抖阴社区

? :????????11

17 4 3
                                    

Malam sunyi, hanya bunyi detik jam di dinding yang menemani Minji di dalam bilik kerjanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Malam sunyi, hanya bunyi detik jam di dinding yang menemani Minji di dalam bilik kerjanya. Komputer riba di hadapannya bersinar samar, memaparkan skrin penuh dengan fail, gambar, dan laporan yang Minji cari selama berbulan, mungkin bertahun, dalam diam.

Tapi malam ini, semuanya mula terbuka. Benang-benang kusut selama ini akhirnya mula terurai.

Minji membuka satu dokumen rahsia yang ditemuinya dari salinan arkib lama, bukan dari sistem terbuka, tapi dari satu fail sulit yang dia hanya akses melalui kod yang ditinggalkan ayahnya, tersembunyi di dalam satu fail digital backup lama. Minji menaip cepat, dan akhirnya, satu nama muncul.

Kang Seok Hoon.

Tangannya menggigil.

" Tak mungkin... " bisik Minji.

Dia terus membuka dokumen kedua. Ada transaksi yang melibatkan pemindahan saham besar-besaran seminggu selepas kemalangan itu, dari syarikat Han kepada Kang Corporation. Transaksi itu dibuat oleh wakil peguam yang berkait langsung dengan Kang Seok Hoon.

Mata Minji membulat.

" Dia ambil alih semuanya, selepas appa dan eomma 'pergi' "

Lalu Minji teringat satu pertemuan masa kecil. Seorang ahjussi yang selalu datang ke rumah mereka. Baik, sopan malah ayahnya memanggil lelaki itu sebagai " teman lama ". Tapi malam ini, semuanya nampak berbeza.

" Dia yang rancang ni semua...? "

Dia teruskan pencariannya dan menemui satu gambar lama ayahnya dan Kang Seok Hoon sedang berjabat tangan, dengan seorang remaja lelaki berdiri di belakang Kang Seok Hoon.

Minji mendekatkan wajah ke skrin. Pandangannya tajam, menganalisa setiap inci gambar itu.

Dan tiba-tiba..

" Zhang Hao ? "

Minji terhenyak ke belakang. Dadanya berdebar. Nafasnya sesak. Tangannya mengepal kuat.

" Apa hubungan dia dengan semua ni ? "

Dalam hatinya, marah dan keliru bercampur. Dia tidak tahu sama ada harus mempercayai Zhang Hao, atau menjauhinya selama-lamanya. Tapi satu yang pasti esok, dia akan berdepan dengan Zhang Hao. Dan kali ini, bukan dengan ejekan atau sindiran.

Tapi dengan soalan yang boleh meruntuhkan segalanya.

Keesokan paginya, langit mendung seolah-olah memahami gelora dalam hati Minji. Dia melangkah ke universiti dengan langkah yang tenang namun penuh dengan dendam yang membuak dalam diam.

Wajahnya seperti biasa dingin, kosong, tiada siapa yang berani mendekat.

Tapi kali ini, hatinya tidak sekosong itu. Di dalamnya, ada satu tujuan menemui Zhang Hao.

Zhang Hao berdiri di bawah pohon besar berhampiran gazebo. Seperti biasa, tempat itu lengang, kerana semua pelajar tahu tempat itu bukan untuk mereka.

Tapi hari ini, Zhang Hao di situ menunggu. Bukan secara kebetulan, dia tahu Minji akan datang.

Dia menunggu dengan dada yang bergetar.

Malam tadi, selepas apa yang ditemuinya di rumah Pakcik Kang, dia tidak tidur. Gambar itu masih menghantui fikirannya, ayah Minji dan Pakcik Kang, bersama dirinya sendiri yang masih kecil.

" Kenapa aku ada dalam gambar tu ? " soalnya dalam hati.

Langkah kaki Minji kedengaran menghampiri. Zhang Hao angkat wajahnya. Dan ya, seperti yang dijangka, Minji ada di hadapannya. Tapi kali ini, matanya menyala.

Penuh makna.

Penuh persoalan.

" Zhang Hao "

Suara Minji keras, tegas, tapi terkawal.

Zhang Hao menelan liur. 

" Minji, aku nak- "

" Siapa kau sebenarnya ? " potong Minji pantas.

Zhang Hao terdiam.

" Apa hubungan kau dengan Kang Seok Hoon ? "

Degupan jantung Zhang Hao berhenti seketika. Dia tidak sangka Minji tahu begitu cepat.

" Jawab "

Minji melangkah setapak ke hadapannya.

" Sebab aku dah tahu semua. Dia ambil alih syarikat ayah aku. Lepas appa dan eomma mati, semua tu berpindah tangan. Seminggu lepas kemalangan tu, tahu ? "

Zhang Hao membuka mulut, tapi tiada suara keluar.

" Dan dalam satu gambar lama, kau ada di belakang dia. Kenapa ? Siapa kau sebenarnya, Zhang Hao ? "

Zhang Hao akhirnya menghela nafas berat.

" Aku memang dibesarkan oleh Pakcik Kang. Tapi aku tak tahu apa-apa tentang masa lalu kau atau keluarga kau. Aku cuma tahu aku dibawa ke Korea dari China masa aku kecil. Dan dia yang jaga aku "

Minji merenung tajam.

" Dan kenapa kau mula-mula dekati aku ? Atas rancangan dia ? "

Zhang Hao menggeleng keras.

" Tak. Aku tak pernah tahu dia ada kaitan dengan keluarga kau. Aku dekati kau sebab aku nak tahu siapa kau sebenarnya. Aku nak faham kenapa semua orang takut pada kau. Tapi sekarang aku sedar semuanya jauh lebih dalam dari tu "

Minji diam. Matanya berkaca, tapi dia segera berpaling.

" Aku tak tahu sama ada nak percaya kau atau tidak "

Zhang Hao melangkah setapak ke hadapan.

" Beri aku peluang, Minji. Kali ni untuk bantu kau cari kebenaran "

Minji menoleh perlahan.

" Kalau kau tipu aku sekali je lagi, aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup "

Zhang Hao mengangguk.

Dan untuk pertama kalinya, mereka berdiri sebagai dua orang yang punya luka tapi mungkin, juga harapan untuk saling memahami.

Dan untuk pertama kalinya, mereka berdiri sebagai dua orang yang punya luka tapi mungkin, juga harapan untuk saling memahami

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

- to be continued ! -

[ ? ] ??, ????? ??? ? - ????? ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang