抖阴社区

BAB 4

23.7K 768 31
                                    

Annisa masih berkira-kira mahu meminta wang daripada Dato Hamdan untuk bayaran buku
Geografi.Perasaan takut mula meresapi dirinya apabila teringat reaksi Dato Hamdan yang selalu marah jika dia meminta wang.Dia teringat kembali insiden awal tahun ketika perlu membeli banyak buku latihan yang diminta oleh cikgu.Dato Hamdan sangat berang kerana dia sering meminta wang pada ketika itu.

Sejak kejadian tersebut, Annisa bertekad untuk tidak lagi menyusahkan papanya dengan hal sebegini.
Setiap kali memerlukan buku sekolah, dia akan menggunakan duit simpanan sendiri.Waktu rehat di sekolah, dia tidak makan semata-mata untuk mengumpul wang.Sebab itu jugalah Annisa selalu membawa bekal dari rumah bukan sahaja untuk menjimatkan duit tetapi juga kerana dia mahu menabung untuk kegunaan masa depan.

Namun, kali ini duit simpanan semakin berkurangan.Cukup untuk keperluan harian tetapi
tidak mencukupi untuk membeli buku Geografi yang cikgu minta.Mahu tidak mahu, dia terpaksa meminta duit daripada Dato Hamdan.

"Kau tak cuba lagi, tapi kau dah jangka papa akan marah.Tenang Nisa.Kau boleh buat ni." Bisik Annisa perlahan kepada dirinya sendiri sambil berjalan ke sana ke mari dalam bilik.Kepala digaru-garu bukan kerana gatal tetapi kerana keresahan yang tidak berpenghujung.Perasaan takut masih menguasai dirinya takut jika ditengking lagi oleh papa seperti sebelum ini.

Annisa menarik nafas panjang berkali-kali cuba untuk menenangkan diri.Tangannya digosok- gosok untuk meredakan gemuruh yang dirasakan.Setelah beberapa ketika dia menghembus nafas perlahan-lahan sambil memejamkan mata. "Okay, jom."
Ujarnya pada diri sendiri cuba menguatkan hati.

Dengan langkah perlahan, Annisa keluar dari bilik dan menuruni tangga.Sebaik tiba di ruang tamu dia melihat Dato Hamdan sedang khusyuk menonton televisyen yang ditemani oleh Datin Farida yang sibuk melayan telefon pintar.Aryan dan Raisya seperti kebiasaan sudah berada di dalam bilik mereka.Malam-malam begini dua beradik itu jarang keluar dari bilik mereka kecuali untuk makan malam.

Annisa mendekati ruang tamu dengan hati yang berat.Langkahnya perlahan seakan-akan ada
beban berat yang ditanggung pada bahu.Sampai sahaja di sisi sofa di mana Dato Hamdan duduk dia menggenggam jari-jemarinya erat cuba menghilangkan rasa takut yang menyelubungi diri.

"Papa." Suara Annisa perlahan hampir tidak kedengaran.

"Hm." Sahut Dato Hamdan tanpa mengalihkan pandangan dari skrin televisyen.Wajahnya
tetap fokus pada rancangan yang ditonton seolah-olah kehadiran Annisa tidak penting
baginya.

Annisa menarik nafas dalam-dalam. "Cikgu minta duit buku." Suara Annisa sedikit gugup.Tangannya kembali meramas jari-jemari dengan pandangan tunduk tidak berani memandang terus ke wajah Dato Hamdan.

"Berapa?" Tanya Dato Hamdan dengan nada serius masih tidak mengalihkan pandangan dari televisyen.

Datin Farida di sebelah hanya diam.Tidak ingin mencampuri urusan tersebut.Dia lebih berminat menatal skrin Instagram di telefon pintar.

"RM 20." Jawab Annisa.Pandangan beralih sekilas ke arah Datin Farida namun wanita itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.Lega rasanya apabila mama tidak masuk campur dalam perbualan mereka.Dalam hati Annisa tidak berhenti berdoa supaya Dato Hamdan tidak marah.

Dia tahu bukan mudah untuk meminta wang daripada papa.Berbeza dengan rakan-rakannya yang mudah meminta apa saja daripada ibu bapa mereka.Annisa perlu ada alasan yang sangat kukuh setiap kali ingin meminta apa-apa daripada Dato Hamdan.Kalau perkara yang dianggap remeh pasti papa tidak akan melayan.

"Duit Nisa dah habis ke?" Soal Dato Hamdan.Ayat itu cukup untuk mengguris hati Annisa.

Soalan itu menusuk jiwa Annisa.Dalam hatinya tertanya-tanya, adakah bapa lain akan bertanya soalan sebegitu kepada anak mereka? Seorang bapa yang penyayang pasti akan menyuruh anaknya menyimpan duit.

ARYAN ANNISA [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang