抖阴社区

BAB 63

15.9K 447 21
                                    

Sudah tiga hari Annisa diculik dan ditahan dalam kurungan oleh Adam Kendrick iaitu bapa mertuanya.Sementara itu, Adam Kendrick bersiap meninggalkan Malaysia setelah memastikan rancangannya berjalan seperti yang diinginkan.

Dalam nada tegas, Adam Kendrick memberi arahan terakhir kepada Izzat iaitu anak buahnya yang setia. "Aku nak pergi Thailand.Ada hal yang perlu aku selesaikan.Minggu depan aku akan kembali ke Malaysia." Ujar Adam Kendrick. "Kau jaga perempuan tu.Jangan cederakan dia, faham?"

Izzat mengangguk.Sedikit menyesal atas kejadian hari itu saat dia kehilangan kawalan dan mencekik Annisa.Kesalahan itu mengundang kemarahan Adam Kendrick hingga dia dibelasah oleh lelaki tua itu.

Selepas pemergian lelaki tua itu, Izzat membuka pintu bilik di mana Annisa dikurung.Di dalam, dia mendapati Annisa sedang termenung.

"Menangis lagi ke?" Tanya Izzat dengan nada mengejek.

Annisa hanya menjeling.Enggan memberi sebarang respon kepada lelaki itu.Dulu dia sangka lelaki ini baik namun ternyata berwajah dua.Rasa benci dengan lelaki itu semakin membuak-buak dalam diri.

Manakala, Izzat ketawa mengejek yang menyandarkan diri ke dinding. "Aku dah penat, Nisa.Penat buat baik dengan orang tapi dilayan macam sampah." Luahnya seolah mahu melepaskan bebanan yang lama terpendam.

Annisa mendengar dengan penuh perhatian.Dia terkejut mendengar cerita di sebalik perubahan Izzat.Dahulu, Izzat seorang pelajar yang pendiam dan dianggap 'nerd'.Namun, setelah tamat sekolah hidupnya berubah dan dia menyimpan dendam pada dunia yang seolah-olah hanya memberinya kesakitan.

"Mak bapak aku anggap aku macam hamba. Diaorang lepaskan stres dekat aku.Diaorang pukul aku." Suara Izzat bergetar yang sarat dengan luka lama tersembunyi. "Di sekolah aku kena buli, Nisa..." Air matanya mula mengalir.Menggambarkan trauma yang selama ini disembunyikan.

Mendengar luahan itu, Annisa tidak mampu berkata apa-apa.Dendam Izzat terhadap keluarganya sangat mendalam hingga dia terjerumus dalam jurang kebencian yang menggelapkan hati.

Perlahan-lahan, wajah Izzat bertukar sinis.Dengan penuh kemarahan dia menatap Annisa. "Suami kau pun sama, Nisa! Dia punca aku jadi macam ni!" Jeritannya bergema di bilik itu.

Manakala, Annisa dalam ketakutan.Hanya mampu beristighfar dalam hati.Keadaan Izzat seolah tidak lagi waras.

Sebuah ketawa kecil yang menakutkan terlepas dari bibir Izzat. "Sekarang aku dah bahagia, Nisa.Aku dah bunuh diaorang.Aku bunuh keluarga aku!" Ujarnya penuh kebanggaan seolah-olah kematian keluarganya adalah kemenangan peribadi.

Annisa tergamam.Tidak pernah menyangka bahawa dendam Izzat sampai ke tahap itu.Sehingga sanggup menamatkan nyawa keluarganya sendiri.Anak macam apakah dia ini?

"Dan sekarang, giliran Aryan pula aku bunuh." Wajah Izzat menggambarkan dendam yang disimpan selama ini.

"Itu cerita lama, Izzat." Akhirnya Annisa bersuara. Cuba mempertahankan Aryan walau dirinya penuh ketakutan.Aryan adalah suaminya dan dia takkan membiarkan Izzat bertindak sewenang-wenangnya.

"Tak kira lama ke baru.Dendam tetap dendam, Nisa." Tegas Izzat.

Annisa menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan Izzat. "Kita ada agama, Izzat. Membunuh orang itu berdosa."

Namun, Izzat hanya tertawa sinis. "Berdosa? Aku tak peduli dosa atau pahala.Yang penting dendam aku terbalas." Balasnya seolah-olah agama tidak pernah menjadi pedoman hidupnya.

Sekali lagi Annisa beristighfar.Merasa getir akan jiwa lelaki di hadapannya yang begitu gelap dan penuh kebencian.Keadaan ini membuatnya berdoa dalam hati.Memohon perlindungan daripada Allah untuk Aryan.

ARYAN ANNISA [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang