抖阴社区

? :????????15

4 2 0
                                    

Minji duduk perlahan di kerusi usang di tepi dinding

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Minji duduk perlahan di kerusi usang di tepi dinding.

Jari-jemarinya menggenggam erat salinan dokumen yang Hanbin berikan. Matanya merenung kosong, tapi dalam fikirannya, semuanya sedang berkecamuk. Nama Nam Hyunsoo mula berputar dalam kepala, bekas pekerja yang pernah diberi kepercayaan oleh ayahnya. 

Pengkhianatan itu terlalu dalam untuk diterima begitu saja.

Zhang Hao bersandar pada tiang besi, memerhati wajah Minji dari sisi. Dalam diam, dia tahu ini bukan sekadar pemburuan. Ini luka yang tidak pernah sembuh. Tapi kini dia berada di sini, bukan lagi sebagai orang luar, tapi sebagai seseorang yang mahu berada di sisi Minji, sama ada Minji sedar atau tidak.

Hanbin memecah sunyi.

" Kalau betul ada dalang di belakang Nam Hyunsoo, kita tak boleh bertindak sembarangan. Kita perlukan strategi "

Minji bangun, memandang mereka berdua.

" Aku akan gunakan nama ayahku. Aku akan buka semula kes ini secara rasmi " nada suaranya dingin, tenang tapi penuh dendam.

Zhang Hao menggeleng.

" Kalau kau buat begitu, kau akan terdedah. Kita tak tahu sejauh mana pengaruh dalang tu. Kalau mereka tahu kau korek semula kes lama, kau akan jadi sasaran "

Minji mendekati Zhang Hao, mata mereka bertentangan.

" Kalau aku tak buat, siapa lagi ? Ini bukan pasal aku je. Ini pasal keluarga aku, maruah ayah dan ibu aku. Ini pasal kebenaran "

Zhang Hao terdiam. Dalam hati, dia kagum...dan takut. Kagum dengan keberanian Minji, dan takut dengan risiko yang bakal dia tanggung.

Hanbin perlahan berkata,

" Aku kenal seseorang dalam bahagian siasatan korporat. Dia boleh bantu, tapi kita kena kumpul bukti lengkap dulu. Kita tak boleh bawa cerita ni ke permukaan tanpa asas "

Minji menarik nafas panjang, kemudian mengangguk.

" Okay. Kita mula esok. Tapi aku nak satu benda jelas "

Dia berpaling ke arah Zhang Hao.

" Aku tak mahu orang lemah ikut aku. Kalau kau nak bantu, jangan separuh jalan. Jangan buat aku berharap "

Zhang Hao senyum nipis.

" Kalau aku dah sampai sini, maksudnya aku takkan berundur "

Minji hanya memandang, tidak membalas senyuman itu. Tetapi jauh di dalam hati, untuk pertama kalinya dia tidak rasa sendirian.

Di luar gudang, malam makin gelap, tapi tiga jiwa di dalamnya kini telah bersatu dengan satu tujuan, membongkar kebenaran yang telah lama disembunyikan.

Dan perang sebenar baru sahaja bermula.

Dan perang sebenar baru sahaja bermula

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

- to be continued ! -

[ ? ] ??, ????? ??? ? - ????? ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang