?? : ??????????? - ????? ??? ! ' ??
.
Han Minji hidup dalam dunianya sendiri-dingin, tenang, dan jauh dari sesiapa. Tidak ada yang berani mendekatinya, kecuali Zhang Hao. Sejak pertemuan pertama, mereka sering bertembung dan sal...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pagi itu, langit agak mendung.
Angin bertiup perlahan, menyapu dedaun kering di jalanan kampus.
Mahasiswa mula memenuhi kawasan fakulti, masing-masing membawa beban harian kelas, tugasan, dan masalah sendiri.
Zhang Hao tiba lebih awal dari biasa.
Berhenti di depan bangunan fakulti, dia hembus nafas perlahan.
" Hari ni aku takkan gagal "
" Hari ni, aku akan buat Minji dengar aku "
Walau semalam dia bertekad untuk mengalah, ada sesuatu dalam hatinya yang masih belum puas. Dia tak boleh undur selagi dia tak tahu siapa sebenarnya Han Minji, dan kenapa hati dia berat nak lepaskan perempuan itu pergi begitu sahaja.
Sambil berjalan menuju ke lobi, Zhang Hao berjumpa beberapa rakan. Taerae lambai tangan, Hanbin datang menyapa ringkas.
" Bro, semalam kau okay ke ? "
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Aku okay... " jawab Zhang Hao, tak mahu panjangkan cerita.
Belum sempat Hanbin berkata apa-apa lagi, pandangan Zhang Hao terus tertancap pada satu figura.
Han Minji.
Berjalan perlahan dari arah pintu masuk, langkahnya penuh tenang tapi aura yang dibawa sangat berbeza dari biasa.
Wajahnya tak berubah, dingin seperti selalu.
Tapi mata dia tajam.
Langkah dia seperti tentera.
Dan, fokus dia hanya satu. Zhang Hao.
Zhang Hao menelan air liur.
" Kenapa aku rasa macam aku tengah tunggu ajal ? " bisiknya sendiri.
Minji melangkah lurus ke arahnya. Tiada senyuman. Tiada salam. Hanya diam yang membunuh.
" Zhang Hao "
Suara itu akhirnya keluar. Tegas, tak tinggi, tapi cukup kuat buat jantung lelaki itu berhenti seketika.