?? : ??????????? - ????? ??? ! ' ??
.
Han Minji hidup dalam dunianya sendiri-dingin, tenang, dan jauh dari sesiapa. Tidak ada yang berani mendekatinya, kecuali Zhang Hao. Sejak pertemuan pertama, mereka sering bertembung dan sal...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sudah masuk minggu kedua.
Langit pagi yang biasanya membawa semangat kini cuma sekadar latar suram pada hari-hari Zhang Hao. Telefon bimbitnya sunyi, notifikasi kosong.
Hanbin tidak membalas pesanan. Taerae juga hanya ' seen '. Bahkan Jaehyun, satu-satunya yang selalu melayan gurauannya juga mula menjauh tanpa alasan.
Zhang Hao terduduk di tepi tingkap rumah agam Pakcik Kang. Matanya memandang jauh ke luar, kosong. Buku-buku kuliah berselerak di atas meja, tidak disentuh sejak seminggu lalu. Kelas-kelas yang dulu ditunggunya kini hanya tinggal nama dalam jadual semuanya diponteng.
Dia menyandar ke kerusi, tangan menutup wajahnya.
" Adakah semuanya salah aku ? " bisiknya perlahan.
Bayangan wajah Minji terlintas di benaknya, dingin, keras, dan penuh luka. Tapi juga penuh kekuatan.
" Aku betul-betul tak tahu siapa aku dalam cerita hidup dia... "
Kepalanya berserabut, jiwanya hancur perlahan. Semua ini terasa terlalu berat. Dia datang ke Korea dengan impian baru, harapan baru. Tapi kini semuanya seolah kembali kosong.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Adakah aku benar-benar sebahagian dari musuh dia...tanpa aku sedar ? "
Satu petang, Zhang Hao duduk di ruang tamu yang sunyi. TV dibiarkan terbuka tapi dia tidak menonton. Di tangan, sekeping gambar lama, gambar dia bersama Pakcik Kang dan seorang lelaki berpakaian kemas. Lelaki itu ayah Minji.
Dia pandang gambar itu lama, seolah mahu berbicara dengannya.
" Kenapa saya dalam gambar ni...tapi saya tak ingat apa-apa ? "
Air matanya bergenang tapi tidak gugur. Dia genggam gambar itu erat.
Tiba-tiba, pintu rumah berbunyi. Zhang Hao bangun perlahan dan melangkah membuka.
Sebaik pintu terbuka, dia terkejut.
Seseorang berdiri di situ.
Bukan Hanbin. Bukan Jaehyun. Bukan sesiapa yang dia jangka. Tapi seseorang yang tidak dijangka akan datang langsung.