抖阴社区

BAB 72

13.5K 376 10
                                    

Sewaktu Fayyaz ingin menuju ke bilik, matanya tertumpu pada pintu bilik perpustakaan mini yang terbuka sedikit yang memancarkan cahaya terang. Siapa pula yang masih berjaga pada waktu begini.Terutama saat jam sudah menghampiri pukul 12 pagi.Tanpa berfikir panjang, dia menghampiri perpustakaan mini itu.Daun pintu ditolak perlahan, tanpa mengeluarkan sebarang bunyi

Ternyata, di dalam bilik itu Annisa sedang duduk di atas sofa kecil membelakangi pintu.Fayyas melangkah lebih dekat.

"Tak tidur lagi?" Tanya Fayyaz sudah pun duduk di hadapan Annisa.Sejak mengandung, kebiasaannya Annisa akan tidur awal sekitar pukul 10 malam.

Annisa yang sedang asyik membaca novel, mengangkat wajahnya. "Tak mengantuk lagi." Nasib baik dia datang ke perpustakaan mini ini dengan memakai tudung.Auratnya perlu dijaga sejak Fayyaz tinggal di sini.

"Serius Nisa, lagi 5 minit nak pukul 12 pagi tak mengantuk lagi?" Fayyaz mengangkat kedua belah kening menunjukkan rasa tidak percaya.Dia hanya mahu menjaga keadaan Annisa kerana mengandung.Dia tahu yang wanita mengandung akan mudah letih.

"Saya dah cuba tidur, tapi tak boleh." Keluh Annisa sedikit.Hampir setengah jam dia mencuba untuk tidur tetapi matanya masih segar bugar.Semasa di sekolah tadi, mengantuknya bukan main tetapi selepas pulang ke rumah mengantuk itu hilang seolah-olah ia satu keajaiban.

"Kau minum kopi ke?" Soal Fayyaz yang risau akan kesihatan Annisa dan kandungannya.Tidur lewat bukanlah sesuatu yang baik untuk ibu hamil.Dirinya tidak ubah seperti seorang suami yang mengambil berat tentang isteri.Baru dia tahu rasa jika sudah berumah tangga.

"Eh, mana ada! Saya tak suka minum kopi." Annisa menafikan.Memang kopi bukanlah minuman hariannya.Rasa kopi yang pahit bukanlah minuman kegemarannya.

Anak mata Fayyaz beralih ke novel yang dipegang oleh Annisa. "Ini bukan ke novel kegemaran Aryan?"

"Yup." Balas Annisa.Novel itu ditutup dan diletak atas meja. "Awak pun tahu?" Ada rasa terkejut dengan pertanyaan daripada Fayyaz.

Fayyaz tersenyum nipis. "I can't believe that he actually bought this novel." Dia tidak dapat membayangkan Aryan yang selalu tampak serius dan tegas dalam setiap tindakan, meluangkan masa untuk membaca novel.

Ingatannya masih teringat semasa Aryan membeli novel.Lelaki itu berusaha keras untuk sembunyikan novel ini.Selama dua hari, Aryan tidak keluar dari bilik.Hanya keluar untuk mengambil makanan.Ahli keluarga mula risau apabila Aryan berkurung dalam bilik.Nasib baik, Dato Hamdan mengetuk pintu bilik Aryan dan dia menjawab.Jika tidak, sudah lama panggil tok imam.Mana tahu kalau sudah tidak bernyawa.

Ketika Aryan tidak ada di rumah, Fayyaz dan Fayyad mengambil peluang untuk masuk bilik Aryan. Kebetulan mereka memiliki kunci pendua.Jadi ini memudahkan untuk mereka masuk dengan menemukan jawapan mengapa Aryan mengasingkan diri.

Setelah puas mencari, Fayyaz akhirnya menemui novel itu di bawah katil.Tanpa berfikir panjang, dia mengambil novel itu.

Mengamuk Aryan apabila novel itu hilang.Ketika itu, di dalam rumah hanya ada mereka berdua saja.Dia terus sergah bilik Fayyaz dan marah.Maka terjadilah pergaduhan kecil di situ.

"Aku tak tahulah apa yang dia sayang sangat novel tu." Fayyaz senyum sinis apabila teringatkan peristiwa itu. "Aryan almost punched me just because I took this novel."

"Ye?" Annisa terkejut.Baru dia tahu kisah itu.Tapi... Takkan kerana novel Aryan sampai mahu bertumbuk?

Ceh! Sejak bilalah Aryan suka baca novel.

Sudahlah novel cinta.

Keadaan di dalam perpustakaan mini kembali sunyi seketika.

"Esok awak nak pergi HANAR Mall ke?" Tanya Annisa yang memecahkan kesunyian.

ARYAN ANNISA [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang