulurkan padanya.

" Aku simpan satu ni sebab aku rasa, akan ada seseorang yang patut baca nanti "

Zhang Hao buka. Di kertas itu, hanya ada satu ayat tulisan tangan:

" Kalau aku terjatuh lagi, aku harap masih ada seseorang yang sanggup pegang tangan aku untuk bangun "

[ ? ] ??, ????? ??? ? - ????? ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang