抖阴社区

? :????????19

4 2 0
                                    

Langit Seoul gelap menyelubungi malam itu, namun di dalam bilik Minji, cahaya meja kecil tetap menyala menandakan peperangan yang belum selesai

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Langit Seoul gelap menyelubungi malam itu, namun di dalam bilik Minji, cahaya meja kecil tetap menyala menandakan peperangan yang belum selesai.

Gambar-gambar, dokumen-dokumen dan catatan-catatan ditampal di dindingnya, disusun mengikut garis masa. Minji berdiri di tengah ruang, wajahnya serius, seolah-olah sedang membaca masa lalu dengan mata yang baharu.

Zhang Hao masuk perlahan ke dalam bilik selepas mengetuk, membawa dua cawan kopi panas. Minji hanya memandang sekilas lalu kembali ke kerjanya.

" Aku buatkan Americano untuk kau " katanya perlahan, meletakkan satu cawan di meja.

Minji mengangguk kecil.

" Thanks "

Zhang Hao berdiri di sisi, memerhati segala-segala usaha Minji untuk menyingkap kebenaran.

" Jadi, kita akan hadap mereka, satu persatu ? "

Minji menghela nafas.

" Tak. Kita akan dedahkan semuanya serentak "

Zhang Hao mengangguk, dan kali ini dia hulurkan satu dokumen kecil ke arah Minji.

" Ini laporan siasatan dari Hanbin. Dokumen kewangan lama yang menunjukkan adanya pengalihan dana besar dari syarikat ayah kau, tapi bukan atas nama beliau. Nama seorang yang kau pernah percayai... "

Minji mengambil dokumen itu. Saat matanya menangkap nama di helaian pertama, jari-jarinya mengepal erat.

Yoo Jiseok.

Nama itu bagai panah tajam menusuk kembali luka lamanya.

" Aku dah agak " bisik Minji.

" Selama ini dia, berpura-pura "

Zhang Hao kelihatan resah.

" Minji, kalau kau hadap dia nanti, kau tak perlu buat semua ni seorang diri "

Minji mengalihkan pandangan padanya, lama.

" Kau betul-betul nak bantu aku ? Selepas semua ni, bukan hanya berisiko. Mungkin nyawa pun terancam "

Zhang Hao melangkah mendekat.

" Aku tak kisah. Kau tahu kenapa ? "

Minji diam. Jantungnya tiba-tiba berdetak aneh.

Zhang Hao menarik nafas dalam-dalam.

" Sebab aku bukan buat ni semata-mata untuk balas budi, tapi sebab aku sayang kau, Han Minji. Aku tahu kau mungkin belum boleh terima, tapi aku akan tetap ada "

Minji terdiam. Kata-kata itu terasa asing dan menyakitkan dalam masa yang sama. Namun hatinya terasa hangat, sehangat cawan kopi yang kini menggigil di tangannya.

Dia menoleh perlahan.

Mata mereka bertentangan. Dan untuk pertama kalinya, Minji tidak mengalihkan pandangan.

[ ? ] ??, ????? ??? ? - ????? ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang