Annisa berbaring santai di atas sofa yang empuk di ruang tamu sambil menatap televisyen yang sedang memaparkan siaran Astro Ria.Drama cinta yang penuh dengan kisah romantik itu memang menjadi kegemarannya.
Namun, sekarang, Annisa tinggal seorang di rumah. Manakala Aryan, keluar untuk menyelesaikan urusan penting.Baginya, duduk di rumah sambil menonton televisyen sudah cukup untuknya.Berbeza ketika zaman bujang, di mana dia lebih suka meluangkan masa tidur tanpa gangguan.Kini, sudah berkahwin, dia tahu dia perlu berubah dan mengisi masa dengan lebih bermakna.
Bunyi notifikasi dari telefon memecah kesunyian. Dengan pantas, Annisa membuka telefon dan melihat pesanan daripada Aryan.
Aryunk
-Datang taman bunga sekarang."Eh, tadi bukan ke dia keluar?" Gumam Annisa seorang diri. "Macam mana boleh ada dekat taman bunga?" Dia tidak mendengar bunyi kereta Aryan masuk ke halaman.
Tanpa melengahkan masa, Annisa bangun dari sofa dan menutup televisyen.Lalu mencapai tudung sarung.Nasib baik dia mengenakan baju lengan panjang sehingga dia tidak perlu risau dengan penampilannya.
Setelah bersiap, dia bergerak menuju ke taman bunga di luar rumah.Taman bunga itu merupakan tempat lepak kesayangan mereka berdua.
Dari jauh, Annisa sudah nampak susuk tubuh Aryan yang duduk di bangku besi.Dari belakang, dia sudah boleh merasakan aura kacak suaminya.
"Hubby." Sapa Annisa sambil melabuhkan punggung di sebelah Aryan.
"Honey." Aryan menjawab dan menghadiahkan senyuman manis yang memperlihatkan lesung pipit di pipinya.Senyuman itu seolah-olah mampu mencairkan hati siapa saja yang melihat.
"Sayang tak dengar pun bunyi kereta hubby.Hubby sampai bila?" Tanya Annisa penuh rasa ingin tahu.
"Hubby parking tempat lain.Ni pun baru sampai."
Annisa mengangguk tanda faham.Ya, halaman rumah yang luas memberi kebebasan untuk Aryan meletak kereta di mana-mana. "Kenapa tak masuk je dalam rumah? Kan boleh jumpa dalam rumah?" Tanya Annisa hairan.Selalunya, mereka akan lepak di taman pada waktu petang atau malam.Ini baru pukul 10 pagi jadi agak pelik untuk Aryan mengajaknya ke taman.
Aryan menatap Annisa lama seolah-olah sedang menyimpan kata-kata di dalam hati.Pipi Annisa yang comel dicubit perlahan.
"Auw, kenapa cubit pipi sayang?" Annisa mengadu. Sebenarnya, cubitan itu tidak menyakitkan malah membuatkan suasana menjadi lebih mesra.
"Kenapa pipi sayang makin tembam? Geramlah hubby dengan pipi sayang ni." Aryan menjawab sambil ketawa.Dia tidak dapat menahan perhatiannya terhadap pipi Annisa yang kelihatan semakin berisi.
"Hubby jawablah soalan sayang tadi." Pinta Annisa. Kerut wajahnya apabila Aryan masih tidak menjawab soalan sebelumnya.
Aryan ketawa kecil.Dia tahu isterinya ini sangat tidak sabar. "Hubby nak ajak sayang main satu game." Terangnya.
"Game apa?" Tanya Annisa yang tidak sabar.Tidak sempat Aryan menyelesaikan ayat itu, Annisa sudah mencelah.
Aryan mengeluarkan kotak bulat yang berwarna ungu dari sebelahnya. "Game ini dipanggil Everyday Quotes.Dalam ni ada 30 kertas yang dah digulung.Satu hari sayang kena ambil satu kertas. Dalam kertas ini sudah ditulis dengan quotes. Selepas habis baca, up to you nak buat apa dengan kertas ini.Yang penting, jangan buang." Terang Aryan dengan penuh semangat.
"Sayang faham?" Tanyanya lagi memastikan Annisa mengerti.
"Faham.Start bila?" Annisa bertanya dengan penuh keterujaan.Permainan ini kedengaran menarik dan penuh makna.

ANDA SEDANG MEMBACA
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...