抖阴社区

? :????????08

17 4 10
                                    

Langit senja mulai gelap saat Minji pulang dari kelas petang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Langit senja mulai gelap saat Minji pulang dari kelas petang. Dia tidak menyapa sesiapa, tidak menjeling ke kiri atau kanan. Kunci rumah dimasukkan lesu ke dalam pintu sebelum dipulas. Bunyi pintu dibuka disambut sunyi yang menyengat.

Dengan satu hela nafas panjang, Minji melangkah masuk. Langkahnya perlahan, tapi berat.

Tapak kasut ditanggalkan kasar. Beg sandangnya dibiarkan jatuh ke lantai begitu sahaja.

Dia rebah di atas sofa. Kepalanya disandarkan, matanya menatap siling. Kosong. Kusut.

" Apa lagi yang dia nak ? " bisiknya perlahan, merujuk kepada seseorang yang sering kali muncul dalam hidupnya akhir-akhir ini, Zhang Hao.

Perangai lelaki itu benar-benar mengacau fikirannya.

Daripada perbuatan pelik yang tiba-tiba, soalan yang tak masuk akal, pandangan mata yang terlalu jujur. Semuanya buat Minji tak tenang.

Bukan itu saja.

Orang sekelilingnya juga berubah. Terlalu mesra. Terlalu prihatin. Terlalu...pelik.

Minji mengeluh.

Dia tahu ada sesuatu yang sedang berlaku di belakangnya. Tapi egonya terlalu tinggi untuk bertanya.

" Kalau aku tanya, aku nampak lemah... " getus hatinya.

Lalu dia pejamkan mata. Cuba padamkan segala persoalan. Tapi bayangan itu tetap datang. Zhang Hao, Jaehyun, senyuman sinis orang-orang yang tak dikenal pasti...

" Urghh... " Minji memeluk kepalanya sendiri.

" Dunia ni makin serabut "

Beberapa minit kemudian, pintu rumah dibuka dari luar.

Taesan baru pulang.

Adiknya yang selama ini banyak diam, tetapi perhatiannya tajam terhadap Minji.

Langkah Taesan perlahan menuju ruang tamu. Dia nampak kakaknya terbaring di sofa dalam posisi keletihan yang nyata.

Dia terus melutut di hadapan Minji.

Dia terus melutut di hadapan Minji

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[ ? ] ??, ????? ??? ? - ????? ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang