Aryan berdiri di pintu bilik memerhatikan Annisa dengan wajah ceria dan penuh semangat.Dia tahu pasti Annisa gembira dengan tempat honeymoon ini.Dia menghampiri Annisa. "Dah siap kemas barang?"
"Dah." Annisa mengangguk sambil menutup zip bagasi.Perasaan gembira menyelubungi dirinya.Hari ini mereka akan pulang ke kampung Nek Jah dan lebih tepat lagi ini adalah honeymoon mereka.
Honeymoon di kampung Nek Jah.Annisa sudah maklumkan kepada Nek Jah yang mereka akan pulang ke kampung.Seronok wanita tua itu apabila mereka mahu balik kampung.
"Eh, tak apalah awak.Saya boleh letak bagasi dalam kereta." Annisa berusaha menghalang Aryan yang ingin mengambil bagasinya untuk diletakkan dalam boot kereta.
"Ini tanggungjawab aku." Balas Aryan dengan tegas.Tangannya sudah memegang bagasi Annisa menunjukkan betapa dia ingin membantu.
"Kau pergilah bersiap.Aku nak pergi panaskan enjin kereta." Aryan memberi arahan sambil melihat Annisa yang masih tidak mengenakan tudung.Dia mahu memberi ruang untuk Annisa bersiap.
"Terima kasih." Jawab Annisa.Lega hati apabila Aryan sudi membantu mengangkat bagasi. Walaupun bagasi itu kecil tetapi masih berat untuk mengangkat.
Aryan mengangguk sebelum membawa keluar bagasi Annisa.Tiada masalah untuk mengangkat bagasi yang berat ini.Dia hanya mengangkat sebelah tangan saja.Apabila sampai di kereta, Aryan meletak bagasi itu dengan teliti dalam boot kereta.
Sementara itu, Annisa menutup pintu bilik untuk bersiap.Tudung bawal yang dihampar di atas katil segera diambil dan dia berdiri di hadapan cermin untuk mengenakan tudung.
Setelah beberapa minit, Annisa berpuas hati dengan penampilannya dan berasa yakin.Dia menutup suis aircond dan lampu lalu menutup pintu bilik dengan lembut.Kakinya melangkah menuju ke arah lif kerana malas untuk menggunakan tangga.
Dalam fikirannya, Annisa teringat akan bekal yang ingin dibawanya.Namun, Aryan telah menolak cadangan itu dengan menyatakan bahawa mereka akan makan di rumah Dato Hamdan sebelum pulang ke kampung.Datin Farida juga sudah beritahu untuk memberikan bekal kepada mereka.
Annisa akur dengan arahan itu.Sekurang-kurangnya jimatlah tenangnya yang tidak perlu masak untuk bawa bekal.Mujurlah Datin Farida sudi memberi bekal makanan kepada mereka.
Baru sahaja dia ingin menutup pintu rumah, telinganya menangkap bunyi hon dari sebuah kereta yang memasuki halaman rumah mereka.
PON!
Aryan yang sedang berdiri di tepi kereta dengan matanya yang ralit melihat skrin telefon rasa hairan melihat sebuah kereta itu.Dia berpusing ke belakang dan melihat siapa gerangan yang datang.
Mercedes Benz putih.
Tak salah lagi, dia tahu itu kereta milik siapa.Aryan sangat kenal dengan pemilik kereta itu.Nampaknya, pemilik kereta itu memang bersungguh-sungguh mahu mengikut dia pulang ke kampung.
Pemilik Mercedes Benz itu keluar dari perut kereta dengan penuh gaya.Lelaki itu melangkah keluar dan tidak lupa dengan kaca mata hitam yang melindungi matanya dari sinaran matahari.
"Yohooo Ryan!" Sapa lelaki itu dengan gembira dan suaranya yang kuat hingga menarik perhatian semua yang ada.
"Firash." Gumam Annisa yang kini menghampiri sebelah Aryan.
"Eh Nisa, hye!" Firash melambai-lambai tangan kepada Annisa.
Tajam pandangan Aryan kepada Firash. "Kau buat apa di sini?" Seriun nada Aryan.Pandangannya tajam seperti helang yang sedang mengawasi mangsanya.
Tersengih Firash seolah-olah tiada istilah takut dalam diri. "Aku nak ikut kau balik kampung." Jari telunjuknya menunjuk ke kiri dan kanan dengan wajah kasihan dipamerkan di hadapan pasangan itu.Harapannya adalah agar mereka berdua merasa kasihan padanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...